Tuesday, January 13, 2009

DIRI YANG PERLU DIKENAL

"Awaluddin Makrifatullah", Awal-awal agama mengenal Allah. Kenal diri kenal Tuhan, Kenal Tuhan Binasalah diri, binasalah diri nyatalah Tuhan.

"Man 'arafa nafsahu faqad 'arafa robbahu", Barangsiapa mengenal diri, maka kenallah Tuhannