Wednesday, December 23, 2009

Hidup Bahagia Sebagai Islam

Hidup merupakan HAYAT. HAYAT pula adalah pemberian daripada ALLAH kepada HAMBANYA...beruntung bagi sesiapa yang mendapat keberkatan daripada HAYAT dan Hidup Bahagia sepanjang masa, setiap detik dan waktu.

Kebahagian pula adalah secara TOTAL datang daripada ALLAH. Sesungguhnya daripadanya kita dijadikan dan kepadanyalah tempat kita kembali. Itulah hidup bahagia yang KEKAL ABADI.

Wednesday, October 14, 2009

PENGHAYATAN DIRI...

Dimulai dengan TAKBIR dan di akhiri dengan SALAM.. Itulah SOLAT. TAKBIR itu mengandungi ALLAH HU AKBAR dan SALAM itu mengandungi SEJAHTERA.

BERSAMBUNG...

Thursday, October 08, 2009

HAKIKAT PENDENGARAN

Pendengaran adalah salah satu deria yang dikurniakan ALLAH kepada MANUSIA yang kita gunakan setiap masa dan waktu. Pendengaran itu hakikatnya:
1) TAHU
2) FAHAM
3) SEDAR
4) LIHAT
5) HAYATI
6) ALAMI
BERSAMBUNG...

Dalil Aqli:
Bayangkan kita sedang menyanyikan lagu, sewaktu kita nyanyikan lagu, pada masa yang sama ada perkara-perkara lain yang berlaku seperti bunyi burung berkicau, bunyi kereta, bunyi ketukan dan sebagainya. Tetapi disebabkan terlalu ASYIK kita menyanyikan lagu tersebut, sehinggakan kita TIDAK SEDAR akan adanya bunyi BURUNG, KERETA dan sebagainya.

Maka pada masa itu, HAKIKAT PENDENGARAN kita sebenarnya hanyalah diMUTLAKkan kepada LAGU yang sedang kita NYANYIKAN. YAKINnya kita kepada NYAYIAN LAGU tersebut sehingga kita lupa akan keadaan-keadaan yang LAIN.

BERSAMBUNG...

Tuesday, October 06, 2009

NAFAS, AMPAS, TANAPAS dan NUFUS

NAFAS adalah sumber asas KEHIDUPAN. Daripada berNAFAS kita dapat AKAL, KEWARASAN BERFIKIR dan TENAGA untuk menyatakan keagungan ALLAH. Nafas itu boleh kita huraikan menjadi 4 peringkat iaitu NAFAS, AMPAS, TANAPAS dan NUFUS. Naik turun NAFAS membawa NYAWA. Hidup Nafas kerana Ampas, hidup Ampas kerana Tanapas, Hidup Tanapas kerana Nufus, Hidup Nufus kerana Rahsia.

Duduknya Nafas adalah di mulut,duduknya Ampas adalah di antara 2 lubang hidung, duduknya tanapas adalah di antara pertengahan telinga dan kepala, duduknya Nupus di Hati Mukmin...Bersesuaian dengan ayat "Qalbu mukmin itu Baitullah". Di situ si mukmin menabur janji, di situ si mukmin ingat pada janji dan di situ si mukmin berpegang pada janji.

Nafas-Nafas inilah yang membawa kepada penyucian. Naik Nafas sehingga langit yang ke TUJUH, dan turun Nafas sehingga ke bumi yang ke TUJUH. BERSAMBUNG.....

Thursday, October 01, 2009

KAEDAH TABLIGH

Dalam TABLIGH kita perlulah laksanakan dengan sifat FATONAH...Bijaksana dalam menyampaikan dan faham akan kedudukan. Kita tidak boleh meneka-neka dan FITNAH kepada seseorang. Seperti kiasan ALLAH AKBAR, begitu jugalah kiasan hubungan iaitu Hubungan sesama ALLAH dan hubungan sesama MANUSIA.

Maka jika kita hanya menjaga hubungan sesama ALLAH tanpa menghiraukan hubungan sesama MANUSIA serta membuat saudara kita terluka, maka itu adalah sebesar-besar kerugian.

ILMU KETUHANAN VS KALIMAH

Sesungguhnya, tiada satupun ilmu di dalam dunia ini yang tidak berkaitan dengan ILMU KETUHANAN. Jangan kita sangka bahwa ilmu matematik, sains dan sebagainya tidak ada kaitan langsung dengan ilmu ketuhanan. Jangan kita sempitkan bahwa ilmu ketuhanan ada pada kalimah sahaja.

Sedangkan kalimah itu BARU sahaja wujud. Ilmu Ketuhanan lebih berkaitan dengan SYAHADAH.

Dalil Aqli:
Nabi Muhammad itu seorang yang BUTA HURUF dan TIDAK TAHU MEMBACA. Siapa yang mereka KALIMAH? adakah RASULULLAH? Tetapi jangan kita silap, BUTA HURUF dan TIDAK TAHU MEMBACA Rasulullah adalah satu KELEBIHAN bagi Rasulullah. Kerana apa???? Tiada unsur SYIRIK.... Kerana kebanyakan manusia bila disebut ALLAH akan terbayang Huruf ALIFF, LAM , LAM, HA... Maka itu belum lagi TUHAN..itu cumalah nama.

Tetapi apabila NABI MUHAMMAD menyebut ALLAH, apakah yang NABI terbayang???? Begitulah perihal KALIMAH.

Walau bagaimanapun, agak sedih kerana ada orang yang lebih suka berKALIMAH...dan menyempitkan ILMU KETUHANAN. ALLAH itu MAHA KAYA dan MAHA AGUNG.

"Buangkan nama dan maksud, itulah Raja segala MAKRIFAT".

Perlulah kita mendudukkan SIFAT RASULULLAH dalam DIRI SENDIRI, kurangkan memikir hal orang lain dan banyaklah memikir kesilapan DIRI SENDIRI sehingga kita KENAL akan DIRI SENDIRI.

AKAL itu AGAMA, AGAMA itu AKAL, maka tidak berAGAMA bagi orang yang tidak berAKAL.

Friday, September 18, 2009

PUASA

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Puasa saya ucapkan kepada semua. Alhamdulillah kita telah Selamat Berpuasa dan tidak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Puasa itu adalah HAK ALLAH, Hak Allah itu pula adalah sebenar-benar Hak dan kekal abadi...Hak tetap akan menjadi Hak dan tiada sama Hak Allah dengan Hak kita.

Apakah pula KAITAN yang dikatakan PUASA itu HAK ALLAH...?

Puasa boleh kita simpulkan iaitu TIDAK makan dan minum sejak dari awal hingga terbenamnya MATAHARI...

Apa pula pengertian tidak MAKAN dan MINUM? serta kaitannya dengan PUASA adalah HAK ALLAH?

Puasa itu boleh dibahagikan kepada beberapa tingkatan:
1) Tingkatan Puasa Orang Awam
2) Tingkatan Puasa Orang Pertengahan
3) Tingkatan Puasa Orang Khusus

Pecahan bagi tingkatan tersebut boleh kita rumuskan sebagai:
1) Puasa Orang Awam iaitu memelihara diri daripada makan dan minum dari terbit matahari sehingga terbenamnya matahari.
2) Puasa Orang Pertengahan iaitu memelihara diri daripada makan dan minum dari terbit matahari sehingga terbenamnya matahari. Memelihara HATI daripada sifat-sifat MAZMUMAH dan sifat keji.
3) Puasa Orang Khusus iaitu memelihara diri daripada makan dan minum dari terbit matahari sehingga terbenamnya matahari. Memelihara HATI daripada sifat-sifat MAZMUMAH dan sifat keji. Sentiasa dalam MENG-ESAKAN ALLAH dari sudut DZAT, SIFAT, ASMA' dan AFA'AL.

Sesungguhnya pengertian ketiga adalah yang dikatakan sebenar-benar PUASA.

HAK ALLAH ialah HAMBA sentiasa meng-ESAkan ALLAH dan Sifat-sifat NYA dari sudut DZAT, SIFAT, ASMA' dan AFA'AL.

"Hingga terbenamnya MATAHARI":
MATAHARI adalah kiasan, Matahari itu Cahaya, Memberi KEHIDUPAN, menyuburkan tanaman dan segala tumbuhan. Tiada MATAHARI selamanya serupalah bermaksud KIAMAT BESAR.
Hingga terbenamnya MATAHARI bermaksud kita perlulah membawa pengertian sebenar-benar PUASA dari Awal HAYAT kita sehinggalah KIAMAT KECIL sampai kepada kita.

"Pengertian tidak makan dan minum":
Adapun kiasan tidak makan dan minum adalah bermakna KETUNDUKAN NAFSU. Manusia yang kurang makan dan minum maka terbitlah darinya sifat-sifat KEMULIAAN dan HAMBA yang dikatakan INGAT akan TUHANnya. Maka KETUNDUKAN NAFSU itu perlu kita laksanakan dari terbut MATAHARI sehingga terbenamnya MATAHARI.

Illahi Anta Maqsudi, Waridhaka Matlubi 'Atini Muhabbatika Wama'rifatika.

Tuesday, June 09, 2009

SOLAT KEKAL

Dengan Nama ALLAH, AKU berserah kepada ALLAH, tidak ada TUHAN melainkan ALLAH...

Lafaz syukur atas pemberian 5 deria pemikiran, perasaan, penciuman, pendengaran dan penglihatan. Ianya adalah pemberian yang telah ALLAH kurniakan kepada MANUSIA dengan sifat PENGASIH-NYA.

Dalam perhubungan terus ke Hadrat ALLAH maka dipulangakan yakni dipersembahkan semua pemberian tersebut kepada yang ampunya HAQ iaitu ALLAH. Tujuh (7) Sifat Ma'ani dipersembahkan maka jadikan MANUSIA itu INSAN. INSAN ini pula bertaraf HAMBA.

Manakala pengertian HAMBA adalah tidak memiliki apa-apa.

Seseorang yang tidak memiliki apa-apa itu boleh diiktiraf sebagai...
seorang yang MISKIN...
seorang yang FAKIR...
seorang yang TIADA DAYA UPAYA...
seorang yang KOSONG sama sekali.

Maka tafsiran MAKRIFAT itu adalah KOSONG...yakni tidak memiliki apa-apa. Apa yang ditentukan itulah yang menjadi ketentuan baginya.

Datanglah pada HATI sifat REDHA dan TAWAKKAL.

Maka dibawa semua ini di dalam PERHUBUNGAN KITA dengan ALLAH di dalam SOLAT baik SOLAT rawatib, SOLAT sunat atau SOLAT DHAIM (KEKAL)...

Hendaklah dimatikan DIRI sebelum MATI... Maka MATI itu terletak pada NIAT... Seseorang boleh MATI ketika HIDUP...dan seseorang sememangnya MATI ketika MATI JASAD. Tetapi inilah peraturan yang telah ditetapkan.

MATI itu pula boleh datang pada HATI, boleh datang pada BADAN, boleh datang pada NAFSU... Maka MATIkanlah NAFSU sebelum kita MATI JASAD. Itulah MATI sebaik-baik MATI.

SOLAT itu pula boleh didatangkan KHUSYUK dengan membuang makna. SOLAT NABI MUHAMMAD S.A.W adalah di dalam BAHASA ARAB sepenuhnya maka janganlah di BAHASA MELAYUKAN(atau BAHASA LAIN) SOLAT tersebut kerana SOLAT mempunyai RAHSIA dan maksud yang mendalam membawa perhubungan antara TUHAN dan MAKHLUK.

BERSAMBUNG.......

Monday, May 25, 2009

Pesanan Aku yang bernama GURU

Buka fikiran dengan melaungkan kebesaran Allah S.W.T Tuhan seluruh alam baik alam zahir dan batin, alam roh dan jasad, alam nyata dan tersembunyi dan itu Dia yang meliputi sekalian ALAM...YANG ESA... GURU itu KAYU UKUR, GURU penegur KETIKA SALAH, GURU itu menenang ketika KEKUSUTAN..maka nyatakan guru itu pada HATI (QALBU) MUKMIN.

Dalam ketidakesedaran kita, pelbagai masalah yang kita lalui ketika HAYAT ini berlaku sebenarnya adalah jawapan-jawapan yang kita sedang sediakan bagi menjawab persoalan-persoalan ketika waktu kita akan dikuburkan pada masa depan. Siapa TUHAN kamu??? Siapa NABI kamu??? Apakah AGAMA kamu??? Apakah KIBLAT kamu??? Siapa SAUDARA kamu??? Apakah pegangan IKTIKAD kamu??? Dan apakah KALIMAH yang kamu bawa bersama-sama kamu???

Inilah permulaan fikiran dan persoalan yang MAHAL HARGAnya yang perlu kita halusi.

RUANGAN UNTUK BERFIKIR:

1) Kepada SIAPAkah sebenarnya bacaan TALKIN itu DITUJUKAN?????

2) Siapakah GURU kita yang mengajar akan jawapan kepada persoalan-persoalan itu???

3) Manakah DUDUKnya kita dan apakah MARTABAT kita pada waktu jawapan-jawapan itu kita jawab?

4)Adakah kita Ingkar akan ALLAH sehinggakan persoalan SIAPAKAH TUHAN KAMU DITANYA? sedangkan INGKAR itu bermakna KAFIR....

5)Adakah jawapan kepada persoalan itu yang kita cari atau persoalan itu sendiri adalah jawapan???

6)Apakah KALIMAH yang kita BAWA bersama-sama???

Untuk itu mari kita hayati sama-sama terjemahan bacaan TALKIN...

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

NAHHHHH!!! Inilah bacaan-bacaan yang bakal kita DENGAR pada hari pengebumian kita... Tapi adakah kita dapat lakukan apa yang dinasihati IMAM yang membaca tahlil kepada KITA???

Firman Allah ......

BERSAMBUNG............

Thursday, May 14, 2009

ALAM DIRI BERNAMA INSAN

Dengan nama Allah, Aku berserah kepada Allah, tidak ada tempat lain yang Aku bermohon melainkan DENGAN ALLAH. Sesungguhnya manusia itu sebaik-baik kejadian iaitu merangkumi keseluruhannya. Sesungguhnya manusia itu sesempurna kejadian.. SEMPURNA membawa maksud terbaik atau cukup atau elok atau LENGKAP... Adakah manusia itu LENGKAP? Adakah manusia itu punya semua???

Dari manusia itu adanya yang bergelar INSAN dan sesungguhnya pengertian INSAN itu cukup LUAS. Pengertian luas juga bermakna MELIPUTI,MERANGKUMI. Dalam diri ada ROH, ada MALAIKAT, ada JIN, ada SYAITAN dan ada SEMUA!!!

Dalam diri ada suka,ada duka, ada benci, ada sayang, ada tenang, ada MARAH, ada SEMUA!!!

Dan dalam mengenal diri perlu kita dudukkan sesuatu kepada sesuatu yang sepatutnya... Tenang itu sifat Rasulullah, Patuh itu sifat Malaikat, Marah itu sifat Syaitan...

BENARKAH DALAM DIRI ADA SYAITAN?
Dalil:-
"Daripada 'Atgiyah Bin Urwah al-Sa'adiiaa berkata"telah bersabda Rasulullah s.a.w Sesungguhnya marah itu bahagian daripada Syaitan, dan sesungguhnya Syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila seseorang daripada kamu marah maka berwuduklah".

Itulah secara ringkas kewujudan ciptaan ALLAH pada DIRI. Bab kerahsiaan dikatakan tidak boleh dibuka kepada umum. Kerana ditakuti lebih BERANGAN daripada berpijak di bumi yang nyata.

Penceritaan Alam-alam ini bermula dari sebelum sesuatu itu diadakan lagi. Hanya Dzat Ghaibul Ghuyub itu sendiri, dan Dzat itu mentajalikan Sifat yang dinamakan Nur Muhammad. Penceritaan berkenaan perkara tersebut pula adalah panjang dan banyak mengandungi maksud tersurat dan tersirat. Itulah yang dikatakan "Muhammad itu membawa rahmat bagi SEKALIAN ALAM".

Dari situ terbitnya ujud, ilmu, nur, syuhud dan ROH. Dari situ terbitnya Wadi,Mazi,Mani,Manikam dan MUHAMMAD. Dari situ terbitnya Tanah,Air,Angin,Api dan ADAM. Dan dari situ terbitnya Dzat Wajibul Wujud iaitu Dzat,Sifat,Asma',Afa'al dan PENGESAAN.

