Monday, June 09, 2008

Pengalaman Kerohanianku Sejak Aku Terlibat Dalam Kemalangan pada 19.04.2008

Booommmmm!!!....masih aku teringat lagi pengalamanku ketika aku terlibat dalam kemalangan pada hari sabtu sewaktu aku pulang ke kampung bersama-sama adikku untuk menghantarnya pulang bercuti.Terlalu kuat dentuman yang aku dengar ketika itu.Yang benar aku melihat sendiri bagaimana ketika itu, bas transnasional dipandu laju dari cermin pandang belakangku sedangakan aku pula tidak dapat berbuat apa-apa pada ketika itu.Hanya mampu ku sebut nama "ALLAH" di dalam qalbuku.Kedengaran jelas sebutan Allah ditelingaku walaupun aku tidak mengucapkannya dengan mulut dan lidah, hanya di dalam qalbuku.

Darah berlumuran ditanganku, aku periksa tangan dan jari jemariku satu persatu, ku periksa juga peha serta kaki ku satu persatu.Alhamdulillah aku masih mempunyai anggota yang sempurna.Aku terus memandanga adikku, aku takut dia cedera..Tetapi sebaik sahaja kereta myvi putihku 1.3 dilangar oleh bas transnasional dari belakang, adikku cepat-cepat keluar dari keretaku dan mungkin dia memeriksa sejauh mana tahap kerosakkan pada keretaku.Aku rasa lemah dan tidak bermaya, teringat aku pada cd yang sempat aku dengar sebelum aku kemalangan.Cd itu aku beli semasa kuliah usuluddin ku di sekolah maahad tahfiz yang berdekatan dengan zoo negara.Teringat di mana guruku ustaz deng menerangkan mengenai rukun islam...Bagaimana hendak menjadi orang islam? apa itu islam? apa itu syahadah?apa itu solat?apa itu puasa?apa itu zakat?apa itu haji?...sayup dalam hatiku merasakan masaku mungkin telah tiba.

Tapi aku jauh sekali tidak merasakan kesakitan, mungkin disebabkab pelanggaran yang terlalu kuat dan laju atau kerana keasyikkanku serta tawakalnya aku pada Allah s.w.t. Sempat bagi aku ketika sebaik sahaja kemalangan tersebut, aku mengisi perutku dengan zikir yang diajar oleh guruku Ismail ajaran Kebatinan Budi Suci Sejati.Aku serahkkan diriku pada Allah ketika itu dan aku redha.

Sebaik sahaja adikku keluar memeriksa kenderaan ku, dia terus mendapatkan ku yang masih berada di dalam kereta.Habis hancur kereta yang banyak berjasa kepadaku ini...lebih dari separuh kerosakkan yang keretaku alami, hanya tepat-tepat dibelakang kepalaku sahaja keretaku ranap, aku tidak dapat bayangkan jika kereta itu ranap lebih dari kepalaku, pasti aku mati dalam keadaan kepala yang hancur dan pasti gambarku ditangkap serta dipamerkan pada orang ramai sama ada di dalam suratkhabar ataupun seminar-seminar keselamatan jalan raya.Adikku terperanjat dengan keadaanku, darah membasahi muka dan tanganku, adikku dengan cepat menghulurkan kain pelekat yang ada dalam laci depan keretaku supaya aku dapat menahan lukaku.

Kain itu aku bawa kemana-mana sahaja supaya aku dapat beribadat kepada Tuhanku.Pesan guru supaya menjaga kebersihan diri dan badan sewaktu sebelum memulakan solat.Lebih elok seluar ditukar kain dahulu kerana mungkin selepas ku buang air, seluarku terdapat kekotoran yang halus lagi halus.Semasa badanku lagi lemah,adikku menyuruhkan membuka pintu ku supaya aku dapat kelaur dari kereta itu dengan mudah, tetapi pintuku telah tersekat akibat dari kemalangan dengan bas itu.Lemah badanku mengingatkan aku kepada apa yang terdapat dapat hakikat wuduk yang diajar oleh guruku Ismail dan Deng.Sesungguhnya aku lemah, tiada kuat dan berdaya melainkan Allah sahaja.Dalam dudukku yang lemah,ku cuci mukaku dari kekotoran dan bermuka-muka terutamanya kepada Allah, ku cuci tangan ku dari kekuatan makhluk, ku cuci kepalaku dari kepandaian makhluk, ku cuci telingaku supaya aku dapat mendengar kebesaran serta kasih sayang Allah, ku cuci kakiku supaya tetap perjalanan ku dalam menghadapi ujian dan maut.

