Friday, April 03, 2009

AKU YANG TAHU

Diri kita terlalu dalam untuk dikaji, apa yang kita dapat hanya ibarat setitis air di lautan.

Al-Quran itu lah kita - apa yang terkandung dalam QURAN ZAHIR adalah perkara yang telah, sedang dan akan kita lalui dan kitalah KALAM yang menulis setiap detik, KITA lah yang menulis JAWAPAN bagi SOALAN MUNGKAR dan NANGKIR sewaktu dikebumikan, di MASJID lah kita menulis JAWAPAN bagi SOALAN-SOALAN tersebut. Sedangkan MASJID itu tempat SUJUD, maka tempat SUJUD kepada ALLAH itu tidak terhad pada ruangan tempat dan masa.

Muhammad itu lah kita - membawa segala sifat terpuji, tahu akan JALAL, JAMAL, QAHAR dan KAMAL ALLAH,
yang dikatakan RAHSIA itu sentiasa bersama dengan kita ketika bangun, duduk, berjalan, baring dan apa-apapun perbuatan, percakapan, pemikiran dan niat sentiasa dilingkungi bersama yang dikatakan RAHSIA itu. Bukan KEJADIAN yang mengukur derjat seseorang disisi ALLAH tetapi HATI...IMAN...TAQWA...dan HIKMAH dari sesuatu KEJADIAN itu berlaku.Itulah taraf SOLAT DHAIM yang sebenarnya.......yang BERKEKALAN.

Wednesday, April 01, 2009

AKU YANG SEPI

Sudah lama aku tidak nukilkan dalam tulisanku, kerja duniawi yang sibuk mengaburi mata bathinku. Tetapi walau sesibuk manaku, sering terlintas dalam diriku akan perasaan sedih. Hatiku sering selalu sebak apabila mendengar azan, ayat quran dan apa jua yang dapat ku kaitkan dengan diri bathinku. Walaupun amalanku tidak seberapa tapi aku tetap memasang cita-cita agar aku dapat menerokai alam bathin diriku dan moga akulah orang yang terpilih. Moga aku dapat gali sedalam-dalamnya lautan nama-nama Allah yang Maha Kaya.

Aku doakan kepada Abg Zul supaya beliau diberi kekuatan dan kesihatan seterusnya tergolong di antara insan yang dipenuhi dengan rasa cinta Allah.

"Illahi anta maqsudi waridhaka matlubi 'atini muhabbatika wama'rifatika".

Amalan tanpa Ilmu adalah SIA-SIA. Ilmu tanpa amalan ibarat pohon yang tidak dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Ilmu pula perlukan amalan untuk dimatangkan. Dalam beramal, seringkali si salik kecundang dalam pertempuran. Mungkin sahaja dia boleh berhadapan dengan Makhluk Jin dan Iblis sebesar RAKSAKSA. Namun sering tertewas dengan NAFSU diri sendiri. NAFSU itu hendakkan kenyang, senang dan sedap.

Walau AMALAN setinggi gunung, namun jika tiada SABAR, IKHLAS dalam beribadat maka akan luluhlah amalan seperti air yang mengalir. Itulah perlunya ILMU, ILMU pula perlu bersandarkan kepada HAQ itu sendiri. Dalam diri ada Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat dan HAQ..Maka perlu dicari HAQ itu pada DIRI kita.

ILMU HAQ pula sukar untuk diceritakan sebab ianyapun sudah bernama HAQ, maka HAQ bagi setiap seorang adalah berbeza antara satu sama lain. Ilmu inilah perlu dimatangkan, diputuskan, dimasakkan..Dibuka apinya tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lemah...jika terlalu kuat maka akan hangitlah jadinya, jika terlalu lemah akan jelantahnya jadinya. Perlu diseimbang dari masa ke semasa.

Jika diperhatikan sehalus-halus, jika kita sedang bersedih, ada satu perasaan/diri yang tidak bersedih dalam diri kita...dan jika kita sedang suka ada satu perasaan/diri yang tidak suka dalam diri kita.Ibaratnya kita TIDAK BERPERASAAN. Itulah diri yang tidak sedih dan suka, hanya mengharapkan ALLAH jua.

Adakah seseorang yang mendapat bermacam-macam kefahaman lebih tinggi derajat dari orang yang tidak mendapat apa-apa walaupun sudah beramal sebanyak mungkin???? Baik dan buruk semuanya telah ditakdirkan. Yang buruk tidak semesti buruk dan yang baik tidak semestinya baik. Yang penting bukan kejadian tetapi hikmah disebalik kejadian itu berlaku.Cuma lakukanlah sebaik mungkin.

Labels