Semuanya di atas terkandung dalam Alam Ahadah iaitu Alam Lahut martabat DZAT, Alam Wahdah iaitu Alam Jabarut martabat Sifat, Alam Wahdiah martabat Asma', Alam Roh iaitu Alam Malakut martabat Afa'al, Alam Misal iaitu Alam Bapa, Alam Ijsan iaitu Alam Ibu dan Alam Insan iaitu Alam Nyata. Bab perkara ini tidak boleh diceritakan terlalu dalam kepada umum kerana yang mendengar belum tentu sangka dengan sebenar-benar sangka dan yang bercerita belum tentu tahu benar apa yang dicerita. Perlu dicari Guru yang benar-benar MURSYID supaya dapat difahami dengan kefahaman yang JITU.

Walau bagaimanapun perlu diingat, kadang-kadang bukannya JAWAPAN yang perlu dicari, pada ketika-ketika tertentu PERSOALAN itu sendiri adalah suatu JAWAPAN!!!!!

Dalil:
Disebabkan Rasulullah pernah berhadith lebih kurang begini:
"Janganlah engkau kaji Dzat Allah, tetapi kajilah ciptaan-Nya".
Rasulullah sendiri mengingatkan umatnya bahawa Dzat Allah itu sendiri tidak boleh dikaji, bermaksud terdapat had atau sempadan yang menunjukkan fikiran logik manusia tidak akan dapat menembusi kefahaman berkenaan apa yang dikatakan RAHSIA itu sendiri melainkan orang-orang yang terpilih.

Rasulullah juga pernah bersabda bahawa, lebih kurang maksud"Ada di antara orang yang terpilih, diberi kefahaman dan kemudahan mengenai Islam dan itulah orang-orang yang beruntung". Ini membawa maksud, sebenarnya walaupun kita sangka bahawa ramai di antara kita tahu apa itu Islam tetapi sebenarnya tidak ramai yang benar-benar tahu,faham,sedar dan mengamalkan Islam yang sebenar-benarnya.

Di satu hadith lain Rasulullah berfirman, lebih kurang maksud:"Di akhir-akhir zaman nanti, akan ada ramai umatku yang menyangkakan bahawa mereka sedang bersolat sedangkan mereka sebenarnya tidak bersolat". Na'uzubilahiminzhalik... JAUHKAN AKU DARI PERKARA BURUK YA ALLAH....

Thursday, April 30, 2009

AKU YANG TERTULIS, DITULIS DAN MENULIS

Assalamualaikum Bapak Adam Ibu Hawa, Kakang Kawa Adi Ari Ari Ibuku Bumi Bapakku Langit. Selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang mana dengannyalah disampaikan rahsia-rahsia dalam yang mustahil dicapai oleh akal yang berfikir normal. Sesungguhnya alam ini telah di QIAM kan yakni ditajalikan ALLAH dengan penuh rahsia dan hikmah. QIAM juga membawa maksud BERDIRI, BERDIRI apa? BERDIRI nya KEBENARAN...

KEBENARAN itu apa? KEBENARAN itu adalah HAQ.. 4 perkara serangkai:
1)Syariat Tarikat Hakikat Makrifat dan seterusnya ditambah HAQ
2)Zabur Taurat Injil Al Quran di dalamnya mengandungi TAUHID
3)Abu Bakar Umar Uthman Ali di dadanya mengandungi PENGESAAN & HAMBA
4)Jibrail Mikail Izrail Izrafil tanda wujud MALAIKAT
5)Jalal Jamal Qahar Kamal itu Maha Agungnya TUHAN bernama ALLAH
6)Tanah Air Angin Api wujudnya TUBUH NYATA Tanda KUASA
7)Wadi Mazi Mani Manikam di sana terbitlah RAHSIA
8)Wujud Ilmu Nur Syuhud di sana ada RAHSIA dalam RAHSIA

KEBENARAN itu pula bukan dibuat-buat, iainya telah ditentukan dan dijalankan oleh AKAL. KEBENARAN itu juga adalah TAKDIR, TAKDIR sentiasa BENAR kerana TAKDIR itu HAK MUTLAK TUHAN bernama ALLAH. Maka AKAL pula adalah taraf HAMBA yang menjalankan TAKDIR.

Semua yang kita telah lakukan. sedang lakukan dan akan lakukan telahpun ditentukan, WALAUPUN KITA BERFIKIR BAHAWA AKAL KITA YANG MEMILIH. TIADA istilah TIDAK SENGAJA. Semua yang kita lalui adalah DISENGAJAKAN untuk kita lalui oleh ALLAH. Perlulah kita mendudukkan sesuatu perkara pada tempatnya. Urusan ALLAH tetap menjadi urusan ALLAH.

Rasa itu Ghaibul Ghuyub, Perasaan itu Ghaibul Ghuyub, Takdir itu Ghaibul Ghuyub dan TUHAN itu sendiri Ghaibul Ghuyub iaitu tidak dapat diperihalkan LAISA KHAMITHLIHI SYAIUN..... Maka bersenang hatilah kerana TAKDIR itu datang ada hikmah yang luar biasa.

Maka taraf HAMBA itulah taraf yang tertinggi, sebab itu disebut dalam Surah Al isra', "...memperjalankan hamba NYA..." Nabi Muhammad itu sendiri yang penuh dengan sifat Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatonah diFIRMAN HAMBA oleh ALLAH. ALLAH sendiri mengangkat Nabi Muhammad sebagai taraf hamba. Sedangkan NABI MUHAMMAD adalah KEKASIH ALLAH/RASULULLAH dan KHATAMU ANBIA.

HAMBA itu pula melaksanakan PENGESAAN. Maka PENGESAAN itu datang dari kata ESA. ESA itu bukan satu kerana satu itu sendiri sudah berbilang, ada satu pasti ada dua tiga dan seterusnya. HAKIKAT ESA itu adalah MELIPUTI... MELIPUTI SELURUH ALAM... Dipecahkan PENGESAAN kepada 4 bahagian:
1)AF'AL
2)ASMA'
3)SIFAT
4)DZAT

Semua pecahan ini perlu diESAkan dalam kehidupan seharian, maka barulah AKAL dapat dilihat sebagai TAKDIR dan TAKDIR dilihat sebagai AKAL. Perlulah berjumpa dengan Guru yang DIPILIH dalam melaksanakan PENGESAAN supaya lebih mudah memahaminya.

Sesungguhnya, orang yang CELAKA akan dimudahkan ALLAH untuk melaksanakan pekerjaan CELAKA. Dan orang yang BAHAGIA akan dimudahkan ALLAH untuk melaksanakan pekerjaan BAHAGIA. Bagaimana pula dengan kita????? TANYA DIRI maka akan tahulah jawapannya.

Maka AHLI MAKRIFAT tidak memperdulikan rasa CELAKA dan BAHAGIA. Syurga neraka adalah GULA-GULA dalam memahami AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR, "ILLA HI ANTA MAQSUDI, WARIDHAKA MATLUBI, 'ATINI MUHABBATIKA WA MA'RIFATIK" ---> TUHAN, HANYA ENGKAU YANG AKU MAKSUD, DAN KEREDHAANMULAH AKU DAMBA, DAN BERILAH AKU KEFAHAMAN/PENGETAHUAN/PENGENALAN.

Friday, April 03, 2009

AKU YANG TAHU

Diri kita terlalu dalam untuk dikaji, apa yang kita dapat hanya ibarat setitis air di lautan.

Al-Quran itu lah kita - apa yang terkandung dalam QURAN ZAHIR adalah perkara yang telah, sedang dan akan kita lalui dan kitalah KALAM yang menulis setiap detik, KITA lah yang menulis JAWAPAN bagi SOALAN MUNGKAR dan NANGKIR sewaktu dikebumikan, di MASJID lah kita menulis JAWAPAN bagi SOALAN-SOALAN tersebut. Sedangkan MASJID itu tempat SUJUD, maka tempat SUJUD kepada ALLAH itu tidak terhad pada ruangan tempat dan masa.

