Wednesday, May 18, 2011

Berpegang kepada TALI ALLAH...


Assalamualaikum dan Salam serta Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kita mulakan sesi percambahan fikiran dengan sepotong ayat Quran Surah Ali Imran, 3:103 "Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".

Kita tambahkan lagi idea dengan ayat dalam surah yang sama Ali Imran, 3:112 "Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia".

Jadi APAKAH yang dimaksudkan TALI ALLAH??? Tali itu KUAT, sebagai PEMBANTU, sebagai PETUNJUK kepada KESELAMATAN, dibuat daripada bahan yang lembut tetapi hasilnya menjadi KUAT.

Mari kita sama-sama dengarkan hadith daripada Rasulullah S.A.W iaitu
"Ia (al-Quran) ialah TALI ALLAH yang kuat dan jalan-Nya yang lurus".

"Sesungguhnya jalan itu adalah tempat lalu lalang, syaitan-syaitan selalu datang kepadanya. Wahai Abdullah! Ambillah jalan ini, kemarilah, tempuhlah jalan ini. Maka mereka berpegang kepada tali Allah kerana sesunguhnya tali Allah itu adalah al-Quran"

"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya Allah meredhai tiga perkara dan memarahi (murka) tiga perkara: Allah redha kepada kamu apabila kamu mengibadahiNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, berpegang teguh kepada tali Allah dan tidak bercerai-berai, dan kamu sentiasa menasihati pemimpin yang diangkat Allah menguruskan urusanmu. Dan Allah marah (murka) kepada kamu tiga perkara: Memperkatakan itu dan ini (banyak berdebat), banyak bertanya dan boros (menyia-nyiakan) harta".

Jadi JELAS bahawa yang dimaksudkan TALI ALLAH adalah Al-Quran sebagai peganggan.

Apa pula AL-Quran??? dalam erti kata SEBENAR???

Jadi di mana letaknya TALI ALLAH???

Perasaan ini tidak dapat digambarkan... seperti rasa masin, manis, sakit, sejuk semuanya tidak dapat digambarkan. Setiap manusia mempunyai penerangan yang berbeza mengikut tahap masing-masing.

Amanah yang dibawa dan perjanjian antara Hamba dan ALLAH tetap ada walaupun tanpa kita SEDAR... Itulah yang menjadi kekuatan dan TALI kepada kita sebagai umat yang digelar UMAT MUHAMMAD.

Di akhir coretan ini, mari kita sekali lagi mendengar hadith daripada Nabi Muhammad S.A.W : "Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, sesiapa yang berkata dengannya benar, beramal dengannya mengikut petunjuk dan sesiapa berpegang kepadanya mendapat hidayah ke jalan yang lurus".

Tiada apa yang TERBAIK lagi selain MENDAPAT JALAN yang LURUS... Maka gengamlah TALI ALLAH dengan ERAT... AMIN...

ILMU YANG MEMBERI MANFAAT...


Assalamualaikum dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Segala Pujian bagi ALLAH Tuhan seru sekalian ALAM.

Telah beberapa lama kita tidak bersua dengan isu yang segar. Kali ini mari kita tumpukan kepada ASAS. ASAS dalam menuntut ILMU yang bersesuaian dengan manusia yang bergelar UMAT MUHAMMAD.

Secara ASASnya, semua ILMU adalah MILIK ALLAH. Dan secara ASASnya hukum itu duduknya pada HARUS. Jadi harus bagi kita menuntut ILMU. Tetapi adakah semua ILMU perlu dituntut? Apakah yang membezakan orang yang berAKAL dengan orang yang tidak berAKAL?

Dalam menentukan sesuatu perkara perlulah kita rujuk kepada Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias. Mari kita sama-sama menggunakan Ijmak pada kali ini. Imam Al-Ghazali ada menyebut dalam Kitabnya Bidayah Al-Hidayah:"Dan Ilmu yang memberi manfaat itu iaitu barang yang menambahkan takutmu akan ALLAH taala, dan menambah pula di dalam penglihatan hatimu dengan kecelaan dirimu, dan menambah pula di dalam pengenalanmu akan ibadah kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia dan Yang Maha Tinggi, dan menggurangkan akan gemarmu kepada dunia, dan menambah gemarmu kepada akhirat, dan membukakan ia akan mata hatimu dengan membinasakan akan amalmu hingga engkau memelihari diri daripadanya, dan melihatkan ia akan dikau atas tipu daya syaitan dan perdayanya".