Bisikan hatiku menyuruhku bersabar kerana inilah yang perlu ku lalui bagi menempuh jalan yang lurus.Ujian dan ujian.Baru beberapa minggu lepas, tunangku meminta supaya diputuskan hubungan antara kami.Aku redha dan tawakal kepada Allah.Doaku pada Allah supaya dapat menjadi insan yang kamil mukamil serta dapat pula membimbing bakal isteriku ke jalan Mu Ya Allah.Aku juga bercita untuk menjadi anak yang Soleh kepada ibu bapaku.Tiap masa dan detik ku berdoa agar terbuka hati mereka untuk mempelajari apa yang telah ku pelajari dari guruku Ismail jika apa yang ku pelajari adalah yang benar-benar haq dan diredhai Allah.Tidak terlepas dari itu, aku sering berdoa agar tunangku terbuka hati bagi mempelajari juga apa yang telah ku ketahui dari guruku Ismail.

Aku redha dengan keputusan tunangku untuk putus.Tetapi Allah amat mengasihi diriku, dan melembutkan hati tunangku.Dia memohon maaf kepadaku dengan perbuatan yang bermakna bagiku.Dia juga berjanji akan memahami diriku serta keluargaku.Dengan hati yang berharap, aku temukan tunangku dengan ibu bapa ku supaya dia dapat memohon maaf sendiri kepada mereka.Aku harap aku tidak mengecilkan hati ibu bapa ku Ya Allah...Kini tunangku bersedia untuk mempelajari apa yang ku ketahui dari guruku Ismail.Aku gembira dan bersyukur atas pemberian dan kurniaan Allah kepadaku.

Hari berlalu dan minggu depan akan ku bawa tunangku menghadap guruku Ismail.Sebelum aku pulang ke kampung bersama adikku, kami singgah di rumah guru kami Ismail dan ku ceritakan hasrat ku untuk membawa tunangku berjumpa dengannya.Guruku senang dengan permintaan ku.Ditunjuk guruku mengenai salasilah perjalanan zikir yang telah ku bait dengannya.Aku dan adikku bertuah kerana dapat mengetahui perkara tersebut.Bertambah kuat keyakinanku disebabkan rantai zikirku lengkap sampai ke saidina Ali serta Rasulullah s.a.w sendiri.Nikmat yang tak terhingga bagiku..ALHAMDULILLAH.

Ku pandang ke cermin pandang belakangku dan aku lihat dahiku terkoyak agak dalam.Mataku seperti hendak terkeluar dari tempatnya.Aku hanya mampu melihat dengan redha atas apa yang terjadi kepadaku.Allah Maha Berkuasa...Aku mengingsotkan badan ke tempat duduk adikku supaya aku dapat keluar dari kereta myvi ku itu.Adikku memapah diriku dengan berhati-hati.Terdengar suara yang ingin membawa ku ke hospital.Adikku meminta supaya orang lain yang mempunyai kereta yang bakal menghantarku kerana suara tadi memandu trak besar yang berada jauh di hujung jalan.Agak sukar untuk aku berjalan dengan keadaan yang lemah yang tidak bermaya ini.

Aku dibawa ke Klinik Kesihatan Jelai supaya kening dahiku dapat dijahit.Aku terpaksa meninggalkan adikku dan kepada dialah aku lepaskan urusan bagi menguruskan kenderaanku dan memberitahu keluarga kami akan keadaan ku.Aku senyum di dalam kelemahan.Tiada yang mustahil bagi Allah...

Ibu bapa, tunang serta adik beradikku amat terkejut dengan kejadian ini.Selepas aku dijahit, aku dibawa menaiki ambulan ke hospital segamat.Sebelum bertolak, aku berkeras supaya menunggu adiku, agar kami dapat menaik ambulan itu bersama-sama ke segamat.Walaupun keadaan ku lemah dan parah, tetapi sebagai seorang abg, aku masih risaukan adikku.Aku sayang adikku, dan aku ingin jadi abg yang baik baginya.Tapi buat masa ini, aku hanya mampu berdoa akan keselamatan dirinya serta Allah memudahkan urusan yang dijalankannya.

Aku tetap bersyukur kerana, walaupun adikku menaiki kenderaan ku dan sama-sama terlibat dalam kemalangan, hanya diriku yang parah dan cedera teruk dibahagian mata.Aku lebih rela aku menanggung segala kesakitan serta kepayahan ini dari aku menyaksikan adikku yang menanggungnya.Syukur adikku tidak cedera sepertiku.Dalam perjalanan kami, aku senyum melihat adikku manakala adiku menangis melihatku.Ku katakan kepadanya, "Sabar...buat apa nak di sedihkan, kita kena redha, Allah sungguh berkuasa"...kata-kata itu terpantul dari mulutku tanpa ku sedari..Aku senyum kepada adikku.