Muhammad itu lah kita - membawa segala sifat terpuji, tahu akan JALAL, JAMAL, QAHAR dan KAMAL ALLAH,
yang dikatakan RAHSIA itu sentiasa bersama dengan kita ketika bangun, duduk, berjalan, baring dan apa-apapun perbuatan, percakapan, pemikiran dan niat sentiasa dilingkungi bersama yang dikatakan RAHSIA itu. Bukan KEJADIAN yang mengukur derjat seseorang disisi ALLAH tetapi HATI...IMAN...TAQWA...dan HIKMAH dari sesuatu KEJADIAN itu berlaku.Itulah taraf SOLAT DHAIM yang sebenarnya.......yang BERKEKALAN.

Wednesday, April 01, 2009

AKU YANG SEPI

Sudah lama aku tidak nukilkan dalam tulisanku, kerja duniawi yang sibuk mengaburi mata bathinku. Tetapi walau sesibuk manaku, sering terlintas dalam diriku akan perasaan sedih. Hatiku sering selalu sebak apabila mendengar azan, ayat quran dan apa jua yang dapat ku kaitkan dengan diri bathinku. Walaupun amalanku tidak seberapa tapi aku tetap memasang cita-cita agar aku dapat menerokai alam bathin diriku dan moga akulah orang yang terpilih. Moga aku dapat gali sedalam-dalamnya lautan nama-nama Allah yang Maha Kaya.

Aku doakan kepada Abg Zul supaya beliau diberi kekuatan dan kesihatan seterusnya tergolong di antara insan yang dipenuhi dengan rasa cinta Allah.

"Illahi anta maqsudi waridhaka matlubi 'atini muhabbatika wama'rifatika".

Amalan tanpa Ilmu adalah SIA-SIA. Ilmu tanpa amalan ibarat pohon yang tidak dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Ilmu pula perlukan amalan untuk dimatangkan. Dalam beramal, seringkali si salik kecundang dalam pertempuran. Mungkin sahaja dia boleh berhadapan dengan Makhluk Jin dan Iblis sebesar RAKSAKSA. Namun sering tertewas dengan NAFSU diri sendiri. NAFSU itu hendakkan kenyang, senang dan sedap.

Walau AMALAN setinggi gunung, namun jika tiada SABAR, IKHLAS dalam beribadat maka akan luluhlah amalan seperti air yang mengalir. Itulah perlunya ILMU, ILMU pula perlu bersandarkan kepada HAQ itu sendiri. Dalam diri ada Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat dan HAQ..Maka perlu dicari HAQ itu pada DIRI kita.

ILMU HAQ pula sukar untuk diceritakan sebab ianyapun sudah bernama HAQ, maka HAQ bagi setiap seorang adalah berbeza antara satu sama lain. Ilmu inilah perlu dimatangkan, diputuskan, dimasakkan..Dibuka apinya tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lemah...jika terlalu kuat maka akan hangitlah jadinya, jika terlalu lemah akan jelantahnya jadinya. Perlu diseimbang dari masa ke semasa.

Jika diperhatikan sehalus-halus, jika kita sedang bersedih, ada satu perasaan/diri yang tidak bersedih dalam diri kita...dan jika kita sedang suka ada satu perasaan/diri yang tidak suka dalam diri kita.Ibaratnya kita TIDAK BERPERASAAN. Itulah diri yang tidak sedih dan suka, hanya mengharapkan ALLAH jua.

Adakah seseorang yang mendapat bermacam-macam kefahaman lebih tinggi derajat dari orang yang tidak mendapat apa-apa walaupun sudah beramal sebanyak mungkin???? Baik dan buruk semuanya telah ditakdirkan. Yang buruk tidak semesti buruk dan yang baik tidak semestinya baik. Yang penting bukan kejadian tetapi hikmah disebalik kejadian itu berlaku.Cuma lakukanlah sebaik mungkin.

Tuesday, February 10, 2009

SIFAT 20

Sifat adalah perkara yang berkaitan dengan kerahsiaan dan keAgungan ALLAH S.W.T. Sifat ALLAH itu tidaklah terkira banyaknya...dan apa yang dibenarkan diketahui oleh KITA hanyalah sedikit sahaja ibarat setitis air lautan yang luas. Luasnya tidak dapat diukur dan ditafsirkan, tidak dapat diperihalkan iaitu "LAISA KAMITHLIHI SYAIUN..". Adapun dalam pengajian Sifat Ahli ArifBillah telah menyimpulkan semua Sifat yang LAYAK bagi ALLAH sebanyak 20. Dan jika diketahui 20 sifat ini serta dibuka simpulan ikatannya maka jadilah tidak terkira sifat ALLAH.

Jika kita hendak mengenali seseorang, maka kita akan kenali orang tersebut dari Sifatnya, sama ada dia tinggi, pendek, cerah kulitnya dan macam-macam lagi. Tapi itu barulah soal cabangnya. Sifat itu boleh pergi lebih jauh dari yang zahir. Katakan kamu mengenal ABU, ABU itu tinggi, ABU itu putih, ABU itu hidungnya mancung dan pipinya tembam. Itu hanyalah perkaitan dengan sifat zahir ABU. Manakala kita boleh pergi lebih jauh dari itu, yang mana ABU itu orangnya BAIK, ABU itu orangnya TEGAS, ABU itu orangnya TENANG dan ABU itu orangnya BOLEH DIBAWA BERUNDING.

Maka jelas dalam HATI kita perihal SIFAT ABU..Dari segi Zahir dan Batin, Luar dan Dalam. Jadilah kita lebih mesra dengan ABU, kenal akan ABU dan sebagainya mengikut turutan kefahaman kita. Begitu jugalah sebelum kita MENGENAL ALLAH, kita perlu tahu SIFAT yang LAYAK bagi TUHAN yang bergelar ALLAH supaya kita lebih rasa mesra, faham dan tahu semasak-masaknya akan ALLAH.

Sebelum kita dapat mengEsakan ALLAH dari segi Dzat, Sifat, Asma dan Afaal maka perlu bagi kita mengetahui semasak-masaknya SIFAT 20 ini. Adapun ianya dikategorikan kepada 4 iaitu NAFSIAH, SALBIAH, MA"ANI dan MAKNAWIYAH. Nafsiah itu SIFAT WUJUD. Maka Wujud ALLAH itu WUJUD HAKIKI dan WUJUD KITA adalah WUJUD MAKHLUK. Sifat WUJUD ini adalah MATA PELAJARAN yang UTAMA dalam pengajian SIFAT... Manakala 19 Sifat yang lain hanyalah bertujuan untuk menerangkan serta menjelaskan kedudukan SIFAT WUJUD.

Sifat SALBIAH pula adalah sifat yang LAYAK DIPAKAI oleh TUHAN yang bergelar ALLAH. Di mana ASAS kefahaman bahawa keberadaan dan ALLAH itu sendiri ada di dalam SIFAT SALBIAH. Sifat SALBIAH terdiri dari QIDAM, BAQA', MUKHALAFATUL LILHAWADITH,QIAM TA'ALA BINAFSIH dan WAHDANIAH. Kalau TUHAN itu adalah TUHAN, maka waijb bagi-Nya mempunyai SIFAT SALBIAH. Menolak segala sifat yang tidak layak bagi TUHAN yang bergelar ALLAH.

BERSAMBUNG...

Wednesday, February 04, 2009

TA'AWUZ DAN BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Kebiasaannya apabila membaca Quran, kita akan mulakan bacaan dengan berta'awuz dan membaca Bismillahhirrahmannirrahim.Mengapakah perlu kita membaca ta'awuz???Adakah apabila kita membaca bacaan tersebut, akan tiada langsung SYAITAN di sekeliling kita dan di dalam diri kita???sedangkan syaitan itu sentiasa berjalan dalam pembuluh darah anak ADAM. BERSAMBUNG....

Adapun tafsiran Bismillahhirrahmannirrahim adalah amat dalam sekali. Sukar kita hendak melaksanakannya walaupun senang diucapkan dibibir. Pada Ahli MAKRIFAT, tafsiran BISMILLAH ini membawa maksud penyatuan, pengenalan dan keilmuan. Ada juga ahli MAKRIFAT yang mentafsirkan sebagai "Jika masih belum mengenal ALLAH, maka diri sendirilah yang menjadi SYAITAN".BERSAMBUNG...