Jadi KESIMPULANNYA...ILMU yang BEGINILAH PERLU KITA TUNTUT... AMIN...

Wednesday, March 30, 2011

ISLAM itu dalam KEHIDUPAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W... Kecintaanku yang tiada tandingan, dan ALLAH jua yang membimbingku daripada kejahilan, kesesatan dan kemurkaan...AMIN...

Dalam mendudukkan ISLAM itu perlulah dengan HATI yang HALUS dan MENGHAYATI... kerana Rasulullah itu sendiri adalah seorang yang mempunyai HATI yang HALUS dan MENGHAYATI...

ISLAM itu sendiri adalah AGAMA yang HALUS lagi MENGHAYATI JIWA MUKMIN yang mahu MEMAHAMI. Persoalan yang mencabar MINDA, adakah KITA ini ISLAM??? Jika ISLAM pula, ISLAM yang bagaimana?

Mari kita sama-sama MENGHAYATI hadith daripada Junjungan Muhammad S.A.W:

'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'.

Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah?'

'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.'

Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah?'

Rasullullah SAW menjawab: 'Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Jelas bahawa Rasulullah S.A.W sendiri MENGETAHUI bahawa akan datang satu masa ada diantara UMAT MUHAMMAD yang paginya menjadi ISLAM, petang menjadi KAFIR... ada pula paginya menjadi KAFIR...petangnya menjadi ISLAM...

Mengapa pula perkara ini terjadi??? Rasulullah sendiri telah menyatakan di dalam hadith tersebut bahawa semuanya ini adalah disebabkan seorang ISLAM itu menjual agama dengan nilai dunia... bermaksud seseorang itu tidak mementingkan ISLAM dan melebihkan perkara dunia daripada AGAMAnya ISLAM..

Seperti post saya yang sebelum-sebelum ini, saya ada menyatakan perihal SYAHADAH...dan ia perlu dilaksanakan 24 jam sehari semalam sebagai INSAN yang beragama ISLAM... Maka bagi menjawab persoalan ini, seseorang itu boleh menjadi ISLAM/KAFIR di siang hari tetapi menjadi KAFIR/ISLAM di petang hari adalah disebabkan DIA tidak MEMEGANG ISLAM sebagai AGAMANYA 24 JAM SEHARI SEMALAM.

DALIL NAQLI:
Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W:
"ISLAM itu diDIRIKkan atas 5 perkara iaitu BERSAKSI bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH, menyaksikan Nabi Muhammad PESURUH ALLAH, SOLAT 5 waktu, BERPUASA di bulan RAMADHAN, Mengeluarkan ZAKAT, Menunaikan HAJI yang yang MAMPU".

Maka yang dikatakan seorang yang ISLAM itu adalah dia senantiasa melaksanakan perkara-perkara di atas SETIAP SAAT dan WAKTU...24 jam sehari SEMALAM... (kita akan huraikan bersama-sama berkenaan SYAHADAH dari semasa ke semasa bersama-sama).

Setelah kita membincangkan berkenaan perkara ISLAM dalam KEHIDUPAN kita. Mari kita dapatkan JAWAPAN yang lebih PERSIS dan TEPAT. Petua daripada GURU, tanyalah DIRI SENDIRI nescaya kita akan mendapat JAWAPAN yang TEPAT dengan IMAN dan TAQWA kepada ALLAH S.W.T.

Adakah kita telah melaksanakan yang sedemikian???

Wednesday, March 23, 2011

KEMBALI KEPADA ASAS...part 1


Assalamualaikum dan Selawat Sejahtera kepada Nabi Muhammad S.A.W...Dengannyalah nyatanya semua ini...

