Monday, December 31, 2018

KENALI UNSUR MU...PART 2

Assalamualaikum Bapak Adam Ibu Hawa,

Saudara ku SEKALIAN... kali ini mari kita lebih mengenali unsur kita dengan cara pengiraan yang mudah. Ikut langkah di bawah:

1) Eja dan tulis nama anda dengan menggunakan tulisan jawi
2) Kenalpasti berapa bilangan huruf nama anda
3) Ikut aturan Tanah, Air, Angin, Api, Tanah, Air, Angin, Api dan ulangi sehingga habis mengikut jumlah huruf nama anda.

Contoh :
1) Nama adalah ABU = Alif (Tanah), Ba (Air), Wau (Angin) = jadi unsur ABU adalah ANGIN.

2) Nama adalah MUHAMMAD KARIM= Mim (Tanah), Ha (Air), Mim (Angin), Dal (Api), Kaf (Tanah), Ra (Air), Ya (Angin), Mim (Api) = jadi unsur Muhammad Karim adalah API.

Mungkin ada rezeki di lain masa, saya akan ceritakan bagaimana kita mengira unsur bersama pasangan kita. Sesuai utk persediaan mental dan fizikal sblm berkahwin. Selamat mencuba...


Tuesday, December 18, 2018

KENALI UNSUR MU...

Assalamualaikum semua sahabat sekalian.

KENALILAH UNSUR MU... itu tajuk kita pada kali ini.

Kenapa perlu dikenal? sudah tentu mengapa tidak. Kerana mengenal DIRI kita juga adalah salah satu anjuran ALLAH kepada MANUSIA... Bukankah Nabi Muhammad itu sebaik-baik contoh dan tauladan. Contoh dan tauladan bermaksud perlu DIIKUTI.

Tatkala diwahyukan ALLAH kepada Nabi semasa beliau berada didalam Gua Hira'. "IQRA"... iaitu bacalah...

BACA APA? jadi ini adalah kerja rumah/assignment pertama ALLAH kepada Nabi Muhammad (Wahyu pertama) iaitu....

"Bacalah dengan nama TUHANmu yang menciptakan manusia dari  segumpal darah".

Bacalah = perhatilah, jadi ALLAH berfirman untuk nabi mempelajari, perhati dan kaji ciptaan-NYA iaitu MANUSIA.

Sedangkan tiada seorangpun manusia di dalam Gua Hira' melainkan Nabi Muhammad S.A.W itu sendiri. Jadi dengan kata lain, ALLAH memerintahkan kepada Nabi Muhammad agar mengenal akan DIRInya...

Secebis daripada itu, marilah kita mengenal unsur SYARIAT yang terbahagi kepada TANAH, AIR, ANGIN dan API. Jadi kita ini berunsur apa? Apa pula faedahnya? Cara penggunaan di dalam kehidupan seharian?


Sebelum itu berikut adalah sifat-sifat yang tersebut:
1) TANAH - tetap, sabar, tenang dan jarang marah, rezeki, tempat berharap, memberi pelindungan dan lain-lain.
2) AIR - cepat marah dan cepat tenang, sejuk, rezeki, kebahagiaan, bersedia menerima dan lain-lain.
3) ANGIN - cepat berubah, menyamankan, patuh perintah/taat, setia dan lain-lain.
4) API - diperlukan, diberkati, taat, berpendirian teguh, berani dan lain-lain.

Pada post saya yang lain saya akan berkongsi pula cara menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan unsur yang tersebut.

Sekian... Illahi anta maqsudi, wari dhaka matlubi, 'a tini muhabbatika, wa ma'rifa tika...

Friday, December 14, 2018

SANAD...



Assalamualaikum wahai semua MUHAMMAD...

Kali nie aku nak bicara berkenaan SANAD. Dulunya memang aku pentingkan SANAD. Pertalian ILMU yang diamal dan apa SANADnya... Mestilah perlu ada talian daripada guru kita sampai ke Rasulullah s.a.w. dan ALHAMDULILLAH guruku ada bersanad.

