Monday, December 27, 2010

MATINYA SEORANG WALI ALLAH...

Assalamualaikum kepada MUKMIN...

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W...di mana hadirnya semua ini adalah kerananya. CINTA AGUNG...

Aku sudah lama tidak menulis di blog ini. Agak sibuk dengan urusan duniawi. Tapi aku perasan, makin ku cari dunia makin jauh dunia dariku. Maka aku akan cuba mengambil pendekatan dekat dengan akhirat kerana aku ingat pesan guruku jika kita dekat kepada AKHIRAT maka DUNIA akan datang sendiri (sebagai ujian bagi yang mengerti).

Pada kali ini, tidak ada apa yang aku ingin sampaikan. Cuma luahan hati aku yang berkelana. Baru-baru ini aku pulang ke kampung bersama keluargaku. Teringat aku pada seorang TUA yang ku kenali sejak aku kecil. Wajahnya tenang dan senyum selalu, nampak BODOH tetapi mmg BERILMU walaupun dia sering merendahkan diri mengatakan dia PALING BODOH.

Tergerak hati aku untuk menziarahinya, berbual-bual kosong. Dia bukanlah guruku, aku merasakan hubunganku lebih dari seorang murid kepada guru, rakan kepada rakan. Dia telah aku anggap seperti bapaku, malah mungkin atukku kerana umurnya sama dengan atukku sebenar. Walaupun dia tidak pernah mengambil aku sebagai murid, tetapi banyak yang telah dia sampaikan kepadaku. Dari perkara terang dan perkara samar, jelas dan rahsia.

Walaupun aku tergerak hati untuk menziarahinya, aku tidak pergipun ke rumahnya kerana aku fikirkan "nantilah lain kali, sekarang aku agak sibuk". Sedangkan diapun telah beberapa kali mengajak aku ke rumahnya (jika aku telefon bertanya khabar). Jadi akupun balik ke Putrajaya setelah bercuti dikampung, pada keesokkan harinya adik lakiku di kampung (bercuti lepas tamat pengajian) mesg aku dan mengatakan ibu saudaraku berjumpa dengan anak wak Shuib, dan maklumkan bahawa wak Shuib telah meninggal dunia pada bulan 11 lagi. Hampir luluh hati ini mendengar khabar tersebut sedangkan seingat aku pada awal bulan 11 aku ada menelefonnya dan bertanya khabar dan aku dengar suaranya memanglah seperti seorang yang sihat, sekarangpun masih terasa dan bergenang air mataku. Tidak sempat aku berjumpa lagi dengannya, rindulah aku kepadanya. Banyak yang aku belum mendengar ajaran dan celotehannya. Banyak lagi aku TAK TAHU. Bagaimana aku selepas ini, aku SEORANG DIRI.

Sesungguhnya Wak Shuib ALIM lagi WALI. Walaupun dari luaran nampak biasa, tidaklah dia sesekali memakai jubah panjang, hanya pakaian yang simple sahaja. Tetapi setiap ucapannya amat bermakna dan penuh dengan makna. Tidak sempat aku bertanyakan perkara-perkara yang aku lalui dengannya. Tinggallah AKU SENDIRI. Semoga aku mendapat keredhaan ALLAH dan mendapat makrifat yang tinggi. AMIN...

Aku tahu engkau berbahagia di sana. Dunia ini hanyalah tempat sementara. Aku pula tidak tahu bagaimana bahagianku. Aku bermohon pada-MU YA ALLAH, berkat ilmu yang dia ajarkan kepadaku maka ENGKAU tempatkanlah Wak Shuib di kalangan orang-orang istimewa di sisi-MU. AMIN...

LORONGKANLAH DIRIKU AGAR MENERIMA ILMU DARIPADA SEPERTIMANA ENGKAU LORONGKAN WAK SHUIB, GURUKU ISMAIL, WALI-WALI, NABI-NABI, RASUL-RASUL dan KEKASIHMU YA ALLAH... AMIN...

Saturday, November 20, 2010

LAM JALALAH Siri 4

Assalamualaikum dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W...

LAM JALALAH ini boleh digunakan bagi tujuan menghadap MUSUH... Musuh dalam konteks yang memerangi ISLAM... yang mana kita BERJUANG atas landasan MUKMIN dan ISLAM... Pemakaiannya hanya menggunakan MATA dan NIAT, disertai dengan SABAR. Tanda SABAR itu DIAM, DIAM itu tidak bercakap apa-apa, maka DIAM itu LIDAHnya diTONGKAT ke atas LELANGIT...itulah LAM JALALAH..

Ada 4 senjata MAUT LAM JALALAH...Cuma boleh digunakan jika dalam keadaan terdesak. Itulah menjadi pakaian MUKMIN. Adapun duduknya ia di dalam SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT.

Perang MUKMIN itu tidak perlukan SENJATA kerana HAKIKAT senjata itu sendiri adalah BUATAN MANUSIA. Adapun hanya diguna bagi melengkapkan SYARIAT sebagai MANUSIA.

Sunday, November 14, 2010

LAM JALALAH Siri 3


Dengan Nama ALLAH, AKU berserah kepada ALLAH. Tiada TUHAN melainkan ALLAH... Selawat dan sejahtera ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W...yang kerana Bagindalah terhurai segala simpulan ikatan.

LAM JALALAH itu duduk di MATA. MATA itu pula duduk di HATI, dizahirkan dengan MATA SYARIAT. Pandangan itu cuma syarat dengan ditongkatkan lidah tanda BERZIKIR/INGAT kepada ALLAH.. INGAT kepada apa??? INGAT bahawa TUHAN itu ESA yang berNAMA ALLAH... Tidak mensyirikkan-NYA serta mengESAkan-NYA bagi setiap PERBUATAN daripada DZAt, SIFAT, ASMA dan AFA'AL. NIAT itu sungguh halus dan murni. KEHENDAK niat itu sendiri bukan perbuatan HAMBA kerana HAMBA itu tidak mempunyai apa-apa.

Pejamkan mata dan tenangkan hati, kosongkan fikiran... Berfikirlah mengenai KEBESARAN ALLAH, KEKUASAAN ALLAH dan KEESAAN ALLAH...yang mana kita hanya HAMBA...ALHAMDULILLAH...

Tuesday, November 09, 2010

ISRAK MI'RAJ ROH atau JASAD siri 1


Assalamualaikum dan Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W...

Bersyukur kepada ALLAH kerana kita dikurniakan KUDRAT, HAYAT, HIDAYAH dan ILMU daripada-NYA... dengan KUDRAT inilah kita berjalan, melihat, makan dan sebagainya. Maka hendaklah tetap perhubungan KITA dengan ALLAH ketika berdiri, jalan, duduk dan baring...

Kali ini suka untuk saya bincang mengenai ISRAK dan MI'RAJ...Maka pertikaian berlaku sejak zaman berzaman bahawa adakah Nabi Muhammad itu naik ke atas. Sebelum itu mari kita secara ringkas mengingat kembali maksud ISRAK dan MI'RAJ,

ISRAK diambil daripada perkataan Al-Sura yang bererti PERJALANAN MALAM. Manakala MI'RAJ bererti tangga. Apa pula kaitannya dengan RASULULLAH S.A.W???

ISRAK dalam istilah bermaksud perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari MASJIDIL HARAM menuju ke MASJIDIL AQSA di BAITUL MAQDIS. Manakala MI'RAJ dalam istilah bermaksud perjalanan langit yang bermula dari MASJIDIL AQSA menembusi 7 lapisan langit hingga ke SIDRATU MUNTAHA. Di sana RASULULLAH diperlihatkan TANDA-TANDA kekuasaan ALLAH...

Kita perlu tahu bahawa ISRAK MI'RAJ ini berlaku di waktu malam, setelah selesai RASULULLAH menunaikan SOLAT. Ada pendapat bahawa ianya berlaku dalam kerlipan mata. Walau bagaimanapun, ASAS nya adalah ISRAK MI'RAJ tetap berlaku walau apapun andaian faktanya.

