Friday, October 01, 2010

MENGENAL RAJA...

Assalamualaikum dan selawat salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W... Sesungguhnya kasih dan pengorbanan baginda kepada Umat Muhammad adalah TIADA TANDINGAN...

Pada kali ini, secara ringkasnya kita akan membincangkan dan berkongsi mengenai tajuk Mengenal Raja... Ini merujuk kepada unsur-unsur dalam DIRI kita sendiri... Oleh kerana hukum itu jatuh dalam lingkungan 4 iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Maka pada kali ini mari kita membawa unsur Qias supaya lebih jelas.

Qiasnya adalah seperti sebuah kerajaan semestinya mempunyai Raja (Pentadbir) bagi mentadbir negeri tersebut. Maka daripada pentadbiran Raja tersebut maka suburlah segala tanaman.. tiada rakyat yang kebuluran.. tiada masalah sosial dan sebagainya... Maka persoalannya, apa dia Raja bagi DIRI KITA???

Ya!!!!!!jawapannya adalah HATI!!!................

Maka HATIlah yang akan menguasai segala sesuatu. Memerintah kaki, memerintah tangan, memerintah segala sesuatu.

Thursday, September 30, 2010

BACAAN TAHLIL YASSIN ANTARA AIR KOSONG DAN AIR DIRI???

Assalamualaikum dan Selawat Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W...

Berkati PERJALANANKU INI...AMIN...

Pada tempoh hari, aku ada menyertai Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Surau tempat aku duduki. Semasa majlis bacaan Surah Yassin baru sahaja dilakukan, aku lihat ada beberapa orang yang membawa botol-botol air berisi air kosong dan diletakkan botol-botol tersebut di tengah-tengah. Aku tahu niat mereka ini baik, tetapi HATIku terdetik. "Alangkah sayangnya mereka beria-ria meletakkan air kosong itu (bertujuan supaya bacaan dan keberkatan bacaan Surah Yassin tersebut akan masuk ke dalam air tersebut seterusnya boleh diminum untuk dibuat ubat, air penerang hati dan lain-lain - aku tidak tahu tujuan mereka) di tengah-tengah dengan mengharapkan dapat menggunakan air itu kemudian hari, sedangkan pada DIRI mereka sendiri ada AIR yang kekal.. AIR itulah yang sepatutnya mendapat manfaat daripada perkara Tahlil ini...

Seperti mana yang kita tahu, jasad kita ini terdiri daripada 4 unsur iaitu Tanah, Air, Angin dan Api...Mengapa tidak kita kenal unsur-unsur tersebut dan AIR nya lebih SEGAR dan KEKAL berbanding AIR KOSONG yang KOSONG!!!.... Walau bagaimanapun, aku tidaklah menyalahkan dan mengatakan bahawa aku sahaja yang betul!!! tapi begitulah KEHIDUPAN... dan yang menjalankan kehidupan yang bernama MANUSIA...

KELEBIHAN MEMBACA "AMIN" SESUDAH AL-FATIHAH

Assalamualaikum dan selamat kepada semua saudara seIslamku...

Pujian dan syukur ke Hadrat Allah, dengan-Nya terhurailah segala simpulan ikatan...

Pada kali ini suka untuk saya membincangkan berkenaan kelebihan membaca AMIN setelah selesai membaca Al-Fatihah. Sesungguhnya segala sesuatu mempunyai adab dan cara, adalah amat elok sekiranya Penghulu Surah Al-Fatihah diselesaikan bacaan dengan membaca AMIN...

Secara ringkasnya mari kita pecahkan huruf AMIN itu tadi bersama-sama:

Alif

Mim

Ya'

Nun

Ada kesemuanya 4 huruf... Kitab Samawi juga 4 iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran... Sendi agama juga 4 iaitu Islam, Imam, Tauhid dan Makrifat... Asal manusia itu juga 4 iaitu Wadi, Mazi, Mani dan Manikam... Asal pertama itu juga 4 iaitu Ujud,Ilmu, Nur, Syuhud. Asal kejadian zahir itu juga 4 iaitu Tanah, Air, Angin dan Api... Kebesaran Allah itu lingkungan 4 iaitu Dzat, Sifat, Asma' dan Afaal... dan macam-macam lagi huraian yang bertujuan untuk MEMAHAMKAN MAKSUD...



Dari huruf-huruf AMIN itu mari kita sama-sama pecahkan maksudnya:

Alif - Faedahnya agar dilepaskan oleh Allah Ta'ala melalui titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar derasnya.

Mim - Faedahnya disentosakan oleh Allah Ta'ala daripada hangusnya api neraka jahanam.

Ya' - Faedahnya dimasukkan oleh Allah Ta'ala ke dalam syurga dengan tiada dihisab lagi.

Nun - Faedahnya diwajibkan oleh Allah Ta'ala mendapatkan keampunan ke atasnya serta diberi Allah Ta'ala sebaik-baik kematian.

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada kita, menjadi GULA-GULA JASAD seterusnya membentuk DIRI menjadi HAMBA ALLAH yang SEJATI... AMIN...

Monday, September 27, 2010

AnakKu Semakin Membesar...

Assalamualaikum dan Sejahtera ke atas semua Mukmin dan Umat Muhammad.

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan kepada kita bermacam-macam nikmat sehingga tidak dapat dikira dan dihitung. Malah tidaklah dapat kita membalas nikmat Allah ini melainkan kita belajar menjadi insan yang bersyukur... Belajar menjadi HAMBA... Belajar menjadi FAKIR...

Saya bersyukur kerana anak saya sekarang telahpun membesar dengan sihat. Rasa terharu melihat si kecil membesar di hadapan mata. Melihat satu per satu pelajaran yang diterima olehnya daripada Allah Yang Maha Esa...TQ Allah...



Aku doakan engkau mendapat REDHA ALLAH...AMIN...

Dikesempatan ini, saya ingin memberi maklumat berkenaan eBook terbaru tulisan saya yang telah berada di pasaran. Ia mengandungi beribu nama-nama anak untuk anda pilih dan yang paling bagus, buku ini mengajar anda teknik rahsia bagaimana untuk memilih nama anak dengan teknik pengiraan berdasarkan 4 unsur. Ia juga dilengkapi dengan teknik pengiraan nama bagi pasangan dan ilmu pelangkah. Bonus bagi pembelian eBook ini adalah Al-Quran Digital lengkap berserta Grafik yang menarik dan lengkap dengan hukum-hukum tajwid bagi memudahkan pemahaman anda mengenai Al-Quran. Di samping itu, terdapat dua lagi eBook bagi Bonus Bonanza iaitu Buku Menjana Kewangan Melalui Google Adsense dan Buku Banner Animasi Photoshop iaitu sesuai bagi menambahkan pengetahuan anda terhadap dunia internet tanpa sempadan.

Sila klik di sini untuk penerangan lanjut.

Labels