Saturday, September 06, 2008

BAB ZIKIR - Zikir Haqiqat

Zikir adalah ingat, perbuatan berzikir pula adalah perbuatan mengingat..Mengingat kepada apa???MENGINGAT KEPADA ALLAH...Kita tidak dapat lari dari hakikat, dalam keadaan sedar atau tidakpun, sekarang di hadapan kita adalah hakikat semata-mata.Perjalanan zikir hakikat dari mulut membawa ke jantung dan keluar semula dari mulut.Naik ke langit yang ke 7 dan turun di bawah bumi yang ke 7.

Dalam menduduk kan hakikat, perkataan 'asyhadu' adalah amat penting.Dari kalimah Laillah ha illallah....Muhammadar rasullullah...di tambah kalimah penyaksian 'asyhadu' mejadi 'Asyhadu an la illa ha illallah....Asyhadu an na Muhammadar rasullullah...' iaitu bermaksud 'Aku BERSAKSI tiada tuhan melainkan Allah, Aku BERSAKSI nabi Muhammad itu pesuruh Allah'.Asyahdu itu menjadi syariat kepada kita..manakala hakikatnya adalah semua yang kita saksikan adalah Allah dan Rasul.

Rasul berhadis,' Hakikat tanpa syariat batal, syariat tanpa hakikat kosong '.Penghayatan zikir ini pula perlu kita bawa dalam kehidupan seharian kita.Dalam mendudukkan keadaan ini bolehlah dilakukan sama ada dalam bentuk perbuatan, lisan dan niat sekalipun.

Hakikat itu cahaya kepada sumber cahaya iaitu makrifat.Zikir hakikat adalah sir dan tetap di dalam hati bernama mukmin. Manakala sir itu sendiri adalah sesuatu yang tersembunyi pada semua orang tetapi amat nyata pada diri kita sendiri, membawa erti faham, tahu dan sedar.

Labels