Saturday, April 15, 2006

Beriman Kepada Allah

Beriman kepada Allah,terbahagi kepada dua:
1) Dengan Ijmal, iaitu dengan ringkas.
2) Dengan Tafsil, iaitu dengan perincian satu persatunya.

Beriman dengan Ijmal itu menghendaki kita percaya bahawa Allah itu ada, tetapi tidak ada bandingannya, Allah mempunyai segala sifat-sifat kesempurnaan serta Maha Suci ia dari segala sifat-sifat kekurangan, kelemahan, kerendahan dan sebagainya.

Beriman kepada Allah secara Tafsil itu mengkehendaki kita pelajari sifat-sifat Allah yang wajib sebanyak 20 sifat, yang mustahil 20 juga dan satu sifat harus.

Monday, April 10, 2006

Selawat Tafrjiyyah



SELAWAT TAFRJIYYAH


    Ertinya : "Ya Allah, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta husnul khatimah (bagus akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung (hujan) lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda, dan sahabat baginda di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahau Zat yang menguasai seluruh alam".

    Berkata AI-Imam Ad-Dainuri : "Barangsiapa melazimkan membaca selawat ini 11 (sebelas) kali pada tiap-tiap lepas dari sembahyang serta menjadikannya wirid, nescaya tidak putus rezkinya dan mendapat dia kedudukan yang tinggi dan kerajaan yang kaya raya."

    Katanya lagi : "Barangsiapa melazimkan membacanya pada tiap-tiap hari 41 (empat puluh satu) kali selepas sembahyang Subuh, nescaya akan tercapai semua hajatnya."

    Katanya lagi "Barangsiapa melazimkan membacanya pada tiap-tiap hari I00 (seratus) kali, nescaya berhasil permintaannya dan tercapai maksudnya lebih daripada yang dikehendakinya."

    Katanya lagi : "Barangsiapa melazimkan membacanya pada tiap-tiap hari dengan bilangan Rasul-Rasul 'Alaihimussalatu Wassalam, iaitu sebanyak 313 (tiga ratus tiga belas), nescaya baginya dimudahkan rahasia-rahasia dan dapat melihat tiap-tiap sesuatu perkara yang dikehendakinya."

    Katanya lagi : "Barangsiapa melazimkan membacanya pada tiap-tiap hari 1,000 (seribu) kali, maka baginya (akan beroleh) apa yang tidak mungkin disifatkan oleh manusia, (iaitu) apa yang tiada pernah dilihat oleh mata, tiada pernah didengar oleh telinga dan tiada pernah terlintas di hati manusia."

    Berkata AI-Imam AI-Qurtubi : "Barangsiapa ingin berhasil (memperolehi kejayaan) dalam satu-satu perkara penting lagi besar, atau untuk menolak bala, maka bacalah selawat ini sambil bertawassul kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebanyak 4,444 (empat ribu empat ratus empat puluh empat) kali. Sesungguhnya Allah Ta'ala akan menyampaikan apa jua yang dihajatinya berdasarkan niatnya itu.

Labels