Wednesday, December 20, 2006

Lawak Kureng Asam...

"Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.
"

Panduan Untuk Rakan-Rakan...

Berikut disenaraikan gugusan kehendak wanita dari segi seks. Sumbernya adalah dari aduan kaum wanita sendiri akibat kecewa dengan sikap lelaki. Ianya bukan bermaksud seorang wanita itu mahukan kesemua yang disenaraikan, ianya bermaksud wanita itu ada berbagai kehendak dari segi ini dan masing-masing punya keperluan yang berbeza: Kehendak Wanita Dari Segi Seks

* Lelaki patut lebih ceria semasa melakukan seks.
* Makan malam bersama dan bersuap-suapan makan ke mulut pasangan sebelum melakukannya.
* Tidak suka lelaki menghimpit kerana sukar bernafas.
* Gembira jika inzal tapi tak perlu inzal untuk merasa puas, asalkan suami dapat beri kemesraan.
* Tidak suka lelaki yang pentingkan dir sendiri. Suka lelaki yang ambil berat tentang kehendak pasangan.
* Gembira jika lelaki dapat menenangkan hatinya sebelum melakukannya.
* Suka jika lelaki melayaninya seolah-olah mereka melakukannya buat pertama kali. Lelaki itu patut mengasihi serta lemah-lembut.
* Lebih suka disentuh dan dirangkul berbanding inzal bila melakukannya.
* Gembira jika boleh memberitahu lelaki apakah perasaannya bila melakukannya dan lelaki itu memahaminya.
* Suka hatinya bila lelaki berkata bahawa dirinya cantik menawan.
* Perlukan masa untuk menyegarkan badan serta berdandan sebelum melakukannya.
* Tidak suka melakukannya dalam keadaan yang tergopoh-gapah.
* Suka jika lelaki mengejutkannya dari tidur dengan cara mencium tubuhnya.
* Merasa gembira bila lelaki memuji bahagian demi bahagian dari tubuhnya.
* Gemar melakukan diwaktu pagi.
* Suka berendam dalam air sebelum melakukannya.
* Gemar jika lelaki bergilir-gilir melakukannya sekali untuk pasangannya, kemudian untuk dirinya pula.
* Gembira jika dipanggil dengan nama-nama manja sebelum melakukannya.
* Benci bila melakukannya setelah selesai saja makan malam.
* Tidak suka lelaki yang gelojoh di atas ranjang, sepatutnya bertenang dan jangan terkejar-kejar tidak tentu hala.
* Tidak akan merasa jemu mendengar lelaki memuji betapa jelitanya dia.
* Gembira jika lelaki menumpukan perhatian pada dirinya bila melakukannya, bukan pada benda lain.
* Tidak suka jika lelaki memakai minyak wangi yang tidak sedap baunya.
* Suka jika lelaki memberitahunya apakah yang telah dilakukannya dengan betul, bukan hanya kesalahannya.
* Gemar jika lelaki yang membukakan pakaiannya.
* Suka berjanji dulu pada hari bila dan waktu bila mahu melakukannya, dan janji itu perlu ditunaikan.
* Gembira jika lelaki menunjukkan kasih sayang setelah melakukannya melebihi masa sebelumnya.
* Suka melakukannya dalam suasana udara yang hangat.
* Gemar hanya melakukan di atas ranjang.
* Tidak gemar bila lelaki menunjukkan kegagahan dan kekerasan semasa melakukannya.
* Gembira mendengar sesuatu yang menghairahkan dikatakan oleh lelaki sebelum melakukannya.
* Tidak suka jika lelaki membawa makanan ke ranjang.
* Tidak suka melakukannya jika malam sudah terlalu lewat.
* Tidak gemar bila lelaki melakukan cara yang sama saja setiap kali bersama.
* Gemar jika lelaki membelai-belai rambutnya sebelum melakukannya.
* Benci bila lelaki terus mencabut keluar zakarnya sebaik saja inzal.
* Gembira jika lelaki berkata dengannya pada masa itu dengan nada suara yang rendah dan dalam.
* Tidak suka pada lelaki yang memaksa.
* Suka jika lelaki meniup-niupkan nafas yang hangat ke telinganya.
* Suka lelaki yang berterus-terang apakah kelemahan lelaki itu dari sudut seks.
* Tidak suka lelaki yang serta-merta mahu memulakannya tanpa ringan-ringan.
* Gembira jika jari kakinya diurut terlebih dahulu.
* Tidak suka lelaki yang melakukannya sebelum lelaki itu mandi.
* Tidak suka lelaki yang mencakar-cakar tubuhnya dengan rakus.
* Gemar jika lelaki berada di atas dan mengawal aktiviti.
* Tidak suka melakukannya bila anak-anak masih jaga atau ada di rumah.
* Suka dan akan melayani sepenuh hati lelaki yang kuat bekerja mencari nafkah utnuk keluarga.
* Gemar menunggu melakukannya dalam keadaan cahaya terang.
* Gembira melakukannya sambil muzik lembut berkumandang.
* Gemar jika lelaki melakukannya dengan lemah-lembut dan perlahan.
* Suka jika lelaki menghadiahkan padanya bunga.
* Gemar jika lelaki tunjukkan kasih sayang yang tinggi semasa melakukannya.
* Menganggap rahsia seks ialah kejujuran.
* Sama ada inzal atau tidak dan berapa kali inzal tidak penting.
* Adakalanya mahu memberi, adakalanya hanya mahu menerima.
* Gemar disentuh sebelum, ketika, setelah dan luar masa melakukan seks.
* Gembira jika lelaki menjilat sekitar payudara kemudian meniupnya dengan lembut.
* Suka jika lelaki itu merasa bangga ketika bersamanya.
* Perlukan perhatian dan masa.
* Suka jika ia dapat berterusan sepanjang malam.
* Gembira sekiranya lelaki menyatakan perasaan nikmatnya bila melakukannya.
* Suka jika zakar disorong lambat dan ditarik dengan cepat semasa dayungan.
* Gemar jika lelaki peka kepada kehendak dan perasaannya.
* Suka jika berpegangan dan berpimpin tangan.
* Suka sekiranya seks itu menjadi menifestasi cinta.
* Gembira diperlakukan dengan kasar.
* Tidak gemar jika seks di anggap oleh lelaki sebagai rutin kerana itu tidak menyeronokkan.
* Gemar meraba dan diraba hingga tidak tertahan lagi kegelian.
* Selepas melakukannya suka tidur di dalam rangkulan lelaki.
* Suka jika lelaki melakukan sesuatu yang memeranjatkan di ranjang.
* Gembira kerana lelaki melakukannya bersamanya setiap hari dengan kata dan layanan yang baik.
* Suka jika lelaki menggunakan tangannya untuk menjelajah ke seluruh tubuhnya dan betisnya dibelai.
* Tidak pernah masuk tidur dengan keadaan marah atau bosan, semua masalah diselaiskan dahulu.
* Gemar jari-jarinya disedut oleh lelaki.
* Seks patut mengembirakan bukan sesuatu yang menyedihkan hati.
* Mesti mahukan inzal bila melakukannya.
* Suka meletak bantal di bawah pinggul bila melakukannya dalam keadaan lelaki di atas dan dia baring terlentang.
* Gemarkan posisi-posisi baru.
* Suka jika payudara diramas dengan lemah-lembut seolah-olah menjaganya jangan pecah.
* Rasa istimewa bila lelaki memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi.
* Tidak sudi kepada lelaki yang tidak mempunyai perasaan kepadanya.
* Semasa di ranjang mahu dianggap sebagai wanita sempurna segala segi.
* Lelaki yang lemah-lembut dan baik hati menjadi idaman.
* Melakukannya di tempat ganjil menjadi hobi.
* Sanggup menjadi hamba seks lelaki asalkan lelaki pun begitu.
* Lebih lama lelaki bersabar sebelum memulakannya, lebih cepat wanita inzal.
* Mahu tahu apa yang lelaki tertarik dengan dirinya.
* Suka lelaki yang bersopan.
* Lebih suka jika lelaki tunjukkan kasih sayang dengan cara bukan seksual.
* Suka jika dapat tentukan sendiri masa untuk melakukannya, tidak hanya lelaki sahaja.
* Saya tidak mahu seks, saya mahu memadu cinta.
* Gembira jika lelaki menyuruhnya memainkan peranan aktif sekali-sekala.
* Suka lelaki yang bersabar.
* Gemar bergurau senda selepas melakukannya dan anggap itulah paduan cinta yang sebenar.
* Suka cara yang berbeza-beza.
* Gemar jika dicium lembut sambil masuk ke kamar.
* Rasa selesa dan selamat melakukannya dengan lelaki yang setia.
* Benci bila lelaki menolak ajakannya.
* Gemar jika lelaki memegang tangannya sambil masuk ke kamar.