Aku PERHATIKAN/BACA ramai di antara kita semua yang berlumba-lumba kepada KESESATAN dan ramai juga yang berlumba-lumba kepada KEBENARAN. Tetapi dalam menyusuri semua cabaran dan dugaan di ALAM MITHAL ini, tidak kurang yang melupakan perkara-perkara ASAS yang sebenarnya PENTING dan AMAT PENTING...

Ramai yang mengakui DIRI mereka AHLI MAKRIFAT/HAKIKAT yang menganggap perkara SYARIAT adalah perkara REMEH!!! Tetapi ramai pula orang SYARIAT yang menganggap perkara HAKIKAT/MAKRIFAT ini perkara ASING...iaitu beranggapan "Kita adalah orang awam dan bukan wali-wali, maka tak perlu tahu mengenai hakikat/makrifat".. Sedangkan yang bercakap sebegitu tidak sedar, pengetahuan mengenai hakikat/makrifat bukanlah boleh DIPILIH-PILIH sama ada untuk memahaminya atau tidak. Setiap UMAT MUHAMMAD perlu tahu apa itu sebenarnya HAKIKAT/MAKRIFAT.

Walau bagaimanapun JANGANLAH SESEKALI meninggalkan SYARIAT...ini sesuai dengan Hadith Nabi Muhammad "Syariat tanpa hakikat kosong, hakikat tanpa syariat batal".

KOSONG itu umpama tidak BERGUNA...tidak ADA HASIL...malahan SIA-SIA.. dan SYAITAN suka dengan pekerjaan SIA-SIA...

BATAL itu TIDAK SAH...maksudnye tidak BERGUNA...tidak ada hasil...malahan SIA-SIA... dan SYAITAN suka dengan pekerjaan SIA-SIA...

NAHHHHH...pilihlah mana satu...KOSONG atau BATAL???? pasti kita rumit memikirkannya bukann!!!

Marilah kita kembali kepada ASAS...ASAS... dan ASAS... asas itu duduk di SYARIAT...membawa kepada TARIKAT...memahamkan HAKIKAT...merasakan MAKRIFAT.

ISLAM itu diDIRIKkan atas 5 perkara iaitu BERSAKSI bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH, menyaksikan Nabi Muhammad PESURUH ALLAH, SOLAT 5 waktu, BERPUASA di bulan RAMADHAN, Mengeluarkan ZAKAT, Menunaikan HAJI yang yang MAMPU.

Monday, March 21, 2011

FURU' AL-MASA'IL


Assalamualaikum dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W...Semoga cinta kepada ALLAH dan MUHAMMAD ini melebihi daripada cintaku dan pembaca blog ini kepada semua perkara yang lain.

Pada kali ini aku tertarik untuk membawa semua rakan-rakan pembaca untuk membaca Kitab bertajuk Furu' Al-Masa'il...ianya adalah terjemahan dan karangan oleh Maulana Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani serta disusun semula oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz...

Buku ini banyak menerangkan perkara-perkara furu' atau cabang atau ranting daripada sudut kita sebagai manusia yang beragama ISLAM. Penerangan buku ini adalah ringkas dan padat. Mudah difahami dan dimengertikan maksudnya. Dari masa ke masa aku akan membawa isu-isu permasalahan furu' yang akan dipetik daripada Buku ini untuk kita sama-sama renungkan dan fahami. Segala petikan daripada Kitab ini akan aku ketegorikan dalam Tajuk/Label "Furu' Al-Masa'il".Moga usaha ini akan membawa kita semua menjadi INSAN yang berAKAL. Tahu akan apa yang diperbuat dan faham dengan pemikiran yang dalam. AMIN.

Wednesday, March 09, 2011

DUNIA AKHIR ZAMAN

Assalamualaikum dan ucapan kasih sejahtera kepada Nabi Muhammad S.A.W. Moga terhurailah segala simpulan ikatan di dalam HATI EMAS kita semua...

Post kali ini aku tidaklah mahu berceloteh sahaja.haha. Kali ini mari kita renungkan sama-sama sebuah video yang aku fikir terkesan kepada kita semua.