Tuesday, February 03, 2009

KONSENTRASI DAN KHUSYUK

Dengan Nama ALLAH, Aku berserah kepada ALLAH, tiada upaya melainkan dengan ALLAH. Dalam perjalanan saya untuk menemani rakan membayar Bil Elektrik, saya lalu di sebuah kedai buku dan tertarik saya untuk pergi ke kedai tersebut. Saya terdiam seketika apabila terlihat sebuah buku bertajuk lebih kurang "Mendapat Khusyuk dalam Solat".

Terdapat terlalu banyak permasalahan dalam solat, dan yang paling suka dibincangkan adalah perihal khusyuk. Perlu diingat, kita manusia tidak lari dari membuat kesilapan. Tiada manusia yang sempurna. Tiada khusyuk yang sempurna. KHUSYUK itu sendiri adalah KURNIAAN ALLAH. Tapi perlukan usaha untuk mendapatkannya.

Ada juga kebanyakkan ustaz yang mengajar bahawa bagi mendapatkan khusyuk kita perlu tahu makna ayat tersebut. Caranya dengan membaca ayat dan selepas membaca ayat tersebut(BAHASA ARAB) kita tasdiqkan makna ayat tersebut(BAHASA MELAYU) di dalam HATI. Adakah ini cara yang tepat? SOLAT itu terlalu SUCI dan MURNI, tak mungkin kita boleh mengotori SOLAT dengan perkara-perkara lain. Bacaan-bacaan SOLAT tidak boleh dibahasakan selain BAHASA ARAB. Mendapat khusyuk dan menterjemahkan bacaan adalah DUA perkara yang BERLAINAN.

USUL:
1)Apa yang kita jangkakan untuk bertemu KHUSYUK???
2)adakah khusyuk itu satu keadaan di mana kita tak ingat apa-apa?
3)adakah khusyuk itu bermaksud kita langsung tak dengar apa-apa?
4)adakah khusyuk itu satu keadaan di mana kita terus GHAIB dari tempat SOLAT?

BUKAN BUKAN dan BUKAN..... BERSAMBUNG.......

Monday, February 02, 2009

SOLAT DHAIM

Solat adalah suatu doa,pengharapan,penyerahan dan perhubungan antara MAHKLUK dan TUHAN. Solat itu adalah sempurna dan satu NIKMAT bagi orang mukmin sehinggakan Nabi Muhammad sendiri berhadith, "Solat itu MIKRAJ bagi orang MUKMIN". Nabi itu sifatnya Siddiq, Amanah, Tabgligh dan Fatonah. Jadi MUSTAHIL Nabi tidak tahu atau berbohong dengan percakapannya. Jika dijelaskan SOLAT itu MIKRAJ bagi orang mukmin maka memang betullah apa yang dikatakan Nabi Muhammad s.a.w.

Antara HAMBA dan TUANnya, hubungan akan sentiasa ada. Jika seseorang itu adalah HAMBA ABDI kepada tuannya, maka sudah tentu dia menjadi HAMBA kepada tuannya SIANG dan MALAM. Ini bermakna 24 jam HAMBA tersebut bertuankan TUANnya. Dalam hayat sebagai seorang HAMBA, sudah tentu HAMBA akan membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh tuannya. Itulah SYARIAT HAMBA kepada tuannya. Itulah pengakuan HAMBA kepada tuannya. Manakala pengakuan itu perlu dijelasi dengan penyaksian, maka seorang HAMBA sudah tentu menyaksikan/bersaksi bahawa dia adalah seorang HAMBA kepada tuannya.

HAMBA itu tahu dia adalah HAMBA. Manakala definisi HAMBA adalah tidak mempunyai apa-apa...Yang mana taraf HAMBA inilah adalah taraf yang paling tinggi sekali untuk dicapai. Bukan mudah untuk bergelar HAMBA disisi ALLAH S.W.T. Itulah sebabnya firman Allah dalam surah Al-Isra' " ALLAH memperjalankan HAMBA-NYA".... sedangkan Nabi Muhammad itu Kekasih Allah, mengapa Allah memilih ayat HAMBA-NYA???? Nah disitu Allah sudah menunjukkan kepada kita bahwa kita ini cumalah HAMBA bagiNya.

Hamba itu pula boleh disuruh-suruh oleh tuannya. Maka Hamba juga boleh dianggap sebagai pesuruh/orang suruhan. Maka definisi bagi RASULULLAH adalah PESURUH ALLAH...

USUL:
1) Mana NABI? mana RASUL? Mana HAMBA?
2) Kita pula hamba kepada siapa? pesuruh kepada siapa?

Perlu kita ingat kuat-kuat bahawa SOLAT itu suatu perhubungan, doa, pengharapan, penyerahan dan sebagainya yang baik-baik. Dalam satu firman Allah "Tidaklah AKU jadikan JIN dan MANUSIA hanya untuk mengABDIkan DIRI kepada-KU". Ayat tersebut menguatkan bahawa HAKIKAT dijadikan kita adalah hanya sebagai HAMBA kepada-NYA sebab mana mungkin kita boleh mengABDIkan DIRI jika kita bukan HAMBA kerana perkataan ABDI itu menjelaskan sifat kekurangan, suruhan, ikutan, pedoman.

Itulah sebabnya selepas kita berwuduk kita membaca doa, antara maksudnya adalah kita minta diterima TAUBAT, kita minta diSUCIkan dan kita minta dijadikan antara orang-orang yang SOLEH. Jika kita sudah bertaubat, disucikan dan menjadi orang yang soleh tidakkah itu bermakna kita sudah mencapai taraf HAMBA??? HAMBA itu kenal akan TUHANnya.

Dalam SOLAT ada BERDIRI, dalam SOLAT ada RUKUK, dalam SOLAT ada TUNDUK, dalam SOLAT ada GERAKKAN TANGAN, dalam SOLAT ada PANDANG KANAN DAN KIRI. Dalam kehidupan seharian kita sendiri kadang-kadang kita akan BERDIRI, kadang-kadang akan TUNDUK, kadang-kadang kita akan PANDANG KE KANAN DAN KE KIRI.

USUL:
1)TIDAKKAH ITU PERILAKU DALAM SOLAT???
2)Adakah kita hanya beranggapan SOLAT itu perlu berada di atas tikar sembahyang SENTIASA?
3)Adakah kita hanya beranggapan bahawa SOLAT itu perlu dilakukan 5 kali SAHAJA(yang wajib)?
4)Sedangkan SOLAT itu sendiri adalah satu PERHUBUNGAN...tergamakkah kita menamatkan perhubungan dengan ALLAH, atau hanya berhubung 5 kali sahaja dalam sehari????

Apa pula yang dinamakan PERHUBUNGAN????? BERSAMBUNG.......

PERIHAL ROH

Adapun nafas itu turun naik menerima nyawa, yang dikatakan sebenar-benar diri itu adalah nyawa dan yang dikatakan sebenar-benar nyawa itulah NUR MUHAMMAD. NUR MUHAMMAD adalah SIFAT, yang sebenar-benar SIFAT itu DZAT HAYAT dan sebenar-benar diri itu ROH.

Adapun roh itu LAISA KHAMITHILI SYAIUN iaitu tidak dapat diperihalkan.
Ketika dia tetap bagi sekalian tubuh NYAWA namanya,
Ketika dia keluar dan masuk NAFAS namanya,
Ketika dia berkehendak HATI namanya,
Ketika dia inginkan sesuatu NAFSU namanya,
Ketika dia dapat memilih sesuatu IKHTIAR namanya,
Ketika dia ingat akan sesuatu ARIF namanya,
Ketika dia dapat membuat sesuatu AKAL namanya,
Adapun agama itu akal, akal itu ilmu, ilmu itu rahsia, rahsia itu sebenar-benar diri kepada segala diri.

ROH itu mengenal ALLAH, dinamakan FITRAH iaitu tersedia TAHU. Maka beruntung jika sampai ke martabat Nafsu Mahmudah.. Akibat terlalu terang pancaran NUR ALLAH maka kebanyakkan manusia BUTA MATA dan HATI. Semoga ENGKAU berikan KEFAHAMAN kepada KAMI...AMIN...

Tuesday, January 27, 2009

SELAWAT TAFRIJIYAH

Ucapan Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, dimana Bagindalah yang memegang segala kunci perbendaharaan ilmu dan wujud makhluk. Pancaran cahaya Muhammad meliputi seluruh alam berkat sifat Jamal, Jalal, Qahar dan Kamal Allah.

Dianjurkan seseorang supaya berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, selawat itu sendiri adalah doa, perhubungan, kehormatan, kesembuhan, keasyikkan serta ucapan salam sejahtera kepada Junjungan Nabi Muhammad dan Muhammad itu sendiri.

Kepada ajaran tarikat dan ajaran kerohanian kebiasaannya akan menganjurkan kepada si salik supaya mengamalkan selawat-selawat tertentu seperti selawat Syifa', selawat Tafrijiyah/Nariyah dan sebagainya. Ini adalah disebabkan di dalam selawat terdapat pelbagai khasiat yang tersembunyi yang tidak dapat dijangkau dengan fikiran kasar.

Mari kita kaji bersama-sama mengenai maksud cakap apa yang terkandung di dalam Selawat Tafrijiyah, hati-hati mendengar kerana apa yang dikatakan tidak semua tepat dan betul.

Erti:
"Ya Allah, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta husnul khatimah (bagus akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung (hujan) lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda, dan sahabat baginda di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

USUL:
1) Di mana RAHMAT yang sempurna yang dikatakan?
2) Siapa yang mengalami JALAN BUNTU?
3) Apa yang dimaksudkan DIDATANGI semua hajat?
4) Mengapa diturunkan SIRAMAN, apa kaitan dengan TAUHID?
5) Kenapa dikatakan setiap KERLIPAN MATA dan NAFAS???
6) Zat yang menguasai seluruh alam, ALAM apa? apa tingkatan alam?


SELAWAT adalah perhubungan, Sesiapa yang mempunyai perhubungan dengan Rasulullah s.a.w pasti akan dipermudahkan jalan baginya. RAHMAT yang dikatakan sebenarnya ada dalam diri kita sendiri. Yang dikatakan insan itu membawa sifat terpuji, yang dikatakan insan itu tahu memandang dalam diri sendiri. "MUHAMMAD itu membawa RAHMAT bagi sekalian ALAM". MUHAMMAD itulah RAHMAT..

NAMA Muhammad itu jadi TUBUH kepada kita,
TUBUH Muhammad itu jadi HATI kepada kita,
HATI Muhammad itu jadi NYAWA kepada kita,
NYAWA Muhammad itu jadi DZAT RAHSIA kepada kita.

Adapun jalan BUNTU adalah akibat dari terangnya pancaran kebenaran(HAQ) ALLAh yang menerangi seluruh alam sehinggakan kita sebagai manusia biasa tidak dapat melihatnya disebabkan terlalu silau. BERSAMBUNG.......

Tuesday, January 20, 2009

HAKIKAT MATI DIRI

Hakikat itu kenyataan hidup, hakikat itu QIAM, QIAM itu berdiri, bukan berdiri kaki tetapi berdirinya KEBENARAN. Dalam diri ada BAIK, dalam diri ada JAHAT, dalam diri ada SYURGA, dalam diri ada NERAKA, dalam diri ada KESALAHAN, dalam diri ada KEBENARAN.

Mati itu tidak hidup, ALLAH tidak dapat kenal sebenar-benar kenal kecuali setelah MATI. Mati itu kosong, kosong itu MAKRIFAT. Mati itu tidak dapat diperihal, tidak berupa tetapi tetap ada. Mati itu KIAMAT KECIL bagi kita.

Diri itu ada semua, diri itu kenyataan WUJUD ALLAH. Diri itu mengenal TUHAN. DIRI itu IMAM kepada semua diri, dalam diri ampunya diri ada nafsu, ada jahat ada baik dan sebagainya. Maka IMAM adalah kepala SOLAT. Maka diketuai segala NAFSU dan KEINGINAN dari segala sifat MAZMUMAH dan dibimbing oleh IMAM dalam KHUSYUK.

Antara jalan mengenal diri adalah mengetahui MATI SEBELUM MATI. Maka, hakikat mati adalah di dalam solat, hakikat solat adalah dhaim iaitu sepanjang hidup dan membawa kepada sifat HAYAT dan HAYAT ALLAH itu tersedia iaitu QIDAM. Sebab hanya orang yang mati dapat mengenal Allah dan bila kita mengenal seseorang itu bermakna kita telah membina perhubungan dengan orang tersebut, sama QIAS nya dengan solat yang dapat ditakrifkan sebagai pengharapan, doa, dan perhubungan.

Yang mati dapat mengenal ALLAH kerana dahulunya kita tersedia MATI (ALAM ROH), ketika kita semua mengucapkan syahadah roh dan kenyataan WUJUD adalah adalah Wujudnya ALAM PENYAKSIAN(ALAM SYAHADAH) iaitu alam yang didiami kita pada masa ini.

Maka kaitan MATI secara ilmu adalah berkaitan dengan lafaz TAKBIRATULIHRAM dalam SOLAT, dan juga berkaitan dengan HAYAT manusia yang bernama INSAN dalam urusan seharian. TAKBIRATULIHRAM itu ibarat kunci gerbang solat, kaitannya dengan ALLAH HU AKBAR.

USUL:
1) Mengapa disebut ALLAH HU AKBAR??? disebabkan ALLAH itu Terlalu Agung dan Suci, maka ALLAH memang tersedia AKBAR.
2) Apa itu ALLAH?
3) Apa itu HU?
4) Apa itu AKBAR?

KOSONG itu MAKRIFAT, MAKRIFAT itu MENGENAL, mengenal itu tahu, tahu itu membawa khusyuk, khusyuk itu membawa faham. Maka kosongkan segala nama, kuasa dan kehendak diri apabila mengangkat TAKBIRATULIHRAM. Bawalah kebesaran ALLAH yang dipinjam kepada diri sendiri.

Mati itu tidak dapat berbuat apa-apa. Mati itulah taraf HAMBA...itulah sebabnya dalam surah al-Isra' ALLAH berfirman: "ALLAH memperjalankan hamba-NYA.." bukan KEKASIH-NYA/ NABI MUHAMMAD/ MUHAMMAD atau RASUL-NYA. Mati itu ibarat terkunci diri, maka KUNCIkanlah diri kamu sewaktu SOLAT. BERSAMBUNG...

Monday, January 19, 2009

JALAN-JALAN MENGENAL DIRI

Diri itu tidak berupa tetapi ada, dapat dirasai dan dikenali. Diri itu ghaib, diri itu rahsia dalam rahsia.

Hendaklah dimatikan diri sebelum mati, hakikat mati adalah di dalam solat, hakikat solat adalah dhaim iaitu sepanjang hidup dan membawa kepada sifat HAYAT dan HAYAT ALLAH itu tersedia iaitu QIDAM. Sebab hanya orang yang mati dapat mengenal Allah dan bila kita mengenal seseorang itu bermakna kita telah membina perhubungan dengan orang tersebut, sama QIAS nya dengan solat yang dapat ditakrifkan sebagai pengharapan, doa, perhubungan.

Hendaklah tahu akan kejadian asal diri. Apa pula kaitan Muhammad kepada kita. Nama Muhammad itu jadi TUBUH kepada kita, Tubuh Muhammad itu jadi HATI kepada kita, Hati Muhammad itu jadi NYAWA kepada kita, Nyawa Muhammad itu jadi Rahsia kepada kita, Rahsia pada Muhammad jadi Dzat Rahsia kepada kita. Perhubungan antara nafas, ampas, tanapas dan nufus di antara nyawa menyatakan sifat Nafsiah yang 1 iaitu WUJUD, di dalam pecahan-pecahan itu terbitlah lagi 19 sifat dalam kurungan sifat Salbiah, Ma'ani dan Maknawiyah untuk menyatakan sifat WUJUD.

Hendaklah diFANAkan diri kepada Allah. Serahkan diri zahir dan batin kepada-Nya.

Tuesday, January 13, 2009

DIRI YANG PERLU DIKENAL

"Awaluddin Makrifatullah", Awal-awal agama mengenal Allah. Kenal diri kenal Tuhan, Kenal Tuhan Binasalah diri, binasalah diri nyatalah Tuhan.

"Man 'arafa nafsahu faqad 'arafa robbahu", Barangsiapa mengenal diri, maka kenallah Tuhannya.

