Pujian dan syukur ke Hadrat Allah, dengan-Nya terhurailah segala simpulan ikatan...
Pada kali ini suka untuk saya membincangkan berkenaan kelebihan membaca AMIN setelah selesai membaca Al-Fatihah. Sesungguhnya segala sesuatu mempunyai adab dan cara, adalah amat elok sekiranya Penghulu Surah Al-Fatihah diselesaikan bacaan dengan membaca AMIN...
Secara ringkasnya mari kita pecahkan huruf AMIN itu tadi bersama-sama:
Alif
Mim
Ya'
Nun
Ada kesemuanya 4 huruf... Kitab Samawi juga 4 iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran... Sendi agama juga 4 iaitu Islam, Imam, Tauhid dan Makrifat... Asal manusia itu juga 4 iaitu Wadi, Mazi, Mani dan Manikam... Asal pertama itu juga 4 iaitu Ujud,Ilmu, Nur, Syuhud. Asal kejadian zahir itu juga 4 iaitu Tanah, Air, Angin dan Api... Kebesaran Allah itu lingkungan 4 iaitu Dzat, Sifat, Asma' dan Afaal... dan macam-macam lagi huraian yang bertujuan untuk MEMAHAMKAN MAKSUD...

Dari huruf-huruf AMIN itu mari kita sama-sama pecahkan maksudnya:
Alif - Faedahnya agar dilepaskan oleh Allah Ta'ala melalui titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar derasnya.
Mim - Faedahnya disentosakan oleh Allah Ta'ala daripada hangusnya api neraka jahanam.
Ya' - Faedahnya dimasukkan oleh Allah Ta'ala ke dalam syurga dengan tiada dihisab lagi.
Nun - Faedahnya diwajibkan oleh Allah Ta'ala mendapatkan keampunan ke atasnya serta diberi Allah Ta'ala sebaik-baik kematian.
Semoga sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada kita, menjadi GULA-GULA JASAD seterusnya membentuk DIRI menjadi HAMBA ALLAH yang SEJATI... AMIN...
No comments:
Post a Comment