Panduan untuk yang berkahwin dan akan kahwin

Sunday, December 10, 2006

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

ADAB UZ-ZIFAF


Ahmad telah menceritakan :
“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”

Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”

Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”

11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”


ANJURAN BERJIMA’

24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.”

25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada’ dan Qadar Allah).”

26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.”

27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”

28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”

29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”

30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”

31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),”

“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”…..1*

(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Monday, December 04, 2006

Hari Yang Memenatkan


Aa....Sungguh cantik pemandangan nie...menenangkan hati...Hari nie hari yg memenatkan bagi aku.Tak sangka aku lepas 2 tahun berhempas pulas ( taklah study sangat.hehehe ) dalam UiTM, aku sudahpun menghabiskan pelajaran ku di Menara Gading.Sungguh cepat masa berlalu.Teringat aku pada Firman Allah S.W.T bahawa "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri berusaha untuk mengubah diri mereka sendiri". Aaaa...sungguh banyak permainan di dunia nie.

Sekian lama aku menulis di blog ini aku tak banyak bercerita mengenai diriku.hehehe mungkin takde idea.Hari ni baru aku tergerak ahti untuk cerita-cerita,tulis-tulis sket.Sekarang aku sedang sibuk untuk menghabiskan kursus CERT aku iaitu CCNA.CCNA nie klau senang cakap mcm CIMA dan ACCA dalam accounting tapi ini lebih pada Computer Network.So, lepas aku abiskan Kursus CCNA nie aku akan start keje kat jalan traves mungkin pada awal bulan 1.Niat hati nak bercuti sekejap lepas abis blaja ijazah tapi aku nie bukan orang senang,aku kenalah keje nak cari duit.Banyak pengalaman aku blaja di Shah Alam nie,susah dan senang...Tapi klau mak ayah aku tanye aku cakap ok je,tak tahu nak bgtau ape,pada aku diorang dah bagi ilmu dan pelajaran pada akupun dah cukup.PTPTIPU pun aku dah abiskan.Powerkan....hehehe.Lepas nie kuar dah jadi penghutang terhormatlah aku.

Aku harap keje aku nanti ok dan berjalan lancar..Tiada masalah...Nak kene kumpul duit plak untuk diri sendiri,masa depan...tolong mak ayah skali...:D Aku dah blaja Kebatinan dalam masa 6 tahun lebih kurang,banyak benda yg aku tempuh...terutamanya penyakit-penyakit hati dan sekarang aku masih menghidap penyakit-penyakit tue dan dalam proses untuk jadi insan yg kamil mukamil.Harap Allah Redhai dan Berkati aku,perjalanan aku....

OK sekarangpun dah kul 7 lebih dah..aku kene mandi dah, siap2 semua...so..lepas nie kite akan kupas lagi mengenai ilmu-ilmu dan sambil tue bercerita-cerita santai.So...don't miss to check my blog huh...hehehe.

Monday, October 16, 2006

Kisah Adam dan Hawa

Syurga yang serba nikmat

...egala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.

(Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

Friday, October 13, 2006

Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah ketika memasuki syurga dengan diiringi Jibril, melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di hati manusia.

Sesungguhnya syurga itu ada lapan jenis.

Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kubah lu'lu' yang ternganga dan Baginda terlihat pada pintu syurga tertulis ayat berbunyi: "Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda."

Rasulullah hairan mengapakah memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, lantas Baginda pun bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu.

Kata Jibril: "Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat."

Kemudian Rasulullah berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di situ ada juga buah delima dan segala macam buah kayu. Kemudian keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seperti unta.

Rasulullah terlihat pula telaga Al-Kausar. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu`lu' yang besar, airnya mengalir masuk ke hudh (kolah) Rasulullah.

Bejananya (timba) seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian keluarlah Rasulullah dari syurga itu.

Nabi Muhammad kemudian diperlihatkan keadaan neraka. Dalamnya ada ghadaballah (kemarahan Allah) terhadap musuh-Nya dan yang ingkar perintah-Nya. Jika dijatuhkan batu atau besi ke dalam neraka itu, nescaya hancur lebur ia dalamnya.

Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kaum memakan bangkai. Bertanya Baginda kepada Jibril: "Siapa ini, wahai Jibril?"

Jawab Jibril: "Inilah mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat."

Baginda juga dapat melihat malaikat Malik penjaga pintu neraka, lalu ia memberi salam kepada Rasulullah. Rasulullah menjawab salam Malik. Malik ialah malaikat yang boleh diketahui kemarahannya menerusi mukanya yang sangat masam.

Sesungguhnya neraka itu terletak di bawah tujuh petala bumi. Ia mempunyai tujuh jenis, iaitu:

l Neraka Jahannam.

l Neraka Lazha.

l Neraka Khutamah.

l Neraka Saeir.

l Neraka Saqar.

l Neraka Jahim.

l Neraka Hawiyah.

Rasulullah kemudian diangkat ke Sidaratul Muntaha dan ditutupi awan.

Jibril tertinggal, lalu Rasulullah berhenti menunggu. Di sini Jibril pun memasukkan Baginda ke dalam nur sambil berkata: "Engkau dan Tuhan engkau saja."

Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda kepada Jibril bermaksud:

"Adakah di sini sahabat hendak meninggalkan sahabatnya?"

Berkata Jibril: "Inilah saja tempatku, jika aku melintasi kawasan ini nescaya terbakar aku dengan nur."

Rasulullah pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis, yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz.


Di situ Rasulullah melihat seorang lelaki yang ghaib dalam Nur Arasy.

Bertanya Rasulullah: "Siapa ini? Adakah malaikat?"

"Tidak," jawab lelaki itu.

"Adakah nabi?" soal Rasulullah lagi.

"Tidak. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama Allah yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua-dua ibu bapaku."

Wednesday, September 27, 2006

Persoalan-persoalan Diri

firman Allah Ta’ala di bawah ini:
“Maka bertanyalah kepada ahli Zikir jika kamu belum mengetahui” (QS: An Nalh 43)
kemudian:
“Dan sebutlah (Nama) Allah dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dengan suara yang tersembunyi (tidak mengeraskan suara),diwaktu pagi dan petang,dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai”(QS:Al A’raaf 205)
Berkata Saidi Syekh Al Junaidi Al Baghdadi:”Bahwa semua Thariqat (jalan) itu tertutup bagi manusia,kecuali bagi mereka yang mengikuti jejak-jejak Rasulullah SAW”

Tuesday, September 26, 2006

SYAHADAH

beginilah secara ringkasnya penerangan saya tentang syahadah:

kita mula dengan rukun syahadah, ada empat perkara iaitu:
1.mengisbatkan dzat
2.mengisbatkan sifat
3.mengisbatkan af'al
4.membenarkan kerasulan Muhammad SAW.

secara kasar saya terangkan iaitu mengenai mengisbatkan Allah pada dzat Nya adalah dengan tidak menduakan (syirik) pada sifat yang layak bagi dzat Allah Taala:
Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu Taala Lilhawadith, Qiamuhu Binafsih dan Wahdaniat.

sekiranya kita mensyirikkan(mendua atau menyamakan) walaupun pada salah satu daripada sifat bagi dzat tersebut maka batallah syahadah kita. Maka hendaklah kita mengisbatkan bahawa tiada yang bersifat dengan sifat tersebut melainkan hanya dzat bagi Allah semata-mata. dengan itu dapatlah kita membezakan diantara Qadim dan Muhaddas dengan sifat pada dzatNya.