Jadi persoalannya, adakah NABI MUHAMMAD S.A.W melakukan ISRAK dan MI'RAJ bersekali ROH dengan JASAD??? atau ROH sahaja??? atau JASAD sahaja???Anda Boleh beri komen anda di Post ini untuk kita bincang bersama... Saya akan berikan fakta ringkas berkenaan perkara berkenaan pada post yang akan datang...

Friday, November 05, 2010

DOA PANJANG UMUR dan MURAH REZEKI???


Assalamualaikum dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W...

ALLAH itu TUHAN seru SEKELIAN ALAM...Sesunguhnya Muhammad itu membawa RAHMAT bagi SEKELIAN ALAM... TARAF yang tertinggi di sisi ALLAH adalah HAMBA. La haula wala kuwata illa billah...

Seringkali bila ada harijadi atau sebagainya, di dalam doa atau ucapan kita sering kita ucapkan salah-satunya adalah "semoga PANJANG UMUR dan MURAH REZEKI"...

Sebenarnya jika kita halusi, apa yang kita ucapkan tanpa sedar dalam sehari-hari mempunyai satu tahap SYIRIK HALUS... yang halus lagi tersembunyi, di mana melalui percakapan inilah, syaitan akan mengambil peluang yang memasukkan jarum-jarum cinta duniawi terhadap keturunan ADAM.

Bertitik-tolak dari itu, kita juga MAKLUM bahawa Ajal, Maut, Jodoh dan Rezeki adalah KETENTUAN ALLAH jua. Sebagai makhluknya, maka kita tidak BERHAKpun untuk mencampuri URUSAN ALLAH... Ada juga masa-masa terdapat yang mana kita berdoa kepada ALLAH seolah-olah kita memerintah ALLAH supaya melakukan itu dan ini untuk kita... Sungguh SEDIH jika kita ditutupkan MATA HATI terhadap perbuatan yang kita lakukan ini tanpa ada perasaan BERSALAH dan SEDIH.

Di Qiaskan kepada ini, maka ayat seperti "semoga di PANJANG UMUR dan di MURAH REZEKI" adalah AMAT KURANG SESUAI digunakan oleh kita yang mengaku sebagai HAMBA ALLAH kerana kita tahu bahawa AJAL itu terletak pada ketentuan ALLAH jua.

SOALAN yang perlu kita jawab. MENGAPA kita mohon untuk si pulan bin si pulan (atau kita) PANJANG UMUR (sewaktu berdoa)??? ATAS KEPENTINGAN APA untuk kita menuntut agar PANJANG UMUR???

Maka, sebenarnya kita salah untuk kita berdoa kepada ALLAH, tetapi perlulah kita menjaga ADAB BERDOA dan menjaga tutur kata setiap apa yang keluar daripada MULUT ini. Adalah lebih elok sekiranya kita menggantikan PANJANG UMUR dengan "diberi tubuh badan yang sihat". Manakala MURAH REZEKI digantikan kepada DIPERMUDAHKAN REZEKI...

PINTU-PINTU hati inilah yang PERLU kita jaga agar SYAITAN tidak dapat menembusi BENTENG dalam DIRI kita ini. IBLIS juga sememangnya telah berjanji untuk menyesatkan keturunan ADAM dan dibenarkan ALLAH kecuali yang bagi hambanya yang BERIMAN kepada ALLAH S.W.T...

SYAITAN boleh masuk ke dalam BADAN manusia melalui PEMBULUH DARAH... MAKA HAQ seseorang itu adalah daripada NAFAS terpecah kepada NAFAS, AMPAS, TANAFAS dan NUFUS. Cari dan tuntutnya ILMU NAFAS kerana Syaitan tidak dapat memasuki Manusia melalui NAFAS, oleh itu NAFAS ini menjadi HAQ kepada MUKMIN SEJATI...

Dalam menuntut ILMU perlukan kepada 4 iaitu SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT... Setelah cukup 4 maka dengan sendirinya 1 akan MUNCUL iaitu HAQ... CARILAH IA...

Wednesday, November 03, 2010

LAM JALALAH Siri 2

Assalamualaika Ya Rohani...

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Baginda, membawa cahaya ke seluruh alam, alam saghir dan alam kabir. Pada siri kali ini adalah bersangkutan dengan siri LAM JALALAH Siri 1. Mari kita dekatkan HATI ini lagi dengan apa itu LAM JALALAH... Pada asal kejadian ADAM ketika telah turun ke BUMI, maka terlihatlah ADAM mengenai ASMA ALLAH... walau bagaimanapun, bertanyalah ADAM mengenai satu NAMA yang ada bersebelahan dengan NAMA ALLAH...Maka diberitahulah bahawa itulah nama MUHAMMAD iaitu KEKASIH ALLAH, maka daripada ALLAH turun ke BUMI bertemu ADAM dan naik semula ke atas bertemu MUHAMMAD jadilah LAM JALALAH... inilah penyaksian ampuh.

LAM itu asalnya tiada BERHURUF... maka dizhahirkan dinyata ini bagi penggunaan INSAN duduknya di MATA. LAA.....Tiada sesuatupun yang BERKUASA melainkan ALLAH... Moga dapat menambahkan serba-sedikit pemahaman mengenai LAM JALALAH... AMIN...

Friday, October 29, 2010

ASLI atau BAYANGAN CERMIN???


Assalamualaikum dan sejahtera di atas UMAT MUHAMMAD S.A.W...

Pada kali ini saya suka untuk membuat penulisan mengenai ASLI atau BAYANGAN CERMIN... SOALAN saya... Mana satu yang ASLI KAMU sekarang ini yang berbadan nie ataupun kamu yang di dalam badan ini yang dinamakan ROHANI. Ya.... Tentunya Roh kamu yang dahulu, sedangkan badan ini hanya zahir, tin kosong yang hanya menjadi SAMPAH jika ROH tiada.

Kita adalah pembalikan ROH, muka kita adalah muka ROH tetapi ROH lebih suci dan murni.

ROH itu mengenal TUHAN... perjanjian ROH dengan TUHAN menjadi arah tuju kita di PERHENTIAN ini... Jalanlah kita takut MATI sedangkan maksud HAKIKATnya MATI adalah mematikan NAFSU NAFSI... Kalau ikutkan HATI jadi MATI... Kalau ikutkan NAFSU jadi LESU...

Semoga kita mendapat rahmat daripada ALLAH S.W.T.

Kepada semua rakan pembaca, saya galakkan anda jadi follower blog ini supaya kita dapat bertukar pendapat dan berkongsi ilmu yang ada... ALHAMDULILLAH...

Monday, October 25, 2010

HAQ ENGKAU DAN AKU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada UMAT MUHAMMAD. Sesungguhnya kamu dan aku sungguh bertuah kerana dapat mengenal AGAMA TAUHID ISLAM ini...

Engkaupun tahu bahawa dalam keadaan sekarang ini semakin banyak fitnah-fitnah yang mendatang. Anasir-anasir luaran juga sedikit-sebanyak melonggarkan keimanan engkau dan aku. Nyatalah bahawa IMAN itu boleh turun dan naik. Aku tidak mahu kita hanya melihat perkara DASAR sahaja... Jika IMAN itu boleh turun dan naik maka apakah maksudnya???

Jika IMAN itu boleh turun dan naik maka bermakna HENDAKLAH engkau dan aku sentiasa mempertahankan IMAN dengan sedaya-upaya setiap masa dan waktu. Apakah kaitan MASA pula??? Masa dikaitkan untuk kita berIMAN setiap masa dan waktu kerana IMAN itu PATInya daripada SYAHADAH dan SYAHADAH itu mempunyai 24 huruf berkiaskan kepada 24 JAM sehari. SETIAP MASA DAN WAKTU...

Pada setiap sedutan nafas hendaklah engkau dan aku INGAT kepada ALLAH dan mengESAkan-NYA. Maka dengan sendirinya setiap sedutan nafas itulah menjadi ZIKIR SIR pada diri engkau dan aku. SIR yang hanya engkau ketahui tidak aku dan SIR yang hanya aku ketahui tidak engkau.