Semua ayat di atas adalah ucapan-ucapan arifbillah akan cara pengtauhidan kepada ALLAH S.W.T. Ramai menerima ucapan-ucapan tersebut dan lebih ramai lagi yang menolak ucapan-ucapan tersebut. Rasulullah berhadith:"Islam itu asalnya dagang, dan akan kembali dagang, maka beruntunglah orang-orang yang dagang(orang yang asing)".

Rasulullah juga berhadith:"Di akhir-akhir zaman ramai umatku yang menyangka mereka bersolat sedangkan mereka tidak bersolat". Sebagai seorang ISLAM yang ingin menjadi MUKMIN maka perlu bagi kita mengkaji sejauh mana kebenaran kata ayat-ayat di atas. Secara keseluruhannya ayat tersebut menceritakan perihal KENAL DIRI. Maksud ayat menyuruh kita supaya kenal akan diri kita supaya kita kenal akan ALLAH. Bila kita sudah mengenal ALLAH maka dengan sendirinya kita akan kenal akan Iblis, Syaitan, Jin, Insan, Roh, Jasmani, Rohani, Al-Quran, Muhammad, Nafas, Syurga, Neraka dan sebagainya.

Saidina Ali r.a pernah menyatakan,"Aku lebih suka memahami sesuatu perkara dari aku beribadat sepanjang hidupku". Ini menunjukkan betapa taraf ILMU itu penting bagi kita yang mengaku sebagai UMAT MUHAMMAD.

Lebih jauh lagi ada arifbillah menyatakan " Akal itu agama, agama itu akal, tidak beragama bagi orang yang tidak berakal". Maka AKAL pula berkait rapat dengan AGAMA, Manakala mengenal AGAMA perlu dimulakan dengan mengenal ALLAH, manakala ALLAH tidak boleh dikenal begitu sahaja, maka perlulah mengenal akan DIRI kerana diri itu yang tahu dan kenal akan Tuhannya.Itulah kaitan AKAL dan DIRI.Dalam diri ada jahat, dalam diri ada baik, dalam diri ada syaitan, dalam diri ada diri, dalam diri ada roh.

DALIL:
Ketika di alam roh, semua roh menyatakan syahadat roh yang mana ketika Allah berfirman"ALASTU BIRABBIKUM", adakah Aku Tuhanmu dan semua roh menyahut dengan menyatakan "QOLU BALA SYAHIDNA", Bahkan Engkaulah Tuhanku. ITULAH SEBABNYA DIRI ITU YANG KENAL AKAN ALLAH.

Setelah ramai mempertikaikan kebenaran "MENGENAL DIRI", mari kita kaji bersama-sama akan kenyataan tersebut sebelum kita hurai satu persatu:

USUL:
1) Adakah Al-Quran ada menyatakan perihal MENGENAL DIRI?
2) Pernahkah ALLAH memerintahkan NABI MUHAMMAD supaya baginda MENGENAL DIRI?
3) Mengapakah penting bagi kita MENGENAL DIRI?
4) Apakah cara bagi MENGENAL DIRI?

BERSAMBUNG.......

Monday, January 12, 2009

IMAM MU DAN AL-QURAN

Buka bicara dengan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang amat kita kasihi.Sesungguhnya banyak pengorbanan yang telah engkau curahkan kepada kami. Engkau mencintai kami dan menerima kami seadanya walaupun hakikatnya kami amat lalai dalam meniti kehidupan seharian dari apa yang telah engkau ajari kami. Sesungguhnya beruntunglah orang yang terpilih sebagai umat mu Ya Rasulullah...

IMAM adalah khalifah,ketua dan dengan kata lain, IMAM adalah insan yang membuat keputusan di mana diikuti ramai pengikutnya. IMAM perlu diikuti dan dikenali agar dapat kita membezakan antara yang Qadim dan Muhaddas, antara Haq dan Batil.

IMAM selalu dianggap orang yang mengetuai SOLAT, BENAR TETAPI APA PULA SOLAT???SOLAT BAGAIMANA YANG DIKATAKAN??? sebab itulah adanya 4 rangkaian iaitu Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. IMAM dalam ilmu Syariat adalah lain, IMAM dalam ilmu Tarikat adalah lain, IMAM dalam ilmu Hakikat adalah lain dan IMAM dalam ilmu Makrifat adalah lain. Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat pula ada berbagai-bagai.

Naik setingkat lagi adalah IMAM dalam ilmu HAQ. " Barangsiapa meninggalkan nama dan maksud, itulah RAJA segala MAKRIFAT".

Dalam diri ada JAHAT, dalam diri ada BAIK, dalam diri ada RASA, dalam diri ada semua, dalam diri ada IMAM.

Diri bagaimana yang dikatakan IMAM? Itulah diri sebenar-benar diri. Itulah sebabnya ada kaitan rapat IMAM dan SOLAT. Ketika mengangkat TAKBIRATULIHRAM, HARAM kan diri kamu dari segala nafsu. Tundukkan segala kejahatan dan amarah. Sesuai juga dengan nama TANAH HARAM, haram apa??? Haramkan nafsu dan segala sifat MAZMUMAH.

Dalam mengangkat TAKBIRATULIHRAM kita menyatakan ALLAH HU AKBAR. Sepertimana kita tahu, ALLAH itu tersedia AKBAR, DIA tidak memerlukan AKBAR kerana sememangnya ALLAH itu AKBAR. Maka di bawanya AKBAR itu dan dipinjam oleh kita dengan dikurniakan oleh ALLAH kepada kita bagi membolehkan kita membawa AKBAR itu kepada DIRI KITA SENDIRI.

Maka berdiri samalah segala nafsu-nafsu, akal fikiran, kejahatan dan alam-alam dalam diri bersama-sama menunaikan SOLAT dengan diimamkan oleh DIRI SEBENAR-BENAR DIRI. Itulah hakikat MAKMUM sebenar-benar MAKMUM.

USUL:
1) MANA IMAM?
2) MANA AL-QURAN?
3) MANA MAKMUM?
4) MANA MUHAMMAD?

Friday, January 09, 2009

KENALI NAMA ASAL MU

Alhamdulillah saya penjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas segala daya upaya dan ilmu yang dikurniakan-Nya kepada saya bagi menulis segala maklumat di dalam blos ini, yang tidakpun popular tetapi saya tulis atas dasar ingin mengingatkan diri saya sendiri, agar saya dapat buka selalu dan baca selalu melalui internet walau di mana saya berada.

Setiap orang mempunyai nama mereka tersendiri, nama-nama orang lama kebiasaannya adalah seperti MELUR, MELATI, UJANG, PAPAN dan sebagainya mengikut kesesuaian nama ketika bayi tersebut dilahirkan. Nama-nama moden pula kebiasaannya adalah berasaskan agama Islam(di Malaysia) seperti ABU BAKAR, ALI, UMAR, USMAN, SAIFULLAH, MUHAMMAD dan lain-lain.

Mengapa tajuk cerita pada kali ini "KENALI NAMA ASAL KAMU"?, Ya, sebenarnya nama yang kita gunakan pada masa ini (Alam Syahadah-Alam Penyaksian) adalah nama yang diberi oleh ibubapa kita. Apakah nama sebenar kita? Banyaklah nama yang boleh dihuraikan sejak bermula kita di alam Roh lagi sehinggalah kita melalui alam Rahim dan sebagainya, tetapi yang perlu diketahui adalah HAKIKAT nama kita kerana kita adalah UMAT MUHAMMAD.

RUANGAN BAGI PEMIKIR:
1)Semasa perang Badar, Umat Islam telah menang tetapi ada sahabat yang merasa sedikit riak dengan kemenangan tersebut sehingga kan turun ayat "Wama romaita izromaita wala kinnallaha roma" maksudnya "bukan engkau memanah(Ya Muhammad) tetapi Aku yang memanah".
USUL:
Nabi Muhammad adalah MAKSUM dan terhindar dari dosa-dosa besar dan kecil. Rasulullah mmembawa 4 sifat iaitu Siddiq,Tabligh,Amanah,Fatonah. Mengapakah ayat ini ditujukan kepada Muhammad sedangkan Nabi Muhammad adalah insan yang MAKSUM dan tidak melakukan dosa termasuklah sifat RIAK.

