Wednesday, June 30, 2010

BUDI DAN ZAMAN KEMAJUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kembali semula kita kepada penghuraian Buku bertajuk "BUDI DALAM KEHIDUPAN DIRI DAN MASYARAKAT". Penulisan pada kali ini adalah di bawah tajuk "Budi dan Zaman Kemajuan" mula di mukasurat 9.

Petikan daripada perenggan yang dipilih adalah :

Budi memang sakti, yang sedikit akan memadai, bila bersama budi, dan yang banyak tidak akan mencukupi sekiranya jauh dari budi. Pelita yang kelap-kelip akan menjadi terang benderang selama minyaknya dari budi dan suasana terasa gelap dan kelam selama jauh dari budi.

Budi, sekali lagi budi, memang sakti dan bertuah. Manusia belum juga merasa senang dengan kemajuan dalam segala hal, manusia belum jua akan merasakan aman dan tenteram, sebelum budi tadi turut maju dan berkemajuan walaupun segala sesuatu telah moden.

Kata Imam Ghazali : "124,000 Nabi-nabi dan Rasul-rasul diutus Tuhan. Berlain-lain pembawaan mereka satu persatu, berbeda-beda syariat yang mereka sampaikan, tetapi kesemuanya bersatu dalam satu perkara iaitu BUDI".

Akhir sekali Nabi Muhammad s.a.w berpesan : "Kamu tidak akan berbahagia, dan kamupun tidak dapat membahagiakan orang lain kalau tidak dengan budi. Ingatlah bahawa saya ini diutus guna menyempurnakan BUDI PEKERTI(AKHLAK)".

No comments:

Labels