Maka dengan sendirinya pula menjadi HAQ engkau dan HAQ aku. Dalam menjalankan kesempurnaan perlukan kepada 4 iaitu SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT. Ditambah lagi satu bagi ikatan rapi iaitu HAQ.

Sekian untuk kali ini...AMIN...

Monday, October 18, 2010

JADILAH RAKAN SAYA...

Assalamualaikum dan Selamat saya ucapkan kepada semua Umat Muhammad di segenap alam.

Saya lihat ramai di antara rakan-rakan kita yang melawati blog ini daripada pelbagai tempat dan kawasan. Di atas semangat setiakawan, saya mengajak anda bersama-sama saya untuk memberikan buah fikiran dan berkongsi sesama kita berkenaan isu-isu semasa dan sebagainya. Jadilah rakan saya dengan subscribe sebagai follower di ruangan sebelah kanan anda.

Secara peribadi,saya amat menyayangi blog ini kerana banyak hasil nukilan dan idea-idea yang saya nukilkan dengan akal yang datang secara sedar daripada ALLAH S.W.T.

Marilah sama-sama kita melaksanakan syiar ISLAM yang diajarkan kepada Rasulullah kepada kita. Moga kita mendapat RAHMAT daripada ALLAH S.W.T.

AMIN.......

Thursday, October 14, 2010

MENCARI JAWAPAN...


Assalamualaikum dan Selamat Berbahagia kepada Mukmin Sejati...

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W... Alhamdulillah, dapat juga saya buat coretan ringkas untuk post kali ini. Saya sedang sibuk sedikit dengan urusan kerja dan sedang dalam mood outstation.

Pada post kali ini, suka saya untuk mengingatkan rakan pembaca dan saya sendiri untuk menyemak/audit tahap kefahaman tauhid kita. Ini adalah penting bagi memastikan sekurang-kurangnya tiada syirik halus di dalam hati ini..

Tanpa melengahkan masa, mari kita mulai sesi ujian ini. Ujiannya cukup mudah, saya tanya dan anda jawaplah sendiri di dalam HATI... Rasakan soalan ini sehingga melekat betul di dalam HATI SANUBARI DIRI anda.

Soalan :

Apabila saya menyebut ALLAH...apa yang ada di dalam bayangan anda??? Masih tergambar huruf-huruf kalimah Alif Lam Lam Ha'?????

Lakukankan soalan ini berkali-kali setiap hari bagi menyemak tahap kefahaman anda terhadap Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Ia adalah satu soalan yang mudah tetapi padat dengan isi-isi UTAMA pengisian TAUHID.

Semoga kita mendapat keberkatan di dalam usaha memahami lebih mengenai cara pengenalan yang sebenar-sebenarnya kepada ALLAH S.W.T.

AMIN.....

Friday, October 08, 2010

BERSIH/SUCI ATAU CANTIK???!!!


Assalamualaikum dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W,

Terima kasih kepada rakan-rakan yang melawati blog aku yang x seberapa ini. Pada kali ini, suka aku untuk berkongsi pengalaman aku pada beberapa hari yang lepas. Majlis Sambutan Hari Raya...

Ya..itulah majlis sambutan yang aku hadir bersama rakan-rakan. Kebetulan pada hari tersebut adalah hari Jumaat. Jadi akupun memakai baju Melayu lengkap bersampin disebabkan majlis tersebut memerlukan pakaian Baju Melayu lengkap bersampin, setelah majlis selesai. Aku bersiap pula hendak ke Majsid untuk Solat Jumaat, sampin yang aku pakai tadi aku buka dan kasut yang aku pakai aku gantikan dengan selipar.

Pada waktu itu ada rakan-rakan aku yang masih makan dan minum ringan-ringan sahaja sambil berbual-bual. Tiba-tiba ada rakan aku berkata,"Mana sampin Engkau? klau majlis sambutan hari raya pakai cantik-cantik (bermaksud pakai sampin) tetapi bila hendak menghadap Allah x pakai pula sampin". Aku sedikit tergamamlah...

Bos aku yang bersebelahan dengan aku melihat aku terdiam, die berkata "Ini nak cari ayat Quranlah untuk defend diri..Mcm ada orang yang nak mempergunakan ayat Quran untuk mempertahankan diri sendiri. Aku lagilah tergamam...


Hahahaha...Aku tergamam bukanlah sebab aku rasa bersalah tak pakai cantik-cantik bila nak menghadap Allah, tetapi aku tergamam kerana tak disangka pula pemikiran rakanku dan bosku begitu. Tapi aku tak nafikan memang ramai yang berpemikiran begitu.

Anda bagaimana pula??? Aku bukanlah hendak menegakkan benang yang basah tetapi semua ini pada aku adalah bergantung kepada niat. Jatuh HARUS untuk aku memakai sampin kerana di dalam Tauhid aku tak termasuk bahawa kalau memakai Baju Melayu wajib memakai sampin bila nak menghadap ALLAH. Tetapi kepada rakanku, maka jatuh Wajib bagi mereka untuk memakai sampin kerana di dalam Tauhidnya yakin bahawa perlu memakai cantik-cantik (pakai sampin) bila hendak menghadap ALLAH.

Di dalam ISLAM, apa yang perlu adalah Pakaian yang BERSIH/SUCI daripada segala NAJIS, TEMPAT yang bersih/suci dari segala NAJIS. Marilah kita sama-sama ketahui semula berkenaan RUKUN SOLAT dan SYARAT SAH SOLAT iaitu:

RUKUN SOLAT
1)Orang Islam.
2)Menghadap arah Kiblat
3)Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4)Akil baligh
5)Melihat atau mendengar.
6)Jaga (tidak tidur)
7)Sudah masuk waktu sembahyang.

SYARAT SAH SOLAT
1)Sesudah masuk waktu sembahyang.
2)Menghadap ke arah Kiblat.
3)Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4)Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5)Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat kelutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan).Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Kita bukanlah dinilai daripada kecantikkan pakaian kita, tetapi dinilai daripada IMAN dan TAQWA kepada ALLAH. Dan itulah HAKIKAT pakaian yang sebenar iaitu di dalam HATI...

Friday, October 01, 2010

MENGENAL RAJA...

Assalamualaikum dan selawat salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W... Sesungguhnya kasih dan pengorbanan baginda kepada Umat Muhammad adalah TIADA TANDINGAN...

Pada kali ini, secara ringkasnya kita akan membincangkan dan berkongsi mengenai tajuk Mengenal Raja... Ini merujuk kepada unsur-unsur dalam DIRI kita sendiri... Oleh kerana hukum itu jatuh dalam lingkungan 4 iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Maka pada kali ini mari kita membawa unsur Qias supaya lebih jelas.

Qiasnya adalah seperti sebuah kerajaan semestinya mempunyai Raja (Pentadbir) bagi mentadbir negeri tersebut. Maka daripada pentadbiran Raja tersebut maka suburlah segala tanaman.. tiada rakyat yang kebuluran.. tiada masalah sosial dan sebagainya... Maka persoalannya, apa dia Raja bagi DIRI KITA???

Ya!!!!!!jawapannya adalah HATI!!!................

Maka HATIlah yang akan menguasai segala sesuatu. Memerintah kaki, memerintah tangan, memerintah segala sesuatu.

Thursday, September 30, 2010

BACAAN TAHLIL YASSIN ANTARA AIR KOSONG DAN AIR DIRI???

Assalamualaikum dan Selawat Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W...

Berkati PERJALANANKU INI...AMIN...

Pada tempoh hari, aku ada menyertai Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Surau tempat aku duduki. Semasa majlis bacaan Surah Yassin baru sahaja dilakukan, aku lihat ada beberapa orang yang membawa botol-botol air berisi air kosong dan diletakkan botol-botol tersebut di tengah-tengah. Aku tahu niat mereka ini baik, tetapi HATIku terdetik. "Alangkah sayangnya mereka beria-ria meletakkan air kosong itu (bertujuan supaya bacaan dan keberkatan bacaan Surah Yassin tersebut akan masuk ke dalam air tersebut seterusnya boleh diminum untuk dibuat ubat, air penerang hati dan lain-lain - aku tidak tahu tujuan mereka) di tengah-tengah dengan mengharapkan dapat menggunakan air itu kemudian hari, sedangkan pada DIRI mereka sendiri ada AIR yang kekal.. AIR itulah yang sepatutnya mendapat manfaat daripada perkara Tahlil ini...

Seperti mana yang kita tahu, jasad kita ini terdiri daripada 4 unsur iaitu Tanah, Air, Angin dan Api...Mengapa tidak kita kenal unsur-unsur tersebut dan AIR nya lebih SEGAR dan KEKAL berbanding AIR KOSONG yang KOSONG!!!.... Walau bagaimanapun, aku tidaklah menyalahkan dan mengatakan bahawa aku sahaja yang betul!!! tapi begitulah KEHIDUPAN... dan yang menjalankan kehidupan yang bernama MANUSIA...

KELEBIHAN MEMBACA "AMIN" SESUDAH AL-FATIHAH

Assalamualaikum dan selamat kepada semua saudara seIslamku...

Pujian dan syukur ke Hadrat Allah, dengan-Nya terhurailah segala simpulan ikatan...

Pada kali ini suka untuk saya membincangkan berkenaan kelebihan membaca AMIN setelah selesai membaca Al-Fatihah. Sesungguhnya segala sesuatu mempunyai adab dan cara, adalah amat elok sekiranya Penghulu Surah Al-Fatihah diselesaikan bacaan dengan membaca AMIN...

Secara ringkasnya mari kita pecahkan huruf AMIN itu tadi bersama-sama:

Alif

Mim

Ya'

Nun

Ada kesemuanya 4 huruf... Kitab Samawi juga 4 iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran... Sendi agama juga 4 iaitu Islam, Imam, Tauhid dan Makrifat... Asal manusia itu juga 4 iaitu Wadi, Mazi, Mani dan Manikam... Asal pertama itu juga 4 iaitu Ujud,Ilmu, Nur, Syuhud. Asal kejadian zahir itu juga 4 iaitu Tanah, Air, Angin dan Api... Kebesaran Allah itu lingkungan 4 iaitu Dzat, Sifat, Asma' dan Afaal... dan macam-macam lagi huraian yang bertujuan untuk MEMAHAMKAN MAKSUD...



Dari huruf-huruf AMIN itu mari kita sama-sama pecahkan maksudnya:

Alif - Faedahnya agar dilepaskan oleh Allah Ta'ala melalui titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar derasnya.

Mim - Faedahnya disentosakan oleh Allah Ta'ala daripada hangusnya api neraka jahanam.

Ya' - Faedahnya dimasukkan oleh Allah Ta'ala ke dalam syurga dengan tiada dihisab lagi.

Nun - Faedahnya diwajibkan oleh Allah Ta'ala mendapatkan keampunan ke atasnya serta diberi Allah Ta'ala sebaik-baik kematian.

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada kita, menjadi GULA-GULA JASAD seterusnya membentuk DIRI menjadi HAMBA ALLAH yang SEJATI... AMIN...

Monday, September 27, 2010

AnakKu Semakin Membesar...

Assalamualaikum dan Sejahtera ke atas semua Mukmin dan Umat Muhammad.

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan kepada kita bermacam-macam nikmat sehingga tidak dapat dikira dan dihitung. Malah tidaklah dapat kita membalas nikmat Allah ini melainkan kita belajar menjadi insan yang bersyukur... Belajar menjadi HAMBA... Belajar menjadi FAKIR...

Saya bersyukur kerana anak saya sekarang telahpun membesar dengan sihat. Rasa terharu melihat si kecil membesar di hadapan mata. Melihat satu per satu pelajaran yang diterima olehnya daripada Allah Yang Maha Esa...TQ Allah...



Aku doakan engkau mendapat REDHA ALLAH...AMIN...

Dikesempatan ini, saya ingin memberi maklumat berkenaan eBook terbaru tulisan saya yang telah berada di pasaran. Ia mengandungi beribu nama-nama anak untuk anda pilih dan yang paling bagus, buku ini mengajar anda teknik rahsia bagaimana untuk memilih nama anak dengan teknik pengiraan berdasarkan 4 unsur. Ia juga dilengkapi dengan teknik pengiraan nama bagi pasangan dan ilmu pelangkah. Bonus bagi pembelian eBook ini adalah Al-Quran Digital lengkap berserta Grafik yang menarik dan lengkap dengan hukum-hukum tajwid bagi memudahkan pemahaman anda mengenai Al-Quran. Di samping itu, terdapat dua lagi eBook bagi Bonus Bonanza iaitu Buku Menjana Kewangan Melalui Google Adsense dan Buku Banner Animasi Photoshop iaitu sesuai bagi menambahkan pengetahuan anda terhadap dunia internet tanpa sempadan.

Sila klik di sini untuk penerangan lanjut.

Friday, September 24, 2010

ILMU PELANGKAH...ANDA BERMINAT???

Assalamualaikum dan ucapan sejahtera kepada Nabi Muhammad S.A.W... Selawat dan salam ke atas Baginda...

Bagi post kali ini, saya ingin mengajak anda berbincang dan berkongsi mengenai ilmu pelangkah...Ilmu ini adalah sering kali digunakan oleh orang-orang terdahulu sebelum kita. Ilmu ini lebih kepada ilmu hisab...dalam kategori PETUA. Dan jangan kita memandang rendah kepada PETUA kerana PETUA dapat mengalahkan ILMU, kerana PETUA itu berlaku kerana SEMULAJADI.



Pada post ini saya masih belum lagi menyatakan gambar rajah ringkas bagi kefahaman lanjut mengenai Ilmu Pelangkah ini. Walau bagaimanapun, saya akan memberikannya secara PERCUMA kepada sesiapa yang berminat. Anda hanya perlu SUBCRIBE kepada Feed saya di ruangan sebelah kanan laman blog ini.

Baiklah, mari kita sama-sama berkongsi mengenai kegunaan Ilmu Pelangkah ini. Faedah dan kegunaannya adalah:
1) Anda boleh menggunakan bagi menganggarkan kemenangan atau kekalahan yang anda akan lalui jika anda memilih waktu tertentu bagi meneruskan tujuan anda;
2) Anda dapat mengetahui masa yang sesuai bagi meneruskan sesuatu perjalanan SUPAYA TIDAK HAMPA;
3) Anda boleh menggunakan bagi menentukan masa yang sesuai bagi mengubat sesuatu PENYAKIT;
4) Anda dapat mengetahui sama ada niat dan tujuan anda akan tercapai atau tidak;
5) Dan banyak lagi FAEDAH-FAEDAH yang akan anda perolehi...

Jika berminat sila SUBSCRIBE ke dalam RSS FEED saya dan saya akan berikan anda Ilmu ini terus ke dalam Email anda. Jika ada sebarang pertanyaan boleh post di dalam Blog ini mengikut tajuk supaya semua pembaca boleh berkongsi sama apa yang kita masing-masing tahu dan sebagainya.

Wednesday, September 15, 2010

LAM JALALAH Siri 1

Assalamualaikum dan Salam kepada semua... Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W...

Moga Bulan Ramadhan membawa banyak perubahan baik kepada kita semua..AMIN...



Post kali ini saya suka menyentuh mengenai LAM JALALAH... Pecahan daripada Rahsia ALLAH, ADAM dan MUHAMMAD. Dikatakan LAM JALALAH mempunyai banyak kegunaan yang di antaranya adalah:
1) Boleh digunakan untuk memagar kawasan daripada sebarang kezaliman zahir dan batin;
2) Boleh digunakan untuk mengikat makhluk halus;
3) Boleh digunakan untuk mengunci pergerakan musuh;
4) Boleh digunakan untuk memukau lawan;
5) Boleh digunakan untuk mengunci dan membuang penyakit;
6) Boleh digunakan untuk memulihkan santau;
7) Boleh digunakan untuk pagar diri dari sebarang kezaliman orang dan makhluk yang
hasad.
Dan macam-macam lagi. Ianya boleh menjadi berdasarkan niat seseorang. Tetapi ada satu KUNCI LAM JALALAH iaitu IMAN dan TAQWA... IKHLAS dan REDHA... Kebanyakan pengamal LAM JALALAH selalu menggunakan LAM JALALAH kepada Makhluk halus dan sebagainya (Lebih kepada urusan duniawi) tetapi lupa bahawa LAM JALALAH sepatutnya digunakan untuk MEMBERSIHKAN DIRI SENDIRI daripada sifat-sifat MAZMUMAH... Inilah INTI UTAMA pelajaran LAM JALALAH...

Thursday, September 02, 2010

KIBLAT SEMUA...

Assalamualaikum dan Sejahtera ke atas semua mukmin di bumi ALLAH S.W.T...

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W...dengannya akan terhurai segala simpulan ikatan...ALHAMDULILLAH...

Syukur ke hadrat ALLAH kerana diberi QUDRAT kepada kita untuk menjalankan ibadah puasa dengan lancar...

Pada kali ini, marilah kita bincangkan bersama mengenai topik KIBLAT... Secara ringkasnya, SOLAT kita mengarah kepada KIBLAT... yang mana letak duduknya KAABAH...

Untuk lebih halusi lagi, kita perhatikan perkataan KIBLAT itu sendiri yang bererti ARAH... arah tuju kita...

Untuk lebih halus lagi, kita amati bahawa KIBLAT itu letakknya KAABAH..

Untuk lebih halus lagi, kita amati bahawa KAABAH itu adalah sebuah bangunan segiempat... dan semua UMAT MUHAMMAD tertumpu kepada KIBLAT ketika SOLAT...

Untuk lebih halus lagi, mari kita bayangkan bahawa kita ke BAITULLAH...yakni KAABAH... mari kita hilangkan KAABAH (yakni bangunan segiempat daripada tempatnya buat sementara)... Jadi apa yang anda lihat????
YA..... maka jika tiada KAABAH, kita akan menyembahlah sesama sendiri...

TAPI adakah jika tiada KAABAH maka bermakna kita tiada KIBLAT??? Tidak...KIBLAT kita tetap sama... Maka dikuatkan KIBLAT itu sebenarnya di DALAM HATI...

Oleh kerana itu terpecahlah KIBLAT kepada 2 iaitu:
1) KIBLAT TUBUH iaitu BAITULLAH
2) KIBLAT HATI iaitu BAITULMAKMUR

Maka menjadilah ISLAM itu sempurna disebabkan tiada kekurangan yang boleh dijadikan alasan oleh orang Kafir terhadap AGAMA ALLAH yang suci ini.ALHAMDULILLAH...

Saturday, August 21, 2010

BERBUKA SEBELUM MAGHRIB ATAU MAGHRIB???

Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dengan Bagindalah penghormatan setinggi-tinggi.

Pada kali ini, suka saya berceloteh mengenai BUKA PUASA. Adakah kita seharusnya berbuka SEBELUM MAGHRIB atau pada waktu MAGHRIB??? Mengapa saya lontarkan persoalan ini adalah kerana ADAB... YA...hubungan adab ini terbahagi kepada 2 macam iaitu :
1) Adab hubungan kepada ALLAH; dan
2) Adab hubungan sesama MANUSIA.

Kebiasaannya ketika waktu berbuka pasti kita dapat lihat masalah ini, malah mungkin kita juga lakukannya TANPA SEDAR... Ironinya apabila masuk sahaja AZAN MAGHRIB, kebanyakkan orang mula berbuka tanpa menyedari itu baharu cuma AZAN sahaja, masih belumpun secara rasminya dikatakan MAHGRIB. Ini adalah kerana SOLAT itu diDIRIkan dalam waktu MAGHRIB dan solat pula tidak boleh diDIRIkan KETIKA AZAN BERKUMANDANG...

SOLAT HANYA BOLEH DIKERJAKAN SETELAH SELESAI AZAN!!! Maka jika SOLAT yang begitu pentingpun ditetapkan SYARIATnya perlu dikerjakan SELEPAS AZAN, ini pula BERBUKA PUASA atau lebih tepat lagi MAKAN/MINUM!!!

NAHHHHH....moga terbuka minda sedikit demi sedikit... banyak lagi PERSOALAN yang memerlukan rungkaian agar lebih jelas, tetapi pada waktu ini suka saya untuk hanya menjelaskan mengenai PERKARA yang MUDAH difahami ini...

Sesungguhnya tiada gerak saya melainkan dengan IZIN ALLAH jua... Saya dalam menyiapkan sebuah eBook mengenai cara menamakan anak...petua-petua dan sebagainya yang saya dapat dari seorang insan. Saya masih dalam kerja menyiapkan buku dan website untuk semua yang berminat. Untuk tempahan awal boleh hubungi saya di khirzainalomarshakri@gmail.com.

Yang Menulis,
K.ZOS

Wednesday, August 18, 2010

GULA atau TEBU???

Dengan Nama Allah, aku berserah kepada Allah..Tiada Tuhan melainkan Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Berjumpa lagi kita dalam ruangan blog yang tak seberapa ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana berkat daya yang Allah kurniakan, maka layaklah kita untuk menjalankan ibadah puasa dengan baik. Pada kali ini, suka saya membawa tajuk GULA atau TEBU???

Antara gula atau tebu yang mana menjadi pilihan kamu??? Inilah persoalan yang dilemparkan kepada saya oleh insan yang bernama GURU. Apakah yang dimaksudkan dengan soalan ini???

Marilah kita lihat sama-sama kepada unsur gula dan tebu.

Gula itu halus, diproses, mudah dibawa ke mana-mana, mempunyai banyak kegunaan dan boleh diaplikasikan dalam macam-macam masakan, ia boleh juga dicampur dengan air untuk mendapatkan rasa manis dan BANYAK LAGI!!!

Tebu pula bagaimana? Tebu itu panjang, mesti dibuang kulitnya dahulu sebelum dapat merasa manisnya tebu, sukar nak dibawa ke mana-mana kerana bentuknya yang panjang, tidak boleh dicampur dalam masakan dan air untuk mendapatkan rasa manis (tak banyak kegunaan)

Itulah serba-sedikit huraian mengenai GULA dan TEBU...Apa pula kaitannya dengan hidupnya kita???

Mari kita ingat pelajaran ASAS ISLAM, kita boleh berpandu kepada 4 perkara seperti yang saya sebut-sebut dalam post terdahulu iaitu:
1) Al-Quran;
2) As-Sunnah;
3) Ijmak; dan
4) Qias.

Maka dalam konteks persoalan tersebut diatas, ia lebih kepada kaedah QIAS..atau perbandingan...perumpamaan...

QIAS kepada APA???

Jawapan : Qias kepada ILMU...

Perbezaan ILMU APA???

Jawapan : Perbezaan ILMU SYARIAT dan HAKIKAT...

Sesuai dengan Hadith Nabi Muhammad S.A.W iaitu "Syariat tanpa hakikat kosong, hakikat tanpa syariat BATAL..."

Jika memegang kepada Hakikat yang sebenar,maka pasti telah MELALUI SYARIAT dengan sempurna, maka jadilah HAKIKAT itu pelbagai guna.

Yang Ditulis,
K.ZOS

Monday, August 16, 2010

SOLAT 5 WAKTU SAHAJA???!!!

Segala kasih dan sayang kepada Nabi Junjungan Muhammad S.A.W, yang dengannya terputus segala simpulan ikatan dan terhurailah segala maksud...

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah kerana memberi ilham kepadaku untuk menulis lagi diruangan blog yang tak seberapa ini...

Pada kali ini, aku ingin berkongsi pandangan mengenai SOLAT 5 WAKTU... Bagi penghuraian solat, anda bolehlah jenguk-jenguk topik-topik yang terdahulu kerana kali ini kita akan fokus kepada tajuk "SOLAT 5 WAKTU SAHAJA???!!!". Dalam tajuk itu terdapat tanda soal (?) dan seru (!)... Sedangkan tanda soal itu merujuk kepada PERSOALAN...RAGU-RAGU...TIDAK YAKIN...TERTANYA-TANYA... Manakala tanda seru itu merujuk kepada TEGAS, FAHAM, MAKLUM, DISIPLIN, FOKUS....

Suka saya sentuh tajuk Solat 5 Waktu Sahaja kerana baru-baru ini saya bercerita dengan rakan-rakan dan tajuknya adalah perdebatan antara Kristian dan Islam. Dalam perbincangan itu, ada ayat-ayat maklum yang menyatakan ada diantara penganut Kristian yang mempertikaikan SOLAT 5 WAKTU... MENGAPA Islam SEMBAHYANG 5 kali SAHAJA SEHARI??? Sedangkan dalam Kristian, TUHAN itu bersama-sama SENTIASA...

Ini adalah PERSOALAN yang BUKAN SOALAN...Melibatkan AQIDAH dan KEFAHAMAN sedia ada... Kalaulah seorang muslim yang berdepan dengan Paderi akan persoalan ini, PASTI ada yang GOYAH...atau tidak TAHU MEMBALAS JAWAP.

Jadi persoalannya... Adakah SOLAT MUKMIN itu 5 kali SAHAJA SEHARI???

Jawapannya Ya dan Tidak... Ya bagi yang tidak mengetahui dan tidak bagi yang mengetahui.

PERTAMAnya perlu kita TAHU dahulu apa itu SOLAT??? Solat itu perhubungan...doa...pengharapan...ataupun lebih tepat PEKERJAAN RAHSIA...

PERSOALAN: Adakah 5 kali sehari solat itu membataskan kasih, perhubungan, doa dan pengharapan kepada Allah S.W.T? Adakah 5 kali sahaja perhubungan kita dengan ALLAH S.W.T?

KEDUAnya perlu kita imbas kembali asal 5 waktu solat.. Pada mulanya, SOLAT kita adalag 50 kali SEHARI... 50 kali sehari itu bolehlah kita IBARATkan setiap waktu dalam SEHARI... Bermaksud, kita tidak sempatpun berbuat apa-apa selain memikirkan SOLAT... Baru nak berehat-rehat, waktu solat seterusnya telah tiba (nak cukupkan 50 waktu sehari). Jadi dengan hikmah dan kasih-sayang Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W maka setelah Nabi berulang naik dan turun memohon kepada Allah, maka Allah kabulkan permintaan Nabi dengan mensyaratkan 5 WAKTU SEHARI bagi yang bergelar muslim.

BERSAMBUNG...

Thursday, August 12, 2010

NIAT KE TAK NIAT???

Sejahtera kepada Junjungan Mulia NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sesungguhnya aku kasih padamu Ya Rasulullah...Tapi banyak kesilapan yang aku lakukan saban hari. Sempena bulan Ramadhan yang mulia nie aku ingin ucapkan Selamat Menjalankan IBADAH PUASA dengan LANCAR...

Bila kita sebut pasal puasa, perkara pertama yang terlintas difikiranku adalah niat. Sejak dari kecil kita dibebankan dengan niat, sampailah dah besar. Mana taknya, nak-nak kalau time sahur, lepas makan je mak ayah (zaman aku masa dulu) tanya, "dah niat belum???". Kalau tak niat abislah mcmmana nak puasa???

Selepas aku memahami erti sebenarnya niat, baharulah aku tahu yang sebenarnya selama ini aku tersilap.hahaha sedih betul. Yelah rakan-rakan, sedar x sedar yang kita lafaz di mulut itu BUKANLAH niat, tetapi LAFAZ NIAT...

APAKAH PULA NIAT???
Niat adalah niat, tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berupa...Niat adalah RAHSIA antara PENCIPTA dan HAMBA... Jadi janganlah di antara kamu yang tak berpuasa dengan alasan TERLUPA NIAT... :-)

Untuk mentahkik sesuatu perkara bagi mendapatkan keputusan, sebagai orang mukmin kita dipandukan dengan 4 perkara iaitu:
1)Al-Quran;
2)Sunnah;
3)Ijmak; dan
4)Qias.

Bagi menjelaskan lagi perkara niat ini (bagi sesiapa yang masih belum clear), kita ambil Qias/perumpamaan DIRI kita sendiri. Anda terlintas dihati nak pergi ke bandar membeli barang. Jadi apa yang anda lakukan adalah anda teruslah pergi ke bandar untuk beli barang. Anda tak perlu cakap kuat-kuat "Aku nak pergi beli barang di bandar!!!". WARAS/LOGIK???

Ya, semestinya kerana AKAL itu AGAMA, AGAMA itu AKAL, tidak berAGAMA bagi orang yang tidak berAKAL...

Jadi marilah kita sama-sama merubah persepsi kita berkenaan NIAT. ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang kita NIAT walaupun TANPA LAFAZ NIAT. Yang penting dijalankan bersekali dengan 4 rangkaian iaitu:
1) Syariat;
2) Tarikat;
3) Hakikat; dan
4) Makrifat.

APA pula maksud 4 rangkai di atas pada DIRI kita????
Syariat kita pada TUBUH, Tarikat kita pada HATI, Hakikat kita pada ROH, Makrifat kita pada RAHSIA.

Mudah-mudahan apa yang saya sampaikan adalah benar belaka. AMIN...TIADA DAYA MELAINKAN DENGAN ALLAH...


Yang Menulis,
K.ZOS

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kembali Dengan Penuh Gembira!!!

Dengan Nama Allah, Tuhan yang ESA..TIADA SATU DAN DUA.

Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan SELAMAT BERPUASA dan MOHON MAAF di atas segala salah silap saya sepanjang saya mengendalikan laman blog ini. Sesungguhnya saya LEMAH dan tidak berdaya apa-apa.

Sedikit perkongsian, di Bulan mulai ini kalau kita amati tajam-tajam.. TERBONGKARLAH sifat-sifat mazmumah dalam diri yang di katakan MANUSIA itu satu per satu. HANYA yang dikehendaki ALLAH sahaja akan mendapat keberkatan RAMADHAN.

Sifat yang selalu tertonjol:
1) Sebelum Ramadhan x bawa kereta laju, masa Ramadhan bawa kereta laju
(Dalam hati nak cepat balik/rehat/penat);
2) Cepat marah jika terkena musibah (mungkin sebab lapar perut);
3) Beli makanan lebih banyak dan terlebih-lebih berbanding SEBELUM PUASA;

Dan banyak lagi sifat-sifat yang TERTONJOL TANPA SEDAR!!!

Marilah kita hayati dan semak bersama-sama. Pandang kiri dan kanan anda. Pandang sifat-sifat yang KELUAR dari insan bergelar MANUSIA...

Adapun INSAN KAMIL martabat NAFSUnya amat BAGUS SEKALI. Tidak termakan dengan sifat-sifat DUNIAWI dan TETAP TENANG...ALHAMDULILLAH...

KESIMPULANNYA:
1) TANPA SEDAR, ramai orang yang sebenarnya menjadikan Bulan Ramadhan yang MULIA ini sebagai BULAN PENYIKSAAN...
2) ITULAH tanda martabat nafsu kita yang perlu kita perbaiki dari masa ke masa


YANG MENULIS,
K.ZOS

Thursday, July 29, 2010

ILLAHI ANTA MAQSUDI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kepada semua umat Muhammad ku ucapkan SEJAHTERA... Jalan yang kita lalui bukan jalan yang mudah. Ada yang sampai, ada yang terkandas, ada yang sesat malah ada yang tidak kemanapun. Renung tepat dalam HATI SANUBARI pandang jauh tepat ke MATA BATHIN anda!!! NAAAHHHHHHH!!!!! lihatlah syurga dan neraka di sekeliling kamu, jika kamu mengerti kawan!!!

