Wednesday, May 18, 2011

Berpegang kepada TALI ALLAH...


Assalamualaikum dan Salam serta Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kita mulakan sesi percambahan fikiran dengan sepotong ayat Quran Surah Ali Imran, 3:103 "Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".

Kita tambahkan lagi idea dengan ayat dalam surah yang sama Ali Imran, 3:112 "Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia".

Jadi APAKAH yang dimaksudkan TALI ALLAH??? Tali itu KUAT, sebagai PEMBANTU, sebagai PETUNJUK kepada KESELAMATAN, dibuat daripada bahan yang lembut tetapi hasilnya menjadi KUAT.

Mari kita sama-sama dengarkan hadith daripada Rasulullah S.A.W iaitu
"Ia (al-Quran) ialah TALI ALLAH yang kuat dan jalan-Nya yang lurus".

"Sesungguhnya jalan itu adalah tempat lalu lalang, syaitan-syaitan selalu datang kepadanya. Wahai Abdullah! Ambillah jalan ini, kemarilah, tempuhlah jalan ini. Maka mereka berpegang kepada tali Allah kerana sesunguhnya tali Allah itu adalah al-Quran"

"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya Allah meredhai tiga perkara dan memarahi (murka) tiga perkara: Allah redha kepada kamu apabila kamu mengibadahiNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, berpegang teguh kepada tali Allah dan tidak bercerai-berai, dan kamu sentiasa menasihati pemimpin yang diangkat Allah menguruskan urusanmu. Dan Allah marah (murka) kepada kamu tiga perkara: Memperkatakan itu dan ini (banyak berdebat), banyak bertanya dan boros (menyia-nyiakan) harta".

Jadi JELAS bahawa yang dimaksudkan TALI ALLAH adalah Al-Quran sebagai peganggan.

Apa pula AL-Quran??? dalam erti kata SEBENAR???

Jadi di mana letaknya TALI ALLAH???

Perasaan ini tidak dapat digambarkan... seperti rasa masin, manis, sakit, sejuk semuanya tidak dapat digambarkan. Setiap manusia mempunyai penerangan yang berbeza mengikut tahap masing-masing.

Amanah yang dibawa dan perjanjian antara Hamba dan ALLAH tetap ada walaupun tanpa kita SEDAR... Itulah yang menjadi kekuatan dan TALI kepada kita sebagai umat yang digelar UMAT MUHAMMAD.

Di akhir coretan ini, mari kita sekali lagi mendengar hadith daripada Nabi Muhammad S.A.W : "Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, sesiapa yang berkata dengannya benar, beramal dengannya mengikut petunjuk dan sesiapa berpegang kepadanya mendapat hidayah ke jalan yang lurus".

Tiada apa yang TERBAIK lagi selain MENDAPAT JALAN yang LURUS... Maka gengamlah TALI ALLAH dengan ERAT... AMIN...

ILMU YANG MEMBERI MANFAAT...


Assalamualaikum dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Segala Pujian bagi ALLAH Tuhan seru sekalian ALAM.

Telah beberapa lama kita tidak bersua dengan isu yang segar. Kali ini mari kita tumpukan kepada ASAS. ASAS dalam menuntut ILMU yang bersesuaian dengan manusia yang bergelar UMAT MUHAMMAD.

Secara ASASnya, semua ILMU adalah MILIK ALLAH. Dan secara ASASnya hukum itu duduknya pada HARUS. Jadi harus bagi kita menuntut ILMU. Tetapi adakah semua ILMU perlu dituntut? Apakah yang membezakan orang yang berAKAL dengan orang yang tidak berAKAL?

Dalam menentukan sesuatu perkara perlulah kita rujuk kepada Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias. Mari kita sama-sama menggunakan Ijmak pada kali ini. Imam Al-Ghazali ada menyebut dalam Kitabnya Bidayah Al-Hidayah:"Dan Ilmu yang memberi manfaat itu iaitu barang yang menambahkan takutmu akan ALLAH taala, dan menambah pula di dalam penglihatan hatimu dengan kecelaan dirimu, dan menambah pula di dalam pengenalanmu akan ibadah kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia dan Yang Maha Tinggi, dan menggurangkan akan gemarmu kepada dunia, dan menambah gemarmu kepada akhirat, dan membukakan ia akan mata hatimu dengan membinasakan akan amalmu hingga engkau memelihari diri daripadanya, dan melihatkan ia akan dikau atas tipu daya syaitan dan perdayanya".

Jadi KESIMPULANNYA...ILMU yang BEGINILAH PERLU KITA TUNTUT... AMIN...

Labels