kemudian ialah mengisbatkan pada sifat(iaitu sifat yang berdiri dengan dzat), hendaklah kita kenal akan apakah sifat tersebut iaitu:
Qudrat,Iradat,Ilmu,Hayat,Sama'a, Basar dan Qalam.

maka isbatkanlah akan sifat yang berdiri dengan dzat tersebut supaya tidaklah kita mensyirikkan Allah pada sifatNya. sebagai contoh bila kita lihat pada sifat Qudrat, hendaklah kita mengisbatkan sifat tersebut kerana tiadalah yang bersifat dengan sifat Qudrat melainkan Allah. akan tetapi pada kita, maka berkuasa kita atas sifat Qudrat Allah dan bukannya sifat diri kita sendiri kerana sifat hamba (muhaddas) itu adalah lemah semata-mata. dengan itu dapatlah kita membezakan diantara Qadim dan Muhaddas pada sifatNya. akan tetapi, terbahagi sifat itu kepada dua pula iaitu sifat kaenat(barang yang dijadikan oleh Allah) dan sifat kamalat(sifat kesempurnaan Allah).sifat kamalat yang berdiri dengan dzat itulah yang wajib kita ketahui bagi membezakan diantara Qadim dan Muhaddas dan dapatlah kita mengisbatkan pada Allah pada sifatNya.


seterusnya ialah mengisbatkan Allah pada Af'alNya (perbuatan).
"Dan sesungguhnya Allah yang menjadikan kamu dan perbuatan kamu" -As Shafaat:ayat 96-
hedaklah kita mengisbatkan bahawa setiap perbuatan itu berlaku diatas sifat Qudrat dan Iradat Allah dan bukannya atas sifat makhluk itu sendiri. maka pada makhluk itu wajiblah ia bersifat dengan sifat lemah dari segala perbuatan dan tiada daya upaya melainkan dengan sifat Qudrat dan Iradat Allah semata-mata.

akhir sekali adalah membenarkan kerasulan Muhammad SAW.
hendaklah kita mengisbatkan bahawa Muhammad itu adalah Nabi dan Rasul yang terakhir dan tiada lagi selepasnya. Bagindalah yang melengkapkan segala syariat para Nabi dan Rasul dengan lahirnya Islam iaitu syariat yang lengkap dan dipegang hingga ke akhir zaman.
wajib beriman bahawa Baginda bersifat dengan sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah dan menolak sifat yang berlawanan dari sifat tersebut.

dengan itu maka dapatlah kita membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW. maka barulah dikatakan seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul. sekiranya dicantumkan dua kalimah tadi iaitu kalimah tauhid (La ilaha Ilallah) dan kalimah Rasul (Muhammad Rasulullah) maka dinamakan sebagai kalimah Syahadah dengan mengisbatkan sifat yang layak bagi Allah dan membenarkan kerasulan Muhammad sebagai Rasul. ini juga disebut sebagai tauhid dalam Usuluddin.

Perbezaan diantara Qadim dan Muhaddas dalam sudut Usuluddin.

sebelum saya meneruskan dengan penerangan saya, suka saya mengingatkan kita semua bahawa tujuan kita mendalami ilmu Usuluddin ini adalah supaya dapat kita membezakan diantara Qadim dan Muhaddas, supaya tidaklah nanti kita secara sedar atau tidak telah mensyirikkan Allah dengan sesuatu sama ada pada dzat,sifat mahupun pada af'al.

Qadim bermaksud "kekal" iaitu Allah dan Muhaddas pula bermaksud "baharu" iaitu sekalian makhluk.

cara untuk melepaskan diri kita dari mensyirikkan Allah adalah dengan nafi dan isbat pada dzat, sifat dan af'al Allah. kaedah ini dinamakan sebagai kaedah mentauhidkan Allah.
Syirik dan Tauhid adalah dua perkara yang berlawanan diantara satu sama lain.
Oleh itu, hendaklah kita pastikan bahawa kita tetap mentauhidkan Allah kerana sekiranya tidak maka bermakna kita telah mensyirikkan Allah.

hendaklah kita benar-benar fasih akan perbezaan diantara Qadim dan Muhaddas (kaenat) agar dapat kita mentauhidkan Allah. setelah fasih dan masak kita akan perbezaan tersebut, maka dapatlah kita lihat akan fungsi Muhaddas (kaenat). sekiranya kita masih tidak dapat menguasai akan perbezaan ini, dikhuatiri kita tidak dapat memahami dan membezakan iktikad yang menyalahi syarak.

terdapat empat iktikad tentang fungsi kaenat iaitu:

1.sekiranya kita beriktikad bahawa kaenat boleh memberikan bekas dengan tabiatnya(dzat) seperti api boleh membakar, maka para ulama menghukumkan kafir sebab yang boleh memberikan bekas hanyalah Allah semata-mata.

2.sekiranya kita beriktikad kaenat boleh memberi bekas dengan sifat kudrat Allah padanya seperti pada kaenat itu ada daya upaya sendiri untuk melakukan perbuatannya, maka para ulama menghukumkan fasiq dan bidaah. inilah iktikad fahaman Muktazilah. padahal yang berkudrat pada hakikatnya hanya Allah semata-mata.

3.sekiranya kita beriktikad bahawa kaenat tidak memberi bekas dengan kekuatannya sendiri melainkan Allah akan tetapi pada masa yang sama disertai dengan kepercayaan bahawa terdapat hubungan yang lazim diantara sebab pada akal dan pada adat seperti kenyang selepas makan, maka ulama menghukumkan jahil dari sudut adat.

4.sekiranya kita beriktikad kaenat tidak boleh memberikan bekas sama ada pada tabiat atau kekuatannya dan hanya Allah sahaja yang dapat memberikan bekas seperti api tidak dapat membakar nabi Allah Ibrahim a.s. inilah iktikad yang diterima oleh ijmak ulama dan merupakan iktikad oleh ahli sunnah waljama'ah.

setelah dapat kita menetapkan iktikad yang benar untuk kita pegang, maka dapatlah kita menilai semula kesempurnaan syahadah kita dalam ilmu Usuluddin.

USULUDDIN

setelah kita ketahui akan hukum-hukum yang terlibat dalam perihal Usuluddin ini(Sila tambah jika ada yang tertinggal), maka bermulalah pengenalan kita akan sifat-sifat Allah itu.

"dan hendaklah kamu berusaha mencari ilmu yang meyakinkan bahawa tiada yang bersifat ketuhanan melainkan Allah" Muhammad - ayat 19

sifat Allah yang wajib diketahui adalah sebanyak 20. iaitu:

Wujud -sifat nafsiah (sifat diri dzat wajibal wujud)

Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu Taala Lilhawadith, Qiamuhu Binafsih, Wahdaniat - sifat salbiah (sifat yang menafikan atau menolak sifat yang tidak layak bagi dzat wajibal wujud)

Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama', Basar, Kalam - sifat ma'ani (sifat yang berdiri dengan dzat)

Qodirun, Muridun, A'limun, Hayyun, Sami'un, Basirun dan Mutakallimun - sifat maknawi (sifat yang menunjukkan keadaan hal bagi dzat)

kemudian perlu juga untuk tahu akan sifat mustahil bagi Allah iaitu sifat-sifat yang berlawanan dengan sifat wajib.

Setelah kita tahu akan sifat nafsiah,salbiah, ma'ani, maknawiyah. Dipecahkan sifat tersebut kepada dua kategori yang berlainan iaitu:

sifat istighna (kaya dzat Allah berdiri dengan sendiri) - Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu Taala Lilhawadith, Qiamuhu Binafsih, Samak, Basar, Kalam, Samiun, Basirun dan Mutakallimun.

sifat iftiqar (kaya dzat Allah berkehendak makhluk kepadaNya) - Wahdaniat, Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Qodirun, Muridun, A'limun, dan Haiyun.

terbahaginya sifat-sifat yang 20 itu kepada dua (istighna dan istiqar) adalah kerana yang bersifat dengan sifat ketuhanan yang menunjukkan sifat Allah yang terkaya dari segala sesuatu dan tidak pula berhajat kepada sesuatu apapun serta menjadi tumpuan sekalian makhluk.