2)SURAH AL-IKHLAS
QULHO WALLAHU AHAD iaitu "Katakan(Muhammad) Allah itu Esa". Perkataan Qul adalah merujuk kepada JAMAK(ramai), Maka untuk siapakan ayat ini ditujukan?? Kita perlu ingat bahawa Rasulullah berpesan kepada kita jika kita tidak mahu sesat maka perlu dipegang erat Al-Quran dan As-Sunnah. Maka segala isi Al-Quran adalah untuk kita gunakan, untuk kita pakai, dengan kata lain segala isi Al-Quran ditujukan kepada kita. Al-Quran pula sememangnya ada kaitan rapat dengan kita. Yang kita ada di rumah dan dikedai-kedai hanya Quran yang bercetak, kertas-kertas sahaja...Tetapi manakah Quran yang sebenarnya?

Katakan KAMU membaca isi Quran kepada si pulan, si pulan mendengar dan si pulan faham pula akan isinya, si pulan juga melaksanakan dan melakukan perbuatan yang telah dinyatakan dalam bacaan surah Quran tersebut...jadi..DI MANAKAH AL-QURAN???

Contoh surah yang dibaca kepada si pulan oleh KAMU(Surah Al-Ikhlas):
1)Katakanlah (Muhammad) Allah itu ESA,
2)Allahlah tempat meminta pertolongan,
3)Tidak beranak dan diperanakan,
4)Tidak ada yang serupa dengan-Nya.

USUL:
1)DI MANA AL-QURAN?
2)DI MANA MUHAMMAD?

Berbalik kepada kata MUHAMMAD..Seperti nama-nama lain, nama tersebut sebenarnya menunjukkan kata Sifat yang menunjukkan sifat sesuatu perkara..Contoh: Saifullah bermaksud pedang Allah, maka perlulah bagi Saifullah menunjukkan keperkasaan sifat sebagai Pedang Allah di mana dia mungkin tidak suka akan kebatilan dan kemungkaran sesuai dengan nama nya SAIFULLAH.

Muhammad juga adalah KATA NAMA yang menunjukkan sifat. MIM pada awal perkataan MUHAMMAD merujuk kepada maksud TEMPAT... Contoh lain, MASJID merujuk kepada TEMPAT SUJUD. Kata MASJID juga ada kaitan rapat dengan kita dan insyaAllah akan dibincangkan pada topik-topik akan datang.

MUHAMMAD pula bermaksud TEMPAT TERPUJI. Pada post di atas telah dijelaskan, Nama menunjukkan SIFAT maka perlulah bagi orang yang diberi nama tersebut menunjukkan sifat-sifat dan keadaan yang sesuai dengan nama MUHAMMAD iaitu TEMPAT TERPUJI.

USUL:
SIAPAKAH SEBENARNYA MUHAMMAD???
(Hati-hati membaca dan memahami maksud tersebut, Nabi Muhammad dan Muhammad adalah 2 perkara yang berbeza).

Tuesday, January 06, 2009

BERPASANGAN

Keseimbangan wujud dalam dunia dan sentiasa dikurniakan Allah kepada makhluk-makhluk-Nya. Allah jadikan keseimbangan bagi kita memilih dan merancang selaku khalifah di muka bumi. Antara anasir berpasangan yang boleh kita fikir-fikir adalah:
1) Syurga Neraka
2) Hitam Putih
3) Buta Nampak
4) Pekak Mendengar
5) Buka Tutup
6) Lelaki Perempuan
7) Atas Bawah
8) Kanan Kiri
9) Tidur Bangun
10)Cerdik Bodoh
11)Malaikat Syaitan

Kesemua anasir ini pula adalah pada diri kita sendiri. Semuanya adalah 1 anasir.
Contoh :-
1) Bas Sekolah, Bas Mini, Bas Pendek, Bas Panjang, Bas Rosak, Bas Pelancong merujuk kepada bas(1 anasir).
2) Orang besar, Orang gila, Orang pandai, Orang jahat, Orang baik, Orang minyak, Orang lelaki, Orang perempuan merujuk kepada orang(1 anasir).
3) Sayur Kangkung, Sayur kobis, Sayur Bayam, Sayur Tak tahu merujuk kepada sayur(1 anasir)

Yang mana zat adalah satu tetapi wajibul wujud adalah banyak sekali itulah sebabnya Allah Hu Akbar.Allah apa?Hu apa?Akbar apa?

Dalam diri ada Iblis, dalam diri ada Malaikat, dalam diri ada Muhammad, dalam diri ada baik, dalam diri ada jahat, dalam diri ada syurga, dalam diri ada neraka, dalam diri ada salam, dalam diri ada pokok dalam pokok ada cabang, pada cabang ada iman, pada iman ada kepercayaan, pada kepercayaan timbul kesungguhan, dalam kesungguhan akhirnya timbul keikhlasan dengan syarat beserta dengan ilmu.

Diri yang mana?
1)Diri Terdiri?
2)Diri Terperi?
3)Diri Sendiri?
4)Diri Sebenar-benar Diri?

Adapun simpulan-simpulan keimanan terkandung di dalam pohon yang rendang, yang mana ramai orang dapat keberkatan. Simpulan-simpulan inilah yang menjadi pedoman bagi khalifah(imam) mengimammi makmum nya.

Sunday, January 04, 2009

NAFAS

"Kullun nafsi zaikatulmaut"...Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Itulah firman Allah berkenaan dengan nafas...mengapa disedut nafas sedangkan yang dinyatakan adalah nyawa??? Ya!!!setiap yang bernyawa pasti bernafas, setiap yang bernafas pasti bernyawa. Nyawa pula adalah hidup, hidup itu adalah Hayat. Hayat itulah salah satu Kebesaran Allah yang dipinjam oleh manusia, manakala manusia yang mengetahui akan rahsia Hayat itu tadi dinamakan insan, insan yang berjaya menerokai dan memahami apa yang dikatakan rahsia itu adalah Insan Kamil dan insan yang mengetahui apa yang dikatakan rahsia dalam rahsia adalah Insan Kamil Mukamil. Dan taraf insan yang paling berbahagia disisi ALLAH S.W.T adalah insan yang bertaraf HAMBA. Itulah sebabnya dalam perjalanan Rasulullah s.a.w surah Al-Isra' menyebut "Allah memperjalankan hamba-Nya" dan bukan disebut "memperjalankan kekasih-Nya/Rasulullah/Muhammad dan sebagainya sedangkan Nabi Muhammad adalah yang paling dikasihi Allah. Bersambung...

Nafas terbahagi kepada empat Nafas itu sendiri, Ampas itu sendiri, Tanapas itu sendiri dan Nufus itu sendiri.

4 Anasir:
1)Nafas, Ampas, Tanapas, Nufus.
2)Zabur, Taurat, Injil, Quran.
3)Jibrail, Mikail, Izrail, Israfil.
4)Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali.
5)Wadi, Mazi, Mani, Manikam.
6)Tanah, Air, Angin, Api.
7)Wujud, Ilmu, Nur, Syuhud.
8)Rasa, Merasa, Serasa, Talirasa.

Nafas ini juga keluar dan masuk membawa sifat Jamal, Jalal, Qahar, Kamal. Naiknya nafas "Hu" dan turunnya nafas "Allah".

Naiknya nafas sampai Langit ke 7, Turunnya nafas sampai Bumi ke 7. Di manakah 7 Langit dan Bumi itu?

Nafas itu mengenal Tuhannya, Nafas itu ada tapi tiada, tiada tapi ada. Nafas itu ada Rohani, Jasmani, Rabbani. Nafas itu ada Rohani, Malaikat, Jin dan Iblis. Nafas itu banyak tapi 1. Nafas itu 1 tapi banyak.

Dari Nafas dapat Nyawa, dari Nyawa lahirkan pokok, lahir berkat benih dari Bapanya Langit dan jagaan susuan Ibunya Bumi. Pokok pula bernama Islam, dari pokok keluarlah cabang-cabang Islam. Batang pokok jadilah Solat, Dahan pokok jadilah Puasa, ranting pokok jadilah Zakat, daun-daun pokok jadilah Haji.

Sesuai dengan Hadith Rasulullah s.a.w:
"Islam itu didirikan atas 5 perkara, menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan menyaksikan Nabi Muhammad pesuruh Allah, Mendirikan Solat, Berpuasa di Bulan Ramadan, Mengeluarkan Zakat dan Melaksanakan Haji (bagi yang MAMPU).".

Labels