Thursday, July 08, 2010

ADAB MEMBACA AL-FATIHAH

Assalamualaikum dan salam kepada semua UMAT MUHAMMAD...

Pada kali ini, kita akan berkongsi bicara mengenai ADAB MEMBACA AL-FATIHAH.

Apabila selesai membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim, maka hendaklah kita membaca Al-Fatihah dengan perlahan-lahan, khusyuk dan tertib, jangan sesekali dicepatkan. Perhatikan kebaikan bacaan dengan berhenti di tiap-tiap pangkal ayat. Jangan disambung-sambung kerana ini akan merosakkan makna tertib yang dikehendaki dari MUNAJAT.

Hendaklah Al-Fatihah dijaharkan(dibaca dengan suara nyaring) tetapi sederhana, kerana yang demikian itu akan menghilangkan lalai. Penjaharan itu adalah kepada rakaat pertama dan rakaat kedua manakala mensirkan bacaan pada rakaat seterusnya (jika lebih 2 rakaat).

Adalah Rasulullah SAW menghentikan bacaannya di tiap-tiap ayat. Beliau berhenti di "Rabbil 'alamien". Sesudah berhenti barulah beliau membaca "Ar Rahmaa nirrahiiem" dengan memanjangkannya serta beliau memperlambatkan bacaannya. Sesudah berhenti, barulah beliau membaca "Maliki yau mid diien" dengan tidak memanjangkan "maliki" atau dengan memanjangkannya. Sesudah berhenti, barulah beliau membaca "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'ien". Sesudah beliau berhenti barulah beliau membaca "Ihdinash shirathal mustaqiem". Sesudah berhenti barulah beliau membaca "Shirathal ladziena an'amta 'alaihim" dan sesudah itu barulah beliau membaca "ghairuil maghdubi 'alaihim waladhaalien".

Setelah selesai membaca Al-Fatihah, maka hendaklah kita berdiam kadar senafas, sesudah itu berta'mienlah iaitu membaca "Amin" dengan suara yang rendah dan memanjangkannya walaupun Al-Fatihan dijaharkan.


Yang Ditulis,
K.ZOS

No comments:

Labels