Sewaktu pulang di kampung, aku dan adiku selalu menemui seorang tua bernama Syuib.Wak Syuib sering menasihati aku dan adikku dan menunjukkan kami jalan lurus lagi hakikat makrifat.Bukanlah calang-calang orang wak ini.Teringat aku pesannya dan kiasannya, untuk menaikki darjat, perlulah menaikki tangga, untuk menaiki tangga perlu menerima ujian.Barulah sesuai dengan martabat.Aku kuatkan tauhid dalam hatiku, yang ku nampak adalah sifat-sifat Allah, kuasa-kuasa Allah, perbuatan-perbuatan Allah, aku terasa amat dekat dengan-Nya.

Ku pesan kepada adikku supaya kuatkan semangat serta mempraktikkan apa yang telah kami pelajari sama ada dari guru kami Ismail, guru kami ustaz Deng dan guru kami Syuib.Ku juga pesan supaya tabah supaya dia dapat menjaga ibu bapa ku, kerana maklum ibuku mempunyai darah tinggi dan bapa ku mempunyai darah rendah.Kedua-duanya tidak boleh stress dan risau.Aku seboleh-boleh tidak mahu menyusahkan hati dan perasaan ibu bapaku serta orang disekelilingku.Andai ini menjadi al sebab kematianku, aku redha.

Setelah Beberapa Minggu

Kini aku rasa lebih semangat dan sihat.Tubuhku yang dulu layu diganti dengan kekuatan yang baru dan segar.Setiap isi perjalanan darah dan nafasku, ku isi dengan zikir mengingati Allah.Mata ku yang dulu bengkak telah surut dan beransur pulih sedikit demi sedikit.Cuma doktor mengesahkan tulang pipi kananku patah dan memerlukan pembedahan.Aku tidak meneruskan pembedahan mata dan mencuba perubatan homeopati dan tradisional.Hingga kini aku masih dalam berubat dan perlu makan ubat setiap hari.

Sebelum pulang ke putrajaya, aku dan ibu bapa ku singgap ke rumah guruku Ismail untuk tujuan mengubati diriku dan mengambil air bai adikku.Setelah sampai dirumahnya, dengan sendirinya aku berkata kepada guruku bahwa bapaku ingin mempelajari apa yang ku pelajari darinya.Kebetulan sewaktu kami datang, tidak lama selepas itu,ada rombongan sekeluarga datang dari kluang.Dari Ibu, bapa dan anak semuannya datang bagi meneruskan pengajian yang telah ku lalui beberapa tahun lepas.Mereka datang setelah anak mereka yang menuntut di kolej Islam mempelajari dari anak murid guruku Ismail di Kajang.

Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan adanya mereka, pandangan ibu bapa ku berubah atas apa yang ku pelajari.Dibuka oleh makcik dalam rombongan tersebut mengenai rahsia dan manfaat mempelajari pengetahuan tersebut.Dari situ Allah telah bukakan pintu hati ibu bapa ku.Mereka bersetuju untuk mempelajari malah, akan ku bawa sekali ibu saudaraku bersama-sama ibubapaku selepas ini bagi mengambil baiat seperti yang rasulullah s.a.w lakukan bersama para sahabat.Yang haq tetap haq dan yang batil pasti akan pergi.Walau bagaimanapun cubaan dan dugaan, jika tetap berpegang pada Syahadah dan keredhaan Allah, pasti Allah bukakan jalan walau sesempit mana sekalipun perjalanan yang bakal dilalui.

Bagi Tunangku pula, akan ku bawanya sebelum kami melangsungkan perkahwinan kami tidak lama lagi.Bagi sesetengah orang, mungkin peristiwa ini akan mengugat kepercayaan mereka kepada Allah serta kepada apa yang mereka pelajari.Tetapi bagiku, tauhidku semakin kuat, kepercayaan imanku semakin utuh dan aku makin mengingati Allah setiap masa dan waktu.Doa ku supaya Allah bukakan pintu hati ibu bapaku serta tunang ku untuk mempelajari apa yang ku pelajari dari guruku Ismail jika apa yang ku pelajari adalah yang haq dan diredhai Allah di makbulkan Allah.Alhamdulillah Syukur...

Aku lebih memahami apa yang aku telah pelajari dari guru-guruku.Aku dapat melihat dari sudut lain yang orang jarang melihat.Aku berdoa agar aku berjaya di dunia dan akhirat.

Labels