Secara syariatnya kita sesuaikanlah diri dalam syariat kerana bukan semua yang islam tahu akan tarikat... jika dalam tarikat sesuaikanlah diri dalam syariat dan tarikat kerana bukan semua yang islam tahu akan hakikat, jika dalam hakikat sesuaikanlah diri dalam syariat, tarikat dan hakikat kerana bukan semua orang hakikat mengerti akan makrifat...Jika dalam makrifat janganlah memandang dirimu sudah sempurna kerana engkau masih kekurangan HAQ... Carilah HAQ kamu, amanah yang kamu lupa dahulu.

INILAH KATA-KATA HIKMATKU KEPADA KAMU...
30/7/10

K.ZOS

Thursday, July 08, 2010

eBook Rahsia Pemilihan & Rahsia Pengiraan Nama






Buku bertajuk Rahsia Pemilihan & Rahsia Pengiraan Nama ini adalah fokus kepada rakan-rakan yang ingin mengetahui formula bagaimana ingin menamakan anak-anak mereka. Buku ini juga mendedahkan rahsia PENGIRAAN NAMA yang dapat diaplikasikan sebelum sesuatu nama dipilih untuk anak-anak kita.

Penerangan buku ini adalah ringkas dan dapat memberi kefahaman yang jelas kepada pembaca. Disamping itu, buku ini mempunyai beratus-ratus nama-nama pilihan yang boleh digunakan sebagai alternatif bagi memilih nama anak-anak.

MASALAH-MASALAH YANG BOLEH DIATAS:
1) Dapat memberi sifat yang baik kepada anak, JATUH dan BANGUN ANAK;
2) Dapat memahami RAHSIA PENGIRAAN yang JARANG DIKETAHUI UMUM;
3) Memberi kefahaman dari sudut pendekatan SYARIAT kepada BADAN iaitu unsur-unsur
wajib pada kita;
4) Memberikan kelebihan bagi mengawal ANAK;
5) Dan berbagai-bagai lagi....


SILA BUAT TEMPAHAN AWAL untuk EDISI TERKINI... Kos bagi eBook ini CUMA RM20 SAHAJA!!!

ADAB MEMBACA AL-FATIHAH

Assalamualaikum dan salam kepada semua UMAT MUHAMMAD...

Pada kali ini, kita akan berkongsi bicara mengenai ADAB MEMBACA AL-FATIHAH.

Apabila selesai membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim, maka hendaklah kita membaca Al-Fatihah dengan perlahan-lahan, khusyuk dan tertib, jangan sesekali dicepatkan. Perhatikan kebaikan bacaan dengan berhenti di tiap-tiap pangkal ayat. Jangan disambung-sambung kerana ini akan merosakkan makna tertib yang dikehendaki dari MUNAJAT.

Hendaklah Al-Fatihah dijaharkan(dibaca dengan suara nyaring) tetapi sederhana, kerana yang demikian itu akan menghilangkan lalai. Penjaharan itu adalah kepada rakaat pertama dan rakaat kedua manakala mensirkan bacaan pada rakaat seterusnya (jika lebih 2 rakaat).

Adalah Rasulullah SAW menghentikan bacaannya di tiap-tiap ayat. Beliau berhenti di "Rabbil 'alamien". Sesudah berhenti barulah beliau membaca "Ar Rahmaa nirrahiiem" dengan memanjangkannya serta beliau memperlambatkan bacaannya. Sesudah berhenti, barulah beliau membaca "Maliki yau mid diien" dengan tidak memanjangkan "maliki" atau dengan memanjangkannya. Sesudah berhenti, barulah beliau membaca "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'ien". Sesudah beliau berhenti barulah beliau membaca "Ihdinash shirathal mustaqiem". Sesudah berhenti barulah beliau membaca "Shirathal ladziena an'amta 'alaihim" dan sesudah itu barulah beliau membaca "ghairuil maghdubi 'alaihim waladhaalien".

Setelah selesai membaca Al-Fatihah, maka hendaklah kita berdiam kadar senafas, sesudah itu berta'mienlah iaitu membaca "Amin" dengan suara yang rendah dan memanjangkannya walaupun Al-Fatihan dijaharkan.


Yang Ditulis,
K.ZOS

Tuesday, July 06, 2010

Ayah Sayang Asyraaf / Daddy Love You...

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan nikmat kasih-sayang Baginda, maka terlimpahlah Cahaya Kegembiraan kepada semua Umat Muhammad di dunia ini. Saya bersyukur dikurniakan Cahaya Mata yang sihat dan comel...ALHAMDULILLAH SYUKUR...


Picture of my SON / Anakku sayang

Daddy Love You... Turun naik nafas maka jangan engkau lupa amanah dan janjimu pada ALLAH... ALHAMDULILLAH... KINIKU PUNYAI ZURIAT...Umat MUHAMMAD.

Wednesday, June 30, 2010

BUDI DAN ZAMAN KEMAJUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kembali semula kita kepada penghuraian Buku bertajuk "BUDI DALAM KEHIDUPAN DIRI DAN MASYARAKAT". Penulisan pada kali ini adalah di bawah tajuk "Budi dan Zaman Kemajuan" mula di mukasurat 9.

Petikan daripada perenggan yang dipilih adalah :

Budi memang sakti, yang sedikit akan memadai, bila bersama budi, dan yang banyak tidak akan mencukupi sekiranya jauh dari budi. Pelita yang kelap-kelip akan menjadi terang benderang selama minyaknya dari budi dan suasana terasa gelap dan kelam selama jauh dari budi.

Budi, sekali lagi budi, memang sakti dan bertuah. Manusia belum juga merasa senang dengan kemajuan dalam segala hal, manusia belum jua akan merasakan aman dan tenteram, sebelum budi tadi turut maju dan berkemajuan walaupun segala sesuatu telah moden.

Kata Imam Ghazali : "124,000 Nabi-nabi dan Rasul-rasul diutus Tuhan. Berlain-lain pembawaan mereka satu persatu, berbeda-beda syariat yang mereka sampaikan, tetapi kesemuanya bersatu dalam satu perkara iaitu BUDI".

Akhir sekali Nabi Muhammad s.a.w berpesan : "Kamu tidak akan berbahagia, dan kamupun tidak dapat membahagiakan orang lain kalau tidak dengan budi. Ingatlah bahawa saya ini diutus guna menyempurnakan BUDI PEKERTI(AKHLAK)".

Sunday, June 27, 2010

Anak SATU AMANAH

Assalamualaikum dan salam...

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan sifat-sifat keagungan-Nya dapat saya nukilkan coretan di dalam blog yang sederhana ini dan dapat pula anda membacanya. Tajuk kita pada kali ini adalah "Anak SATU AMANAH". Saya bersyukur kerana dikurniakan bayi yang comel dan sihat alhamdulillah. TQ ALLAH... Saya berfikir sejenak setelah kelahiran anak saya, WAH!!!ini adalah satu ANUGERAH... Ya...betul ini satu ANUGERAH...Biasanya anugerah ini adalah untuk kita BANGGA-BANGGAKAN...ANUGERAH ini adalah MODAL untuk kita membina reputasi...ANUGERAH ini bersifat DUNIAWI...

Fikir punya fikir, barulah saya dapat kesimpulannya... Anak ini memang anugerah tetapi anak juga adalah lebih daripada ANUGERAH... ANAK adalah AMANAH!!!

AMANAH dari ILLAHI kepada KHALIFAH-NYA... Ingat senang untuk membesarkan anak??? memanglah susah, tetapi lebih susah lagi adalah tugas kita untuk mengingatkan kepada anak kita mengenai PERJANJIAN dan AMANAH yang sanggup dipikul olehnya sebelum dia keluar ke DUNIA INI...

AMANAH dan PERJANJIAN antara TUHAN dan HAMBA-NYA...

BERSAMBUNG...

Monday, April 26, 2010

BUDI Dalam Kehidupan Diri dan Masyarakat

Selawat dan Salam ke Atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang diberi petunjuk yang sebenar-benarnya. Budi merupakan satu perkara yang kita tempuhi dalam kehidupan kita seharian. Ada ketika budi kita ditahap yang rendah, dan ada ketika budi kita ditahap yang ampuh. Pada coretan kali ini, saya akan mencatatkan kandungan buku "Budi Dalam Kehidupan Diri dan Masyarakat" yang ditulis oleh H.M Bustami Ibrahim yang hidup sezaman dengan HAMKA.

