Sunday, September 07, 2008

BAB ZIKIR - Zikir Makrifat

Makrifat adalah mengenal, sesuai dengan satu hadis, ' Awalluddin makrifatullah ' membawa maksud, 'awal agama mengenal Allah '.Makrifat pula tidak dapat diceritakan dan tetap menjadi rahsia kepada diri sendiri.Zikir makrifat dalam konteks pergerakkan badan dan afaal iailah perbuatan berzikir dengan dimulai tarikkan nafas dari mulut serta diakhiri dengan pelepasan nafas dari hidung, makrifatnya adalah kosong kerana kosong itu lah yang dikatakan sebenar-benar makrifat.Perkaitan rapat dengan zikir Hakikat di mana zikir Makrifat dibawa secara sir dan bukan secara jahar.

Penafasan yang turun naik itulah rahsia yang perlu dijagai,dan itulah sebaik-baik syahadah yang membentuk kalimah syahadah.Di dalam kalimah itu mengandungi 24 huruf melambangkan 24 jam sehari semalam. Salah satu rukun islam pula adalah Bersyahadah, maka wajib kita menjaga zikir yang turun naik ini dengan penuh amanah.

Labels