Thursday, May 14, 2009

ALAM DIRI BERNAMA INSAN

Dengan nama Allah, Aku berserah kepada Allah, tidak ada tempat lain yang Aku bermohon melainkan DENGAN ALLAH. Sesungguhnya manusia itu sebaik-baik kejadian iaitu merangkumi keseluruhannya. Sesungguhnya manusia itu sesempurna kejadian.. SEMPURNA membawa maksud terbaik atau cukup atau elok atau LENGKAP... Adakah manusia itu LENGKAP? Adakah manusia itu punya semua???

Dari manusia itu adanya yang bergelar INSAN dan sesungguhnya pengertian INSAN itu cukup LUAS. Pengertian luas juga bermakna MELIPUTI,MERANGKUMI. Dalam diri ada ROH, ada MALAIKAT, ada JIN, ada SYAITAN dan ada SEMUA!!!

Dalam diri ada suka,ada duka, ada benci, ada sayang, ada tenang, ada MARAH, ada SEMUA!!!

Dan dalam mengenal diri perlu kita dudukkan sesuatu kepada sesuatu yang sepatutnya... Tenang itu sifat Rasulullah, Patuh itu sifat Malaikat, Marah itu sifat Syaitan...

BENARKAH DALAM DIRI ADA SYAITAN?
Dalil:-
"Daripada 'Atgiyah Bin Urwah al-Sa'adiiaa berkata"telah bersabda Rasulullah s.a.w Sesungguhnya marah itu bahagian daripada Syaitan, dan sesungguhnya Syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila seseorang daripada kamu marah maka berwuduklah".

Itulah secara ringkas kewujudan ciptaan ALLAH pada DIRI. Bab kerahsiaan dikatakan tidak boleh dibuka kepada umum. Kerana ditakuti lebih BERANGAN daripada berpijak di bumi yang nyata.

Penceritaan Alam-alam ini bermula dari sebelum sesuatu itu diadakan lagi. Hanya Dzat Ghaibul Ghuyub itu sendiri, dan Dzat itu mentajalikan Sifat yang dinamakan Nur Muhammad. Penceritaan berkenaan perkara tersebut pula adalah panjang dan banyak mengandungi maksud tersurat dan tersirat. Itulah yang dikatakan "Muhammad itu membawa rahmat bagi SEKALIAN ALAM".

Dari situ terbitnya ujud, ilmu, nur, syuhud dan ROH. Dari situ terbitnya Wadi,Mazi,Mani,Manikam dan MUHAMMAD. Dari situ terbitnya Tanah,Air,Angin,Api dan ADAM. Dan dari situ terbitnya Dzat Wajibul Wujud iaitu Dzat,Sifat,Asma',Afa'al dan PENGESAAN.

Semuanya di atas terkandung dalam Alam Ahadah iaitu Alam Lahut martabat DZAT, Alam Wahdah iaitu Alam Jabarut martabat Sifat, Alam Wahdiah martabat Asma', Alam Roh iaitu Alam Malakut martabat Afa'al, Alam Misal iaitu Alam Bapa, Alam Ijsan iaitu Alam Ibu dan Alam Insan iaitu Alam Nyata. Bab perkara ini tidak boleh diceritakan terlalu dalam kepada umum kerana yang mendengar belum tentu sangka dengan sebenar-benar sangka dan yang bercerita belum tentu tahu benar apa yang dicerita. Perlu dicari Guru yang benar-benar MURSYID supaya dapat difahami dengan kefahaman yang JITU.

Walau bagaimanapun perlu diingat, kadang-kadang bukannya JAWAPAN yang perlu dicari, pada ketika-ketika tertentu PERSOALAN itu sendiri adalah suatu JAWAPAN!!!!!

Dalil:
Disebabkan Rasulullah pernah berhadith lebih kurang begini:
"Janganlah engkau kaji Dzat Allah, tetapi kajilah ciptaan-Nya".
Rasulullah sendiri mengingatkan umatnya bahawa Dzat Allah itu sendiri tidak boleh dikaji, bermaksud terdapat had atau sempadan yang menunjukkan fikiran logik manusia tidak akan dapat menembusi kefahaman berkenaan apa yang dikatakan RAHSIA itu sendiri melainkan orang-orang yang terpilih.

Rasulullah juga pernah bersabda bahawa, lebih kurang maksud"Ada di antara orang yang terpilih, diberi kefahaman dan kemudahan mengenai Islam dan itulah orang-orang yang beruntung". Ini membawa maksud, sebenarnya walaupun kita sangka bahawa ramai di antara kita tahu apa itu Islam tetapi sebenarnya tidak ramai yang benar-benar tahu,faham,sedar dan mengamalkan Islam yang sebenar-benarnya.

Di satu hadith lain Rasulullah berfirman, lebih kurang maksud:"Di akhir-akhir zaman nanti, akan ada ramai umatku yang menyangkakan bahawa mereka sedang bersolat sedangkan mereka sebenarnya tidak bersolat". Na'uzubilahiminzhalik... JAUHKAN AKU DARI PERKARA BURUK YA ALLAH....

Labels