Ya dulu... setelah sekian lama. semakin aku BEDAL semua. Terima kasih juga kepada seorang guruku dan juga GURU ROHANIKU... SANAD yang sebenarnya hanyalah terus kepada ALLAH. Tiada perantara. Itu lebih TELUS, lebih HALUS, lebih NYAMAN...

Kini banyak RAHSIA semakin terbongkar bagiku dan inilah perjalananku.

Pakaian Ilmu itu SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT. Maka adalah lagi satu yang menyempurnakannya iaitu HAQ... Maka HAQ engkau dan HAQ aku berbeza. Carilah dan kenallah akan DIRI kamu SENDIRI...

Dan yang paling chantek dalam ILMU MENGENAL, tiada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah. ILMU ini bukan untuk menyalahkan. ILMU ini bukan untuk bermegah. ILMU ini bukannya MURAH sehingga boleh dipermainkan dan dilelong-lelong berdebat.

TIADA DOSA, TIADA PAHALA... jika ada itulah GULA-GULA DUNIA.

DOA!!! YANG MENDOA DAN YANG DIDOAKAN...

Image result for Doa

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua sahabat dan rakan-rakan semua.

Sudah lama kita tidak bersua. Kali nie kita cerita pasal doa. Tiap hari kita berdoa setiap kali selepas solat terutamanya. Tapi kenapa doa kita tak makbul-makbul?

Apa itu DOA? secara ringkas dan kefahaman orang-orang biasa dengan RASA.. doa itu adalah PERHUBUNGAN, PENGHARAPAN, KEHENDAK, NIKMAT, PERMOHONAN dan seribu satu maksud berdasarkan yang merasa.

Kita semak balik apa masalah yang biasa terjadi:
1) Doa di mulut tapi di hati lain
2) Doa di hati tapi di fikiran lain
3) Doa di fikiran tapi di bayangan lain

NAHHH.... ini kunci DOA...

Sama juga kaedah yang telah diberi didalam SOLAT SYARIAT iaitu kaedah niat, lisan dan perbuatan MESTILAH SELARI...........

Mana mungkin doa dimakbulkan jika tiada KUN FAYAKUN dan KEYAKINAN pada DIRI kita sendiri.

MULUT mohon mahu kaya tapi HATI sedih dan susah hati sebab memang rasa MISKIN.

HATI mohon mahu SIHAT tapi FIKIRAN dan BAYANGAN kita fikir yang sakit dah kritikal dan tiada harapan...

Itulah KUNCI KUN FAYAKUN...

Monday, February 05, 2018

NUKILAN ZAHIRKU

Assalamualaikum wahai sahabatku semua..... Telah lama kita tidak bersua... Aku pasti ramai telah menlalui apa yang aku rasa. Ilmu mengenal amat dicari-cari, tetapi setelah mengenal apakah pula? Apa yang dikatakan PUTUS ILMU? Adakah mengenal itulah sbnrnya yang kita cari, ataupun sbnrnya yang kita cari selama ini berada di sekeliling dan dekat dengan kita? HARGAILAH apa yang kita ada. Inilah HAKIKAT SYURGA...Maka jika disia-siakan jadi hampa, itulah HAKIKAT NERAKA... Maka tidak perlu kita membazir masa untuk mengenal kerana yang perlu dikenal telah pun kita kenal. Barulah Nyatakan AKU ALLAH, Awalnya Muhammad, Akhirnya Muhammad, Zahirnya Muhammad, Batinnya Muhammad. Zahirku jg adalah ALLAH... Zahir = ALLAH, Zahir = Muhammad... Mana satu kah? Ya... kedua-dua benar... itulah AKU... yang dikatakan HAQ... Melangkah kita ALLAH MUHAMMAD, duduk kita ALLAH MUHAMMAD, tidur kita ALLAH MUHAMMAD... Itulah RAHSIA Ilmu BATIN lagi ROHANI... Jalan yang sesat lagi menyesatkan di mata kebanyakkan MANUSIA... Makanya tetap ia berada di jalan yang HAQ bukan BATIL... Jalan yang LURUS lagi TETAP... TETAP hanya dengan HATI, itulah PUTUS ILMU!!!

Labels