Sila klik link di bawah untuk sama-sama melihat video tersebut dan berikan komen anda di blog ini. Terima kasih SEMUA...

http://www.youtube.com/watch?v=GG8z-Wlr2D8 (part 1)

http://www.youtube.com/watch?v=iKusnd5g-1E (part 2)

Assalamualaikum.

Yang DiTULIS,
K.ZOS

Wednesday, March 02, 2011

KESEPIAN YANG MELANDA HATI...HATI RAJA HILANG...


Assalamualaikum kepada semua umat Muhammad. Ucapan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Kecintaanku kepada ALLAH dan Muhammad.AMIN...

Aku telah lama tidak membuat sebarang post di dalam blog ini. Bukanlah kerana aku sibuk tetapi kerana motivasiku yang mula lentur. Sejak kepulangan Wak Shuib ke tempat asal kita, aku banyak berfikir dan berfikir. Terkadang aku benarkan dunawi menyelubungi HATI RAJA ku.

Banyak persoalan dan ilmu-ilmu yang diperbahas dan didebatkan di waktu ini. Terkadang kita terlupa dan alpa dalam menjalankan tugas UTAMA iaitu HAMBA kepada ALLAH. Dunia ini adalah tempat dugaan semata-mata. Adakah lebih seorang yang berilmu daripada seorang yang tidak mempunyai ilmu jika orang yang berilmu tidak mengamalkan apa yang diketahuinya??? Ibarat pohon yang tidak berbuah...lama-lama layu tanpa HASIL dan KEBAIKAN, akan dimamah usia dan anai-anai..menjadi tonggol kayu yang tidak berguna dan akhirnya menyusahkan orang semua.

ISLAM itu AGAMA, AGAMA itu AKAL, tidak berAGAMA bagi orang yang tidak berAKAL.

Pada pengakhiran perbalahan dan percanggahan, hanya kepada ALLAH jualah tempat kita memohon pertolongan dan petunjuk. Adakah seorang yang mempunyai ilmu HAQ itu lebih baik daripada seorang yang mempunyai ilmu MAKRIFAT? Adakah seorang yang mempunyai ilmu MAKRIFAT itu lebih baik daripada seorang yang mempunyai ilmu HAKIKAT? Adakah seorang yang mempunyai ilmu HAKIKAT itu lebih baik daripada sorang yang mempunyai ilmu TARIKAT dan adakah seorang yang mempunyai ilmu TARIKAT itu lebih baik daripada seorang yang mempunyai ilmu SYARIAT??????????

INGAT....bukan JAWAPAN yang kita CARI tetapi persoalan itu sudah cukup memberi 1001 jawapan. Teringat saya suatu peristiwa apabila ADAM diciptakan, maka IBLIS berperasaan, adakah ADAM yang diciptakan daripada TANAH itu lebih MULIA daripada Aku yang diciptakan daripada API???

Mainan SYAITAN/IBLIS adalah amat halus...Malah tidak perlulah kita menuding jari hanya kepada SYAITAN/IBLIS kerana mungkin kita sendiri adalah SYAITAN/IBLIS yang kita perkatakan.

Friday, January 14, 2011

Tidur itu SEDAR dan Sedar itu TIDUR,,,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sunday, January 02, 2011

PENGAKHIRAN 2010 YANG PENUH DUGAAN...

Assalamualaikum dan ucapan sejahtera kpd Nabi junjungan Muhammad s.a.w. Pengakhiran 2010 yang penuh dugaan. Aku dan anak isteriku mengalami kemalangan kereta. Abis keretaku, tp aku tidak kisah itu smua. Aku lbh sayup melihat kecederaan yang dialami oleh anak dan isteriku. Anak yg br 9 bulan. Berilah kesihatan kpd mereka Ya Allah... Aku bermohon kpd Mu Ya Allah. Dalam kita menyusuri kehidupan harian,perlu kita semak selalu soalan-soalan yang akan menguatkan TAUHID kita. Aku suka gariskan beberapa perkara : 1) Musyahadah 2) Muhasabah 3) Muraqabah. Semoga engkau dan aku berada di jalan yang benar, lurus lagi HAQ... AMIN...

Labels