Buku ini ditulis dalam Bahasa Indonesia dan diterjemah mengikut setakat mana kefahaman saya. Tapi yang pasti ianya mempunyai content yang BAIK untuk DIFAHAMAMI bersama. Penulis akan mengambil isi-isi yang penting sahaja.

Imam Al-Ghazali berkata;"Ketahuilah! Bahawa lidah yang lekat, dan hati yang tertutup, penuh dengan kelalaian dan keinginan yang rendah-rendah adalah alamat kemalangan besar.

BERSAMBUNG...

Tuesday, April 20, 2010

MENDAPAT TAUFIQ ATAU DIHINA

LA ILLAHA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTUMINADZHALIMIN... Dengan Nama ALLAH, AKU berserah kepada ALLAH, tidak ada upaya melainkan dengan ALLAH. Kenal DIRI itu amat mudah jika kita HAYATI. Sebab HAYATI itu datang dari kata HAYAT... HAYAT itu pula HIDUP, HIDUP itulah KEHIDUPAN kita sehari-harian.

Jadi kita sering tertanya-tanya TAHAP atau MARTABAT DIRI SENDIRI. Seperti di manakah MARTABAT NAFSU kita? Apa ada dalam kita? Siapa IMAM kita pula pada masa ini?????!!!

Perkara MUDAH yang perlu kita teliti dan hayati terlebih dahulu adalah kedapatan TAUFIQ dan PENGHINAAN.

Tanda ringkas seorang mendapat taufiq itu ada tiga:
1) Mudah mengerjakan amal kebaikan, padahal ia tidak ada niat dan bukan tujuannya;
2) Berusaha untuk berbuat maksiat, tetapi selalu terhindar daripadanya;
3) Selalu terbuka baginya keperluan dan hajat kepada Allah Ta'ala.

Tanda seorang yang dihinakan oleh Allah ada tiga:
1) Sukar melakukan ibadat/taat, padahal ia sudah berusaha bersungguh-sungguh;
2) Mudah terjerumus ke dalam maksiat, padahal ia berusaha menghindarkannya;
3) Tertutupnya pintu berhajat kepada Allah, sehingga merasa tidak perlu berdoa dalam
segala hal.

NAHHHHH!!! fikirkan dengan AKAL kerana tidak BERAGAMA bagi orang yang tidak BERAKAL.Tanya diri sendiri di manakah DIRI kita sendiri. Kerana hanya DIRI kita yang tahu soalan yang tepat dan jawapan yang tepat.

BERSAMBUNG...

Tuesday, March 09, 2010

SEKERAS-KERAS HATI, SELEMBUT-LEMUT HATI

Dengan Nama Allah, Aku berserah kepada Allah, Tiada Tuhan melainkan ALLAH. Allah tidak memandang pakaian, amalan HAMBA-NYA. Tetapi Allah memandang pada HATI, IMAN DAN TAQWA hamba-Nya.

Hati perlu dicuci seperti bersihnya kekotoran dengan air. Tidak cukup dengan itu, kebersihan itu perlulah bersih dari BAU, WARNA dan RASA!!! Seperti pinggan yang tidak dicuci dengan sabun akan berminyak dan berbau iaitu MENINGGALKAN KESAN. Sebagai seorang yang memegang SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT..maka PERLU kita memakai pasangannya iaitu Al-QURAN, HADITH, IJMAK dan QIAS. Berlandaskan dengan 4 perkara tersebut maka Qias yakni CONTOH pembersihan di atas boleh kita gunakan pada DIRI kita sendiri.

Seperti mana juga pinggan yang memerlukan sabun untuk bersih TOTAL. Maka, hati kita juga perlukan medium untuk melaksanakan perkara tersebut. Kita bukanlah NABI MUHAMMAD yang MAKSUM. Yang dijaga sejak kecil dan tidak membuat sebarang kesilapan dan kesalahan.

Sedangkan Nabi Muhammad yang begitu MAKSUM itupun dicuci hati 2 KALI oleh MALAIKAT. Inikan pula KITA!!!

SOALAN:
APA PULA BAHAN CUCIAN KITA???

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana dengan Sifat MAHA BIJAKSANA-NYA maka dipelihara ISLAM dalam DIRI orang MUKMIN. Dengan peliharaan tersebut maka kita dapatlah cara untuk MEMBERSIHKAN HATI agar dapat KEREDHAAN dari ALLAH.

Maka, HATI itu dibersihkan dengan BERZIKIR kepada ALLAH...Perlu kita ketahui bahawa, pada masa Rasulullah S.A.W wafat, terdapat terlebih terkurang 120,000 para sahabat yang beriman dan ISLAM. Ada yang bersama Rasulullah di Permulaan ISLAM, ada yang memeluk ISLAM di pertengahan hayat Rasulullah, ada yang memeluk ISLAM ketika wafatnya Rasulullah dan ada yang memeluk ISLAM sehari selepas wafatnya Rasulullah.

Jadi apa yang membezakan sahabat-sahabat? YA... yang membezakan mereka adalah ILMU dan KEFAHAMAN mereka mengenai apa yang telah Rasulullah sampaikan.

BERSAMBUNG...

Monday, March 01, 2010

HIDUP KU KEMBALI BERSINAR

Selawat dan Salam Atas junjungan Nabi S.A.W yang AKU kasihi. Telah sekian lama cahaya terpadam dalam SANUBARI ku. GURU pembimbing ke ALAM LAHUT. Kini cahaya makin terang.

Sesungguhnya taraf HAMBA adalah taraf yang PALING MULIA di sisi ALLAH S.W.T.

Apa salahnya untuk kita TIDAK MEMPUNYAI APA-APA.. Apa salahnya untuk kita KOSONG... KOSONG itulah FAKIR. TIDAK PUNYAI APA-APA.

Apakah orang yang mempunyai KAROMAH itu tinggi derajatnya daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa KAROMAH?????

Adakah kain yang putih itu tidak mempunyai apa-apa nilai daripada kain yang BERCORAK dan BERWARNA-WARNI?????

KEYAKINAN itu mengatasi segala-galanya wahai tuan ampunya DIRI...

Thursday, February 25, 2010

IMAN ITU DALAM HATI

IMAN adalah suatu rasa yang amat BERHARGA yang diANUGERAHKAN ALLAH kepada MUKMIN yang TERPILIH. IMAN itu amatlah kaya. Kaya dengan PERASAAN, kaya dengan SIFAT, kaya dengan BISIKAN dan meliputi dalam HATI SANUBARI seorang MUKMIN. Adapun keimanan itu berlangsung kerana PENYAKSIAN. PENYAKSIAN yang HAKIKAT, bukan mainan dan agakkan.

Yang lemah tetap lemah dan yang kuat tetap kuat. Itulah hebatnya CIPTAAN dari ALLAH S.W.T yang MELIPUTI.

MELIPUTI APA????

Meliputi semua zahir dan batin, meliputi langkauan minda akal, meliputi apa yang diliputi.

Dalam hidup seharian, kita bertemankan kepada DIRI kita sendiri. Jika tidak, masakan kita ada kalanya termenung bersendirian. Kita bersoal-soal kepada DIRI kita sendiri. Itulah yang BATIN, datang dengan rasa.

"Wamaromaita izromaita, walakinnallaharoma", Ayat dari Surah Al-Anfal Ayat 17 bermaksud: "Bukan Engkau yang memanah ya MUHAMMAD, tetapi AKU yang MEMANAH". Itulah sepotong ayat yang pendek tetapi punyai tafsiran yang amat dalam dan padat.

Tarik nafasmu hingga Langit ke TUJUH, dan turunlah kamu sehingga bumi ke TUJUH, maka sampailah ke DESTINASI yang perlu kita fahami dengan AKAL. AKAL logik kah, AKAL batin kah...Pilihan di TANGAN KAMU!!!

Labels