Tuesday, February 10, 2009

SIFAT 20

Sifat adalah perkara yang berkaitan dengan kerahsiaan dan keAgungan ALLAH S.W.T. Sifat ALLAH itu tidaklah terkira banyaknya...dan apa yang dibenarkan diketahui oleh KITA hanyalah sedikit sahaja ibarat setitis air lautan yang luas. Luasnya tidak dapat diukur dan ditafsirkan, tidak dapat diperihalkan iaitu "LAISA KAMITHLIHI SYAIUN..". Adapun dalam pengajian Sifat Ahli ArifBillah telah menyimpulkan semua Sifat yang LAYAK bagi ALLAH sebanyak 20. Dan jika diketahui 20 sifat ini serta dibuka simpulan ikatannya maka jadilah tidak terkira sifat ALLAH.

Jika kita hendak mengenali seseorang, maka kita akan kenali orang tersebut dari Sifatnya, sama ada dia tinggi, pendek, cerah kulitnya dan macam-macam lagi. Tapi itu barulah soal cabangnya. Sifat itu boleh pergi lebih jauh dari yang zahir. Katakan kamu mengenal ABU, ABU itu tinggi, ABU itu putih, ABU itu hidungnya mancung dan pipinya tembam. Itu hanyalah perkaitan dengan sifat zahir ABU. Manakala kita boleh pergi lebih jauh dari itu, yang mana ABU itu orangnya BAIK, ABU itu orangnya TEGAS, ABU itu orangnya TENANG dan ABU itu orangnya BOLEH DIBAWA BERUNDING.

Maka jelas dalam HATI kita perihal SIFAT ABU..Dari segi Zahir dan Batin, Luar dan Dalam. Jadilah kita lebih mesra dengan ABU, kenal akan ABU dan sebagainya mengikut turutan kefahaman kita. Begitu jugalah sebelum kita MENGENAL ALLAH, kita perlu tahu SIFAT yang LAYAK bagi TUHAN yang bergelar ALLAH supaya kita lebih rasa mesra, faham dan tahu semasak-masaknya akan ALLAH.

Sebelum kita dapat mengEsakan ALLAH dari segi Dzat, Sifat, Asma dan Afaal maka perlu bagi kita mengetahui semasak-masaknya SIFAT 20 ini. Adapun ianya dikategorikan kepada 4 iaitu NAFSIAH, SALBIAH, MA"ANI dan MAKNAWIYAH. Nafsiah itu SIFAT WUJUD. Maka Wujud ALLAH itu WUJUD HAKIKI dan WUJUD KITA adalah WUJUD MAKHLUK. Sifat WUJUD ini adalah MATA PELAJARAN yang UTAMA dalam pengajian SIFAT... Manakala 19 Sifat yang lain hanyalah bertujuan untuk menerangkan serta menjelaskan kedudukan SIFAT WUJUD.

Sifat SALBIAH pula adalah sifat yang LAYAK DIPAKAI oleh TUHAN yang bergelar ALLAH. Di mana ASAS kefahaman bahawa keberadaan dan ALLAH itu sendiri ada di dalam SIFAT SALBIAH. Sifat SALBIAH terdiri dari QIDAM, BAQA', MUKHALAFATUL LILHAWADITH,QIAM TA'ALA BINAFSIH dan WAHDANIAH. Kalau TUHAN itu adalah TUHAN, maka waijb bagi-Nya mempunyai SIFAT SALBIAH. Menolak segala sifat yang tidak layak bagi TUHAN yang bergelar ALLAH.

BERSAMBUNG...

Labels