Wednesday, December 17, 2008

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM.......

Assalamualaika ya rohani.....buka bicara dan usul fikir dengan ucapan salam kepada roh yang meliputi dalam dan luar,yang mengenal dengan sekenal-kenalnya Allah dan yang mengetahui keadaan hakikat yang sebenarnya kejadian. Sesuai dengan maksud hadith " Awaluddin makrifatullah " iaitu awal-awal agama mengenal Allah.

Sepotong hadith berbunyi " Man 'arafa nafsahu, faqad'arafa robbahu " bermaksud " Barangsiapa kenal akan dirinya, maka kenallah Tuhannya ". Hadith tersebut memperjelaskan kedudukan hadith pertama iaitu cara bagi mengenal Allah.

Allah berfirman, "Janganlah engkau cari-Ku, tapi kajilah ciptaan-Ku" maka pengajian mengenai penciptaan Allah ini dapat kita fahami dengan ayat Quran yang mula-mula turun sewaktu Rasulullah berkhalwat di Gua Hira'.

Firman "Janganlah engkau cari-Ku, tapi kajilah ciptaan-Ku" dapat kait fahamkan dengan hadith yang berbunyi Awaluddin makrifatullah dan Man 'arafa nafsahu, faqad'arafa robbahu kerana bila dikaji peristiwa turunnya surah pertama iaitu al-alaq di Gua Hira' ianya akan memberi gambaran yang jelas jika dihalusi. Hati yang halus pula adalah pakaian rasul-rasul,nabi-nabi,wali-wali dan sufi-sufi. Maka perlulah kita haluskan hati sendiri bagi mendapatkan makna ayat-ayat Quran yang telah diturunkan kepada kita.

Suatu hadith yang berbunyi, "Islam itu didirikan atas 5 perkara iaitu, menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan menyaksikan Muhammad Pesuruh Allah, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan melaksanakan Haji (bagi yang 'mampu')". Memahami maksud cakap, 5 rukun ini adalah dinamakan Rukun Islam, iaitu perbuatan yang amat perlu dilakukan sebagai seorang Islam. Pecahan maksud rukun adalah seperti :

1) Menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan menyaksikan Muhammad Pesuruh Allah:
Dalil Aqli (Akal) :-
Seorang saksi di dalam mahkamah bermaksud seorang yang menyaksikan sesuatu peristiwa seterusnya membawa keyakinan kepada yang menyaksikan peristiwa tersebut bahawa itu lah hakikat sesuatu peristiwa itu berlaku.

Penyaksian yang dilakukan adalah dinamakan pernyataan/kenyataan sesuatu perbuatan berlaku dengan diperlihatkan kepada mata. Kata menyaksikan memberi maksud penyaksian dengan mata akan sesuatu pernyataan/kenyataan.

Kata menyaksikan menunjukkan ada sesuatu yang disaksikan. Maka, dalam konteks Syahadah yang disaksikan adalah Allah dan Muhammad itu sendiri. Bila bertemu dengan mata kepala sendiri barulah keyakinan akan timbul dan dapat dinyatakan dengan perbuatan dalam kehidupan seharian.

Maka di alam roh sekalipun telah kita melakukan kesaksian, Apabila Allah berfirman "Adakah Aku Tuhanmu", maka seluruh roh yang dikatakan Muhammad menjawab "Bahkan Engkaulah Tuhanku".Itulah kesaksian pertama yang dilakukan oleh kita semua termasuklah sesiapa jua sekalipun hatta di alam syahadah(peyaksian) ini mereka adalah pemeluk agama Kristian dan sebagainya. Syahadah ini dinamakan Syahadah Roh.

2) Mendirikan Solat :-
Maka yang disuruh adalah mendirikan solat dan bukanlah bersolat sahaja. Hati Nabi dan Rasul adalah hati yang halus lagi menghalusi dari itu mari kita sama-sama halusi apa dia maksud mendirikan solat. Kata mendirikan bermaksud perbuatan, perbuatan yang dilakukan atas rasa sedar, faham dan tahu. Manakala sedar, faham dan tahu adalah niat. Niat pula letaknya di dalam hati, hati pula digerakkan dari detik, dari detik sampai kepada perasaan, dari perasaan sampai kepada rasa, manakala rasa itu didapat digambarkan bentuknya, rupanya dan luahannya. Rasa itulah Ghaibul Ghuyub dan rasa inilah berkait dengan niat. Itulah sebab Niat merupakan salah satu rukun dalam solat yang merupakan rukun pertama.

Usul:
Setelah mengambil wuduk, terus ke sejadah, dan kebanyakkan orang melafazkan "Usolli far....", manakala ketika melafazkan "Usolli..." di dalam hati. Bersambung......

Mendudukkan Sesuatu Perkara Takdir Baik Buruk

"Setiap orang itu dimudahkan untuk melakukan sesuatu yang kerananya ia diciptakan." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim juga disebutkan, Ali r.a berkata, "Kami sedang menghadap jenazah dan ketika itu, Rasulullah s.a.w juga hadir. Lalu baginda duduk sambil memegang tongkat dan memukul-mukul tongkat itu ke tanah. Kemudian baginda mengangkat kepala lantas bersabda,

"Setiap yang bernafas telah ditetapkan tempatnya di neraka atau di syurga. Telah ditetapkan baginya, apakah dia akan bahagia atau sengsara."

Ali berkata, "Lalu salah seorang Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tidakkah kita berdiam diri sahaja dan tidak usah bekerja? Sebabnya, barangsiapa telah ditakdirkan bahagia, tentu dia akan bahagia. Dan barangsiapa ditakdirkan sengsara, tentu dia menjadi sengsara."

Lalu dijawab oleh baginda,

"Bekerjalah kerana sesungguhnya setiap orang itu dimudahkan untuk melakukan sesuatu yang telah ditakdirkan. Adapun orang bahagia dimudahkan untuk melakukan sesuatu yang menyebabkannya bahagia. Dan orang sengsara dimudahkan untuk melakukan sesuatu yang menyebabkan sengsara."

Kemudian baginda membacakan firman Allah Taala yang bermaksud:

"Adapun orang yang memberikan (hartanya pada jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan berasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.(Al-Lail, 5-10)

Huraian isi :
Setiap manusia ditetapkan kebaikan dan kecelakaan ke atas dirinya bergantung kepada apa yang diusahakannya. Maksud ditetapkan manusia celaka atau bahagia bermaksud dipermudahkan manusia melakukan kebaikan jika dia di jalan kebaikan dan dimudahkan manusia melakukan kejahatan jika dia di jalan celaka. Mudah-mudahan kita adalah antara insan yang suka berbuat kebaikan.AMIN.............

Labels