Monday, September 25, 2006

Kisah Syeikh Abdul Qadir Jailani

Asy-Syaikh
Abdul Qadir Al-Jailani

Biografi Syaikh Abdul Qadir Al Jailani termuat dalam kitab Adz Dzail 'Ala Thabaqil Hanabilah I/301-390, nomor 134, karya Imam Ibnu Rajab Al Hambali. Tetapi, buku ini belum diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Beliau adalah seorang ulama besar sehingga suatu kewajaran jika sekarang ini banyak kaum muslimin menyanjungnya dan mencintainya. Akan tetapi kalau meninggi-ninggikan derajat beliau berada di atas Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, maka hal ini merupakan suatu kekeliruan. Karena Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam adalah rasul yang paling mulia di antara para nabi dan rasul yang derajatnya tidak akan pernah bisa dilampaui di sisi Allah oleh manusia siapapun.

Ada juga sebagian kaum muslimin yang menjadikan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani sebagai wasilah (perantara) dalam do'a mereka. Berkeyakinan bahwa do'a seseorang tidak akan dikabulkan oleh Allah, kecuali dengan perantaraannya. Ini juga merupakan kesesatan.

Menjadikan orang yang sudah meninggal sebagai perantara tidak ada syari'atnya dan ini sangat diharamkan. Apalagi kalau ada yang berdo'a kepada beliau. Ini adalah sebuah kesyirikan besar. Sebab do'a merupakan salah satu bentuk ibadah yang tidak boleh diberikan kepada selain Allah. Allah melarang makhluknya berdo'a kepada selainNya. Allah berfirman, yang artinya:

"Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah." (QS. Al Jin:18)

Kelahirannya
Syaikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang 'alim di Baghdad yang lahir pada tahun 490/471 H di kota Jailan atau disebut juga Kailan. Sehingga di akhir nama beliau ditambahkan kata Al Jailani atau Al Kailani atau juga Al Jiliy.

Pendidikannya
Pada usia yang masih muda beliau telah merantau ke Baghdad dan meninggalkan tanah kelahirannya. Di sana beliau belajar kepada beberapa orang ulama seperti Ibnu Aqil, Abul Khatthath, Abul Husein Al Farra' dan juga Abu Sa'ad Al Mukharrimi sehingga mampu menguasai ilmu-ilmu ushul dan juga perbedaan-perbedaan pendapat para ulama.

Pemahamannya
Beliau seorang Imam bermadzhab Hambali. Menjadi guru besar madzhab ini pada masa hidup beliau. Beliau adalah seorang alim yang beraqidah ahlus sunnah mengikuti jalan Salafush Shalih. Dikenal banyak memiliki karamah-karamah. Tetapi banyak pula orang yang membuat-buat kedustaan atas nama beliau. Kedustaan itu baik berupa kisah-kisah, perkataan-perkataan, ajaran-ajaran, "thariqah" yang berbeda dengan jalan Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, para sahabatnya dan lainnya.

Syaikh Abdul Qadir Al Jailani menyatakan dalam kitabnya, Al Ghunyah, "Dia (Allah) di arah atas, berada di atas 'ArsyNya, meliputi seluruh kerajaanNya. IlmuNya meliputi segala sesuatu. "Kemudian beliau menyebutkan ayat-ayat dan hadits-hadits, lalu berkata, "Sepantasnya menetapkan sifat istiwa' (Allah berada di atas 'ArsyNya) tanpa takwil (menyimpangkan kepada makna lain). Dan hal itu merupakan istiwa' dzat Allah di atas 'Arsy.

Dakwahnya
Suatu ketika Abu Sa'ad Al Mukharrimi membangun sekolah kecil di sebuah daerah yang bernama Babul Azaj dan pengelolaannya diserahkan sepenuhnya kepada Syaikh Abdul Qadir. Beliau mengelola sekolah ini dengan sungguh-sungguh. Bermukim di sana sambil memeberikan nasehat kepada orang-orang yang ada di sana, sampai beliau meninggal dunia di daerah tersebut.

Banyak sudah orang yang bertaubat demi mendengar nasihat beliau. Banyak orang yang bersimpati kepada beliau, lalu datang ke sekolah beliau. Sehingga sekolah ini tidak kuat menampungnya. Maka diadakan perluasan.

Imam Adz Dzahabi dalam menyebutkan biografi Syaikh Abdul Qadir Al Jailani dalam Siyar A'lamin Nubala, menukilkan perkataan Syaikh sebagai berikut, "Lebih dari lima ratus orang masuk Islam lewat tanganku, dan lebih dari seratus ribu orang telah bertaubat."

Murid-murid beliau banyak yang menjadi ulama terkenal, seperti Al Hafidz Abdul Ghani yang menyusun Umdatul Ahkam Fi Kalami Khairil Anam. Ibnu Qudamah penyusun kitab fiqh terkenal Al Mughni.

Wafatnya
Beliau Wafat pada hari Sabtu malam, setelah maghrib, pada tanggal 9 Rabi'ul Akhir tahun 561 H di daerah Babul Azaj.

Pendapat ulama
Ketika ditanya tentang Syaikh Abdul Qadir Al jailani, Ibnu Qudamah menjawab, "Kami sempat berjumpa dengan beliau di akhir masa kehidupannya. Beliau menempatkan kami di sekolahnya. Beliau sangat perhatian kepada kami. Kadang beliau mengutus putra beliau Yahya untuk menyalakan lampu buat kami. Terkadang beliau juga mengirimkan makanan buat kami. Beliau senantiasa menjadi imam dalam shalat fardhu."

Ibnu Rajab di antaranya mengatakan, "Syaikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang yang diagungkan pada masanya. Diagungkan oleh banyak para syaikh, baik ulama dan para ahli zuhud. Beliau memiliki banyak keutamaan dan karamah. Tetapi ada seorang yang bernama Al Muqri' Abul Hasan Asy Syathnufi Al Mishri (orang Mesir) mengumpulkan kisah-kisah dan keutamaan-keutamaan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani dalam tiga jilid kitab. Dia telah menulis perkara-perkara yang aneh dan besar (kebohongannya). Cukuplah seorang itu dikatakan berdusta, jika dia menceritakan segala yang dia dengar. Aku telah melihat sebagian kitab ini, tetapi hatiku tidak tenteram untuk meriwayatkan apa yang ada di dalamnya, kecuali kisah-kisah yang telah masyhur dan terkenal dari kitab selain ini. Karena kitab ini banyak berisi riwayat dari orang-orang yang tidak dikenal. Juga terdapat perkara-perkara yang jauh (dari agama dan akal), kesesatan-kesesatan, dakwaan-dakwaan dan perkataan yang batil tidak terbatas. Semua itu tidak pantas dinisbatkan kepada Syaikh Abdul Qadir Al Jailani. Kemudian aku dapatkan bahwa Al Kamal Ja'far al Adfawi telah menyebutkan bahwa Asy Syathnufi sendiri tertuduh berdusta atas kisah-kisah yang diriwayatkannya dalam kitab ini."

Ibnu Rajab juga berkata, "Syaikh Abdul Qadir Al Jailani memiliki pendapat yang bagus dalam masalah tauhid, sifat-sifat Allah, takdir, dan ilmu-ilmu ma'rifat yang sesuai dengan sunnah. Beliau memiliki kitab Al Ghunyah Li Thalibi Thariqil Haq, kitab yang terkenal. Beliau juga mempunyai kitab Futuhul Ghaib. Murid-muridnya mengumpulkan perkara-perkara yang banyak berkaitan dengan nasehat dari majelis-majelis beliau. Dalam masalah-masalah sifat, takdir dan lainnya, ia berpegang pada sunnah. "

Imam Adz Dzahabi mengatakan, "intinya Syaikh Abdul Qadir Al Jailani memiliki kedudukan yang agung. Tetapi terdapat kritikan-kritikan terhadap sebagian perkataannya, dan Allah menjanjikan (ampunan atas kesalahan-kesalahan orang-orang beriman). Namun sebagian perkataannya merupakan kedustaan atas nama beliau." (Syiar XX/451).

