Tuesday, October 07, 2008

Perjalanan Nafas Turun dan Naik

Adapun nafas itu jika naik, naik sehingga langit ke tujuh, turun pula sehingga bumi yang ketujuh juga. Nafas di bahagikan kepada Empat peringkat iaitu Nafas, Ampas, Tanafas dan Nufus.

Adapun nafas itu masuk membawa sifat Istihgna 11 dan nafas keluar sifat Iftiqar 9 dicampur menjadi 20.Itulah yang dibawa oleh kita setiap saat dan tika dalam zikir mengingati Allah ketika berbaring, duduk, berjalan dan tidur sekalipun.

Adapun jalan mati itu adalah kenal diri sebagaimana kata arifbillah, "Man 'arafa nafsahu, faqad 'arafa rabbahu" iaitu barangsiapa kenal dirinya maka kenallah Tuhannya. Adapun jalan mati itu adalah mematikan diri sebelum mati, hakikat perkerjaannya di dapati dalam niat di dalam solat.Siapa yang menyembah dan siapa yang disembah.Sembah dan disembah berkiblatkan kiblat tubuh Baitullah, kiblat hati Baitulmakmur, kiblat nyawa iaitu Arash Allah dan kiblat rahsia adalah Laisa khamithlili syaiun wahuwas sami'un basir.

Labels