Monday, December 27, 2010

MATINYA SEORANG WALI ALLAH...

Assalamualaikum kepada MUKMIN...

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W...di mana hadirnya semua ini adalah kerananya. CINTA AGUNG...

Aku sudah lama tidak menulis di blog ini. Agak sibuk dengan urusan duniawi. Tapi aku perasan, makin ku cari dunia makin jauh dunia dariku. Maka aku akan cuba mengambil pendekatan dekat dengan akhirat kerana aku ingat pesan guruku jika kita dekat kepada AKHIRAT maka DUNIA akan datang sendiri (sebagai ujian bagi yang mengerti).

Pada kali ini, tidak ada apa yang aku ingin sampaikan. Cuma luahan hati aku yang berkelana. Baru-baru ini aku pulang ke kampung bersama keluargaku. Teringat aku pada seorang TUA yang ku kenali sejak aku kecil. Wajahnya tenang dan senyum selalu, nampak BODOH tetapi mmg BERILMU walaupun dia sering merendahkan diri mengatakan dia PALING BODOH.

Tergerak hati aku untuk menziarahinya, berbual-bual kosong. Dia bukanlah guruku, aku merasakan hubunganku lebih dari seorang murid kepada guru, rakan kepada rakan. Dia telah aku anggap seperti bapaku, malah mungkin atukku kerana umurnya sama dengan atukku sebenar. Walaupun dia tidak pernah mengambil aku sebagai murid, tetapi banyak yang telah dia sampaikan kepadaku. Dari perkara terang dan perkara samar, jelas dan rahsia.

Walaupun aku tergerak hati untuk menziarahinya, aku tidak pergipun ke rumahnya kerana aku fikirkan "nantilah lain kali, sekarang aku agak sibuk". Sedangkan diapun telah beberapa kali mengajak aku ke rumahnya (jika aku telefon bertanya khabar). Jadi akupun balik ke Putrajaya setelah bercuti dikampung, pada keesokkan harinya adik lakiku di kampung (bercuti lepas tamat pengajian) mesg aku dan mengatakan ibu saudaraku berjumpa dengan anak wak Shuib, dan maklumkan bahawa wak Shuib telah meninggal dunia pada bulan 11 lagi. Hampir luluh hati ini mendengar khabar tersebut sedangkan seingat aku pada awal bulan 11 aku ada menelefonnya dan bertanya khabar dan aku dengar suaranya memanglah seperti seorang yang sihat, sekarangpun masih terasa dan bergenang air mataku. Tidak sempat aku berjumpa lagi dengannya, rindulah aku kepadanya. Banyak yang aku belum mendengar ajaran dan celotehannya. Banyak lagi aku TAK TAHU. Bagaimana aku selepas ini, aku SEORANG DIRI.

Sesungguhnya Wak Shuib ALIM lagi WALI. Walaupun dari luaran nampak biasa, tidaklah dia sesekali memakai jubah panjang, hanya pakaian yang simple sahaja. Tetapi setiap ucapannya amat bermakna dan penuh dengan makna. Tidak sempat aku bertanyakan perkara-perkara yang aku lalui dengannya. Tinggallah AKU SENDIRI. Semoga aku mendapat keredhaan ALLAH dan mendapat makrifat yang tinggi. AMIN...

Aku tahu engkau berbahagia di sana. Dunia ini hanyalah tempat sementara. Aku pula tidak tahu bagaimana bahagianku. Aku bermohon pada-MU YA ALLAH, berkat ilmu yang dia ajarkan kepadaku maka ENGKAU tempatkanlah Wak Shuib di kalangan orang-orang istimewa di sisi-MU. AMIN...

LORONGKANLAH DIRIKU AGAR MENERIMA ILMU DARIPADA SEPERTIMANA ENGKAU LORONGKAN WAK SHUIB, GURUKU ISMAIL, WALI-WALI, NABI-NABI, RASUL-RASUL dan KEKASIHMU YA ALLAH... AMIN...

Labels