Imam Adz Dzahabi juga berkata, "Tidak ada seorangpun para ulama besar yang riwayat hidup dan karamahnya lebih banyak kisah hikayat, selain Syaikh Abdul Qadir Al Jailani, dan banyak di antara riwayat-riwayat itu yang tidak benar bahkan ada yang mustahil terjadi."

Syaikh Rabi' bin Hadi Al Makhdali berkata dalam kitabnya, Al Haddul Fashil, hal.136, "Aku telah mendapatkan aqidah beliau (Syaikh Abdul Qadir Al Jailani) di dalam kitabnya yang bernama Al Ghunyah. Maka aku mengetahui dia sebagai seorang Salafi. Beliau menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah dan aqidah-aqidah lainnya di atas manhaj salaf. Beliau juga membantah kelompok-kelompok Syi'ah, Rafidhah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Salimiyah, dan kelompok lainnya dengan manhaj Salaf.

Ujian bagi Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Ujian dalam bidang Ilmu

Suatu ketika "Jibril" datang menghadapnya dengan membawa kendaraan Buraq,
katanya: "Aku diperintahkan Allah untuk mengantarkan engkau menghadap-Nya,
kendaraan telah aku siapkan". Sejenak terdiamlah Abdul Qadir, dan karena
keluasan ilmunya, maka tahulah ia bahwa yang datang bukanlah malaikat Jibril
a.s. yang Sebenarnya, akan tetapi iblis yang dilaknati Allah yang menyihir wujudnya. Abdul Qadir menjawab: "Enyahlah, wahai engkau Iblis yang dilaknati !". Namun seketika Iblis tetap Iblis, tidak
berhasil dengan cara halus, ia menggunakan cara yang paling halus dengan
menaikkan kemampuan yang digodanya, katanya: "Baiklah Abdul Qadir, engkau
telah selamat dari rencanaku berkat keluasan ilmumu".
Bukanlah seorang Abdul Qadir apabila ia bangga dengan ucapan Iblis
sedemikian itu, namun sebaliknya ia
menjawab: "Jangan kau goda aku, aku selamat dari godaan ini bukan karena
keluasan ilmuku, akan tetapi karena berkat Rahmat Allah lah maka aku lepas
dari perangkapmu".


Ujian dalam bidang Ekonomi

Ujian yang berkaitan dengan kebutuhan jasmani ini terjadi di saat Abdul
Qadir berada di hutan belantara, jauh dari makanan dan minuman. Lama ia
menahan haus dan lapar, tiba-tiba turunlah hujan, dan sang Syeikh dapat
meredakan
dahaganya. Dan tidak terduga memancarlah sinar terang, dan ia berkata:
"Akulah
Tuhanmu, sekarang bagimu telah aku halalkan segala yang haram". Mendengar
kata-kata itu segera Abdul Qadir membaca ta'awwudz: "A'udzubillahi
minasy-syaithanir-rajiim" (aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan
yang terkutuk). Karena jelas bahwa perkataan itu jelas bukan dari Tuhan,
sebab Allah tak mungkin memberikan prioritas kepada siapapun untuk
menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan-Nya, termasuk dirinya. Syaitan
meninggalkan dirinya dengan berujar: "Dengan Ilmu dan Rahmat Allah lah maka
engkau
selamat dari tipu dayaku".


Ujian kekhusyuan dalam Beribadah

Pada suatu malam saat Abdul Qadir shalat di Masjid Manshur, merayaplah
seekor ular dengan moncong terbuka merayapi sejadahnya. Ketika akan sujud,
diangkatnya ular itu dan ia meneruskan sujudnya. Saat ia membaca tahiyat,
ular
itu merayap ke pangkuan dan melingkari lehernya yang kemudian selesai
taslimah. Keesokan harinya ketika ia akan tafakkur, ia berjumpa dengan
seorang laki-laki dengan kedua mata vertikal -- yaitu jin -- yang berkata
kepadanya:
"Akulah ular kemarin yang datang kepadamu, banyak sekali aku menguji para
hamba Allah dengan cara semacam kemarin, beberapa di antaranya tenang dari luar
namun gelisah di dalam hatinya, sedangkan sebagian lagi tenang dalam hatinya
tetapi resah di luarnya. Dan bagimu tidak ada engkau termasuk golongan yang pertama dan bukan
pula yang kedua."

Sunday, August 27, 2006

Tajdid Iman: Keberkatan ilmu benteng diri hadapi godaan syaitan, nafsu

SEORANG sahabat Rasulullah SAW tiba di sebuah pasar. Orang ramai sibuk berniaga dan membeli-belah. Tiba-tiba beliau menyeru mereka: "Wahai manusia, mengapakah kalian tidak mengambil harta pusaka peninggalan Rasulullah SAW?"

Mereka pun bertanya: "Di manakah tempatnya harta itu?" Kemudian ditunjukkan tempat penyimpanan yang dimaksudkan iaitu masjid Rasulullah SAW. "Tidak ada yang kami temui kecuali orang yang sedang beribadat dan orang yang berkumpul di majlis ilmu." Maka sahabat itu pun berkata: "Ilmu itulah harta peninggalan Rasulullah SAW!"

Sukakah anda mendapat harta pusaka Rasulullah SAW? Bukan emas dan permata, bukan istana, dan segala khazanah dunia. Tuntutlah ilmu! Bukan hanya ilmu agama, malah ilmu duniawi juga sama penting dan besar pahalanya di sisi Allah.

Rasulullah SAW dan sahabat Radiallahu 'Anhum pernah belajar teknologi peperangan daripada Salman al-Farisi, ahli siasat perang dari Parsi. Baginda juga adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya sebelum menjadi Rasul Allah.

Begitu juga Abu Bakar al-Siddiq, Abdul Rahman bin Auf dan Usman bin 'Affan adalah pakar ekonomi yang banyak membantu dakwah di jalan Allah. Aisyah binti Abu Bakar Radhiyallahu 'Anha pula menjadi rujukan penuntut serta Hafsah binti Umar seorang penulis dan pengumpul naskah Al-Quran?

Maka siapakah kita dengan ilmu yang ada? Apakah peranan kita untuk umat ini? Apakah ilmu yang kita miliki berkat, bermanfaat bagi diri, keluarga dan umat?

Ciri ilmu yang berkat menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah adalah:

  • Ilmu akan bertambah hebat akibat rasa takut kepada Allah.

    Surah al-Faatir, ayat 28 menyebutkan: "Hanya yang takut kepada Allah, adalah ulama." �Keluasan ilmu Allah melahirkan manusia yang amat gerun kepada kekuasaan Allah.�

    Dengan ilmunya dia dapat mengetahui apa yang dibenci Allah dan apa yang disukai-Nya. Ini diadun dengan ilmu tentang kehebatan syurga Allah dan seksa neraka yang menjadi formula pembentuk sahsiah ulama pada dirinya.

    Rasakan getaran hati anda, adakah ia begitu sensitif apabila berhadapan dengan keinginan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah? Jika di hati masih tersisa rasa takut kepada Allah, ilmu anda akan sentiasa bermanfaat untuk diri dan orang lain.

  • Ilmu membentuk sifat tawaduk.

    Jika ilmu semakin tinggi, keagungan dan kebesaran Allah menutup segala ego dan kesombongan yang membayangi diri.

    Tidak sama sekali menganggap orang lain bodoh dan lemah. Kerana sehebat-hebat manusia tidak akan mampu menghadapi ujian yang diberi oleh Yang Maha Mengetahui melainkan dengan pertolongan-Nya.

    Dengan bekal segulung ijazah itu bolehkah anda menghadapi hari penghisaban dengan selamat? Pakar motivasi sekalipun tidak akan mampu menanggung musibah yang diuji pada dirinya kecuali dengan pertolongan Allah. Sifat tawaduk seperti bintang yang berkilauan. Ilmu pula ibarat purnama. Kedua-duanya amat cantik jika dikembarkan menjadi hiasan peribadi.

  • Ibadat bertambah nikmat kerana asas ilmu yang kukuh.

    Sesungguhnya amal yang diterima memiliki dua syarat iaitu ikhlas dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sabda Baginda ketika melihat seorang lelaki yang kurang betul sembahyangnya: "Sembahyanglah kamu seperti aku sembahyang." Kerana itu, apa saja ibadat yang dilakukan wajib bersumber daripada sunnah Rasulullah SAW.

    Cubalah mengerjakan ibadat dengan cara khusyuk seperti Rasulullah SAW khusyuk, berjuang seperti Baginda berjuang, berilmu seperti Baginda berilmu. Ilmu yang menggerakkan amal dan perjuangan untuk Islam.

  • Ilmu di dada membentuk peribadi khalifah.

    Islam mengajarkan konsep kepemimpinan yang berteraskan sifat amanah dan bertanggungjawab. Kalau ilmu anda berkat dan bermanfaat, tentunya kedua-dua sifat ini amat menonjol pada diri anda, tidak kira di rumah, pejabat atau dalam lingkungan masyarakat iaitu anda berdiri sebagai individu yang bermaruah.

    Seorang guru agama yang mempunyai jiwa khalifah akan mencorakkan umat dengan ilmu dakwahnya. Manakala, seorang guru sentiasa sedia membantu muridnya tidak kira Muslim atau bukan Muslim kerana dorongan amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.

    Sabda Rasulullah SAW: "Kamu semua adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawabannya atas apa yang dipimpinnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Anda adalah ketua bagi diri anda sendiri, isteri, anak, tempat di mana anda bekerja dan di dalam masyarakat.

  • Bijak menyembuh penyakit dalam beramal.

    Ilmu dan amal memang tidak boleh dipisahkan. Orang yang berilmu tidak akan berpuas hati dengan pencapaiannya. Dia akan sentiasa menimbang, meneliti, mencari-cari akan ketidaksempurnaan diri dan perbuatannya.

    Penyakit orang berilmu adalah ujub manakala penyakit orang beramal biasanya riak.

    Imam al-Nawawi memberi garis panduan bagi kedua-duanya. Beliau berkata: "Beramal kerana manusia adalah riak dan meninggalkan amal kerana manusia adalah ujub, ikhlas adalah engkau terlepas daripada kedua-duanya."

  • Cerdik mengenal dan mematahkan tipu helah syaitan.

    Ilmu yang berkat adalah senjata yang paling digeruni oleh syaitan. Umar bin al-Khattab pernah melewati satu lorong kemudian beliau berjumpa Rasulullah SAW, Baginda pun bersabda: "Sesungguhnya syaitan lari daripada laluan Umar, kerana takut kepadanya."

    Seorang yang berilmu bijak membentengi dirinya daripada hasutan syaitan dan hawa nafsunya. Ia bagaikan memiliki indera keenam yang mampu mengesan setiap gerakan zahir dan batinnya.

    Benarkah apa yang dilakukannya atau salahkah jalan yang dilaluinya? Semuanya disebabkan ilmunya yang berkat dan bermanfaat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW: "Manusia yang mendapat azab paling keras pada hari kiamat ialah orang yang tidak mendapat manfaat dari ilmunya." (Hadis riwayat Imam al-Tabrani dan al-Baihaqi).
  • Friday, August 25, 2006

    Pembahagian Solat

    Solat ada 3 bahagian :

    1. Sembahyang orang-orang Mubtadi (Syariat)

    Yakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk mendapat pahala. Maka amalan ini syirik semata-mata.

    2. Sembahyang orang Mutawasit(Tariqat)

    Menyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala. Semata-mata ia berserah kepada Allah. Maka di atas amalan ini adalah lebih baik daripada yang pertama itu, tidaklah ia terkena syirik.

    3. Sembahyang orang Mumtahi(Hakikat)

    Tiada ia sembahyang dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kerana ditilik pada dirinya adalah golongan dhoif, fakir, hina dan lemah.


    Mari kita perhatikan yang dinamakan niat itu apakah unsur2nya pula.

    Satu Hadis mengatakan :

    "An niatu bilqalbi bila' sautin wala' harfin"

    Ertinya : "Bahawasanya niat itu di dalam hati, tiada suara dan tiada berhuruf."

    Maka mengertilah kita bahawa lafaz awal dibibir itu sekadar sebutan bukannya niat sebenar-benar niat. Jumhur ulama mengatakan lafaz itu sunat.

    Sabda Rasulullah SAW :

    "Qasdu syai-in muktarinan bi fiklihi"

    Ertinya : "Menyehaja sesuatu hal keadaan dibersertakan dengan perbuatan."

    Maksudnya bukan bersahaja seperti ke pasar, berjalan2 ambil angin di luar rumah pula. Pergertiannya adalah tanpa paksaan dan desakan tetapi dengan keikhlasan dan tawadhuk dihadapan Allah s.w.t dengan dilansungkan berserta perbuatan.

    Adapun yang dikatakan niat itu terbahagi ia kepada tiga :

    1 - Qasad : Menyatakan pada "usalli fardhu" menandakan ada waktu pada hamba yang taat. Iaitu solat fardhu yang 5.

    2 - Ta'rad : Menyatakan pada "arba'a raka'at" menandakan ada rukun, yakni bersedia hamba untuk menunaikan. Bilangan rakaat yang telah disyariatkan.

    3 - Ta'yin : menyatakan pada "Lillah Ta'ala" menandakan suruhan Allah yakni menghadapi kiblat hati. Tanpa ada sedikit selingan gangguan hanyalah padaNya semata dalam hati yang ikhlas tanpa pasang niat memperolehi sesuatu. Umpama mengosngkan diri dari segala gangguan pemikiran.

    Difahamkan mereka yang arif.
    Maka sesudah nyata Qasad, Ta'rad, Ta'yin bererti telah nyatalah

    • kiblat dada kepada Baitullah.
    • Kiblat hati kepada nyawa
    • zat memandang zat.
    • Sifat memandang sifat
    Baharulah kita mengatakan "Allahu Akbar".

    Imam al-Gahazali r.a. katanya, "Adapun kedudukan usalli, fardhu, rakaat, lillah ta'ala, Allahu Akbar." ialah seperti berikut;

    1. Usalli - maksudnya amanah Tuhan terhadap hamba, maka tatkala hambaNya telah menerima syariatNya, maka wajiblah kembalikan kepadaNya dengan keadaan yang sempurna.

    2. Rakaat - menyatakan hal kelakuanNya. Maka hilangkanlah kehendakmu di dalam halNya dan hapuskanlah fe'el mu di dalam kelakuanNya baharulah sah amalannya.

    3. Lillahi ta'ala - Menyatakan sirNya (rahsia). Maka fana'lah sir iktikad cinta rasa dan berahi mu di dalam sir Allah. Baharulah nyata ada kiblat bagi kamu.

    4. Allahu Akbar - menyatakan kaya Tuhan terhadap hamba. Kerana hamba sampai kepada seruan Allah Ta'ala kerananya Allah Ta'ala esa, Muhammad yatim, hamba dhoif. Tiap-tiap yang datang mesti akan kembali. Maka kembali sekalian hamba-hamba itu di dalam seruan Allahu Akbar. Maka bergemalah suara-suara hambamu yang taat itu mengatakan dan memuji akan nama Allahu Akbar dan terlintaslah suara mu'minnya terus tujuh petala langit dan terus tujuh petala bumi. Maka bersahut-sahut akan roh-roh Anbia' dan Aulia' serta Malaikat dengan katanya, "Sejahteralah umat-umat mu ya Muhammad!".

    5. Fardhu - sah dan nyata. Bersifat di atasnya hamba. Maka tiap-tiap yang bersifat hamba mestilah ada yang empunya hak. Maka kembalilah sifat-sifat mu kepada yang berhak. Cara-cara hendak kembalikan kepada yang berhak, itulah sebabnya diwajibkan kepada fardhu. Tiap-tiap perbuatan ataupun amalan adalah dengan fardhu. Tanpa dengan niat fardhu perbuatan itu sia-sia sahaja. Maka tidak berertilah kamu beramal. Kerana fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.


    Apakah hukumnya pula jenis ketiga-tiga peringkat solat ini?

    Sembahyang orang syariat dan hukumnya.

    Adapun sembahyang orang syariat itu, ialah orang yang memandang daripadanya kepada Allah serta suci daripada riak dan seumpamanya. Semata-mata kerana harap dapat pahala dan takut akan azab. Diketahuinya akan segala syarat dan rukun serta yang membatalkan dia. Hukumnya orang ini syirik semata-mata. Bermula amal syariat tiada sekali-kali diterima amalnya walaupun sebesar
    bukit. Wallahualam.

    Sembahyang orang tarikat dan hukumnya.

    Adapun sembahyang orang tarikat itu, iktikadnya hadir Allah Taala pada hadapannya. Melihat akan segala perbuatan dan mendengar akan segala bacaannya. Maka terdorong ia kepada kusyuk kerana Allah Taala hadir pada hadapannya. Suci daripada riak dan tiada harap akan pahala dan tiada takut akan siksa. Hanya memandang dirinya hamba. Mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Orang ini hanya diterima amalnya daripada sekadar hadir hatinya kepada Allah Taala dalam sembahyang. Orang ini memandang daripada Allah kepadanya. Hukumnya syirik juga akan tetapi alas (kecil) syiriknya.

    Sembahyang orang hakikat dan hukumnya.

    Adapun sembahyang orang hakikat itu ialah orang yang tiada memandang bagi dirinya amal. Hanya memandang feel kelakuan Allah Taala yang berlakun pada dirinya yang ditakdirkan pada azali sebelum dijadikan dia. Yang dipandangnya ialah segala amalnya daripada Allah dengan Allah bagi Allah. Inilah orang yang lepas daripada syirik. Inilah yang sebenarnya sembahyang.

    Jadi sembahyang yang dikehendaki di sini ialah sembahyang yang meliputi tubuh dan nyawa atau jasad dan roh. Sekiranya seorang itu tiada nyawa, bukan manusia namanya dan sudah pasti tiada ia dapat beramal. Sedangkan, sebenarnya dia tiada dapat pandang yang beramal dan yang empunya amal. Kerana dengan adanya roh baru jasad dapat beramal. Sedangkan roh itu Sifatullah atau Sirrullah dan roh itu tiada akan dapat beramal sekiranya tiada serta dengan Zatullah. Maka barulah benar yang beramal itu Sifat bagi zat dan yang empunya amal itu adalah zat. Oleh kerana itulah sembahyang orang syariat dihukumkan syirik.

    Inilah yang dikatakan martabat sembahyang yang terbahagi pada tiga.

    Rahsia as-solat

    Dari seorang sahabat
    Rahsia as-solat


    1. 1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
    2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur.
    3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur.
    4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
    5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
    6. I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
    7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
    8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
    9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
    10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.
    11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
    12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
    13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

    Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W. bersabda :
    Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " and "13th Ghost"... jika ada di kalangan anda yang perasan !!!

    Tuesday, August 22, 2006

    Tanda mati

    Tanda 100 hari sebelum hari mati

    Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

    Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita
    akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

    Tanda 40 hari sebelum hari mati

    Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
    persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasa! nya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

    Tanda 7 hari


    Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

    Tanda 3 hari

    Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagiantengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

    Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
    Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

    Tanda 1 hari

    Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di
    mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

    Tanda akhir

    Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

    Ilmu Bersetubuh

    Bagi yang bujang tu ... simpan dulu ilmu ni.. Sabda Rasullah s.a.w.

    Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

    1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika allah mengurniakan
    anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

    2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahka darah.

    3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

    4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

    5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta

    6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim,pada tanganya membuat Kebinasaan kepada banyak manusia.

    7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq,pelampau yang melewati batas.

    8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta Pada jalan yang tidak haq.

    9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir.Dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

    10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak).Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhir.

    Cara berjimak yang dituntut

    1. Berjimak pada malam Isnin. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s.w.t.

    2. Pada malam selasa. Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

    3. Pada malam Khamis. anak yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim di kalangan orang alim.

    4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

    5. Pada malam Jumaat. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

    6. Hari Jumaat selepas asar. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

    7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

    8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

    Sunday, August 20, 2006

    Kiraan Huruf

    Demikian juga dengan ayat-ayat Allah yang berupa angka dan bilangan, baik yang terdapat di dalam Al Quran ataupun yang ada di alam semesta ini. Planet yang beredar mengelilingi matahari berjumlah 9, satu tahun terdiri atas 12 bulan, satu minggu ada 7 hari. Umat Islam diperintahkan shalat wajib sehari semalam 5 kali, apabila berjamaah pahalanya 27 derajat. Seusai shalat, kita disuruh berdikir masing-masing 33 kali.


    Tentu ada makna di balik angka-angka tersebut.


    Pertanyaannya, bisakah manusia menafsirkannya?

    Bagaimana hukumnya?



    Angka-Angka Bermakna


    Fenomena 165

    Di dalam Flying Book yang ditulis oleh KH. Fahmi Basya, bilangan 165 ditafsirkan memiliki arti yang khusus. Angka 1 berarti Tuhan, tertuang dalam konsep Ihsan. 6 berarti Rukun Iman dan 5 merupakan Rukun Islam. Angka 165 itu ternyata juga muncul ketika kita melaksanakan zikir di setiap ba’da shalat fardhu. Nabi memerintahkan kita untuk berzikir dengan mengucap Subhanallaah sebanyak 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allaahu Akbar juga 33 kali. Dalam hadis sahih riwayat Muslim dari Abu Hurairah juga dari Qutaibah, Rasul bersabda, “Sukakah kamu kuajarkan suatu amal yang dapat memperoleh pahala orang-orang dahulu serta mendahului orang-orang sesudah kamu dan tidak akan ada orang yang lebih mulia dari kamu melainkan orang yang mengamalkan seperti amalmu, sabda Rosul: Hendaklah kamu tasbih, takbir dan tahmid masing-masing 33 kali setiap selesai shalat.”

    Apabila setiap selesai shalat masing-masing ucapan zikir itu dilafalkan sebanyak 33 kali, maka dalam sehari semalam atau lima kali shalat fardhu maka kita mengucapkan zikir-zikir itu masing-masing sebanyak 33 x 5 = 165. Jadi, ditafsirkan bahwa zikir-zikir ba’da shalat merupakan pengokoh Islam, Iman, dan Ihsan kita. Dengan konsisten mengucapkan zikir-zikir itu secara ikhlas dan khusyu, berarti kita menjaga dan memperkuat ke-Islam-an, ke-Iman-an, dan sikap Ihsan kita.

    Selain itu, angka 165 juga muncul dalam fenomena lima bilangan ganjil pertama. Di dalam hadis disebutkan bahwa Allah menyukai yang ganjil. Apabila kita menjumlahkan lima bilangan ganjil pertama yang dipangkat dua maka akan kita dapatkan hasilnya sebagai berikut:

    1 pangkat 2 + 3 pangkat 2 + 5 pangkat 2 + 7 pangkat 2 + 9 pangkat 2 <== tak biser tulis simbol kat sini ler..

    = 1 + 9 + 25 + 49 + 81

    = 165

    Juga apabila kita perhatikan surat ke-1 dalam Al Quran, yaitu Al Fatihah, terjemah ayat ke-5 berbunyi, “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan”. Tafsirannya, menyembah dan memohon pertolongan tertuang dalam rukun Islam. Sedangkan ayat ke-6 nya berarti “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus”, tafsirannya, untuk menempuh jalan yang lurus harus berbekal Rukun Iman.

    Peringatan Ahad

    Ahad berarti satu, juga merupakan nama salah satu hari. Berkaitan dengan hal ini, apabila kita coba perhatikan beberapa kejadian pada tahun 2004 yang lalu, akan kita temukan sebuah rangkaian ‘pertanda’ tentang pesan tertentu yang disampaikan oleh Allah kepada manusia. Pada tahun itu, Hari Raya Idul Adha tanggal 10 Dzulhijah yang bertepatan dengan tanggal 1 Februari jatuh pada hari Ahad. Demikian juga dengan Hari Raya Idul Fitri 1 Syawal yang bertepatan dengan tanggal 14 November, jatuh pada hari Ahad. Maulid Nabi Muhammad saw. tanggal 12 Robiul Awal yang bertepatan dengan tanggal 2 Mei pun ternyata jatuh pada hari Ahad. Juga peristiwa Isra’ Miraj tanggal 27 Rajab yang bertepatan dengan tanggal 12 September dan Tahun Baru Hijriyah 1 Muharram yang bertepatan dengan tanggal 22 Februari, keduanya juga terjadi pada hari Ahad. Dan yang paling akhir, ada sebuah peristiwa yang menggemparkan seisi dunia yang merenggut ratusan ribu korban jiwa, yaitu bencana gempa bumi dan Tsunami di Aceh pada tanggal 26 Desember, ternyata juga terjadi pada hari Ahad.

    Apakah peristiwa-peristiwa besar yang sama-sama terjadi pada hari Ahad tersebut terjadi secara kebetulan? Pasti tidak. Sepertinya bumi yang terus berotasi dan berevolusi ini melalui kejadian-kejadian tersebut sedang mengumandangkan kalimat ‘Ahad’, ‘Ahad’, ‘Ahad’, ‘Ahad’, … ‘Ahad’. Lantas apakah atau siapakah ‘Ahad’ itu. Jawabnnya adalah Allah. “Katakanlah, ‘Dia-lah Allah, Yang Maha Esa (Ahad). Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia’.” (Q.S. Al Ikhlash 112: 1-4)

    Peristiwa-peristiwa Ahad itu sepertinya menjadi peringatan bagi manusia untuk kembali mengingat Allah Yang Maha Ahad. Zaman sekarang ini memang semakin banyak orang yang berbuat maksiat dan melalaikan perintah Allah. Sehingga, barangkali Allah pun memperingatkan kita melalui peristiwa-peristiwa tersebut. “Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Q.S. Yunus 10: 5)

    27 Derajat

    Dalam salah satu hadis disebutkan bahwa pahala shalat berjamaah adalah 27 derajat lebih tinggi dibandingkan shalat sendiri. Tentang hal ini, Agus Mustofa dalam buku Pusaran Energi Ka’bah menyatakan bahwa ketika kita shalat –di mana di dalamnya kita banyak membaca ayat Al Quran, berzikir, dan menyebut nama Allah– sesungguhnya kita sedang memancarkan energi positif dari dalam diri kita. Energi itu berupa getaran-getaran sebagaimana digambarkan dalam firman Allah, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal”(Q.S. Al Anfal 8: 2)

    Menurut Agus, saat belum melakukan shalat, energi itu tidak terpancar. Tetapi ketika kita sudah memulainya, energi itu akan terpancar baik secara vertikal maupun horisontal. Agus mengibaratkan hal itu dengan lampu yang dinyalakan dengan tenaga baterai. Lampu yang dinyalakan hanya dengan satu baterai tentu kalah terang dengan yang dinyalakan dengan lebih banyak baterai. Demikian juga dengan orang yang melaksanakan shalat. Jika kita shalat sendirian, energi yang kita pancarkan hanya memiliki kekuatan satu pancaran saja. Tetapi kalau kita sholat berjamaah, maka masing-masing orang memancarkan energinya masing-masing dan bergabung menjadi energi yang jauh lebih besar. Hal ini persis seperti sejumlah baterai yang digabungkan secara serial untuk menghidupkan lampu. Baterai-baterai yang terhubung secara serial itu harus bersentuhan satu sama lain agar energinya bisa tersalur dan bergabung. Demikian juga halnya dengan shalat berjamaah, Rasul memerintahkan kita untuk merapatkan barisan sampai bersentuhan satu sama lain, tapi bukan berarti berdesak-desakkan. Hal ini ditafsirkan agar energi positif yang terpancar masing-masing jamaah bisa tersalurkan dan bergabung menjadi pancaran energi yang lebih besar. Begitu juga denga shalat berjamaah di Masjidil Haram yang dikatakan oleh Rasul berpahala 100 ribu kali lipat dibandingkan shalat sendiri di tempat lain. Mengapa demikian? Hal ini disebabkan karena adanya pancaran-pancaran energi positif dari jutaan jamaah yang melaksanakan shalat di seputar Ka’bah dan Masjidil Haram, ditambah dengan pancaran energi dari sekian banyak umat Islam yang melaksanakan shalat di berbagai penjuru dunia yang semuanya menghadap ke Ka’bah di Masjidil Haram.

    Kelipatan 19

    Fenomena angka 19 dan kelipatannya di dalam Al Quran memang sudah cukup lama dibicarakan orang. Berikut adalah beberapa di antaranya yang dikutip dari buku Matematika Islam yang ditulis oleh KH. Fahmi Basya, dosen mata kuliah Matematika Islam di Universitas Islam Negeri (UIN) Jakarta.

    Apabila kita hitung jumlah huruf nyata dalam kalimat basmalah, akan kita lihat ada 19 huruf nyata di dalamnya. Selain itu, angka 19 atau kelipatannya juga banyak muncul dalam Al Quran (lihat Tabel).

    Tabel di atas baru sebagian saja yang dikutip, karena dalam tulisan Fahmi Basya ada 26 poin dalam tabel tersebut. Masih berkaitan dengan angka 19, apabila kita menghitung ruas tulang jari-jari tangan dan kaki kita maka masing-masing memiliki 19 ruas tulang.

    Kita memiliki dua tangan dan dua kaki, jumlah ruas tulang tersebut adalah 19 x 4 = 76. Adapun surat ke-76 di dalam Al Quran adalah Al Insan yang berarti manusia. Sehingga, apabila kita perhatikan nomor surat, nama surat, dan jumlah ruas tulang, ternyata memiliki hubungan satu sama lain yang berkaitan dengan bilangan 19.

    Pengulangan 7

    “Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.” (Q.S. Al Hijr 15: 87). Sebagian besar ulama menafsirkan bahwa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah surat Al Fatihah. Dan faktanya memang benar, tujuh ayat dalam surat Al Fatihah itu memang diulang-ulang oleh seluruh umat Islam ketika melakukan shalat.

    Namun, apabila kita perhatikan fenomena lainnya, akan kita temukan fenomena pengulangan 7 lainnya. “Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. Al Baqarah 2: 29) Di dalam ayat tersebut, Allah menyebut tentang adanya tujuh langit. Dan ternyata ayat yang membicarakan tentang tujuh langit di dalam Al Quran jumlahnya juga tujuh ayat. yaitu dalam surat Al Baqarah 2: 29, Al Mukminuun 23: 17, Fushshilat 41: 12, Ath-Thalaq 65: 12, Al Mulk 67: 3, Nuh 71: 15, dan An Naba’ 78: 12.

    Selain itu, kalau kita perhatikan dengan saksama, ternyata angka tujuh memiliki keunikan tersendiri. Apabila kita bagi sebuah bilangan (berapa pun yang tak habis dibagi tujuh) dengan angka tujuh, hasil yang akan diperoleh adalah pola angka-angka unik di belakang koma. Pola angka tersebut akan selalu berulang setelah angka satu. Jadi, angka tujuh memang benar-benar memiliki fenomena pengulangan.



    4 Ruku 4 Sujud

    KH. Fahmi Basya menjelaskan bahwa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam shalat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku dan dua kali sujud. Saat ruku kita membentuk sudut 90° dari posisi berdiri tegak. Sedangkan saat sujud kita membentuk sudut 90°+45°=135° dari posisi tegak. Sehingga 1 ruku ditambah dua sujud adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu lingkaran penuh.

    Namun, ada shalat yang satu rakaatnya terdiri atas dua ruku dan dua sujud, yaitu Shalat Gerhana. Aisyah r.a. berkata, “Pada masa Rasulullah saw. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah saw. menyuruh orang banyak shalat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah saw. datang lalu bertakbir dan shalat 4 kali ruku dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.” (Sahih Muslim)

    Oleh KH. Fahmi Basya, perputaran dalam Shalat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut.



    Rakaat 1 = 360º + 90º (karena 2 x rukuk)

    = 0º + 90º = 90º

    Rakaat 2 = 360º + 90º (karena 2x rukuk)

    = 0º + 90º = 90º

    ------------------------------------------------ +

    = 180º = Garis Lurus

    Maknanya, dalam Shalat Gerhana berarti kita membentuk sudut 180º atau garis lurus. Hal ini sama dengan posisi matahari, bumi, dan bulan saat terjadi gerhana, yaitu membentuk satu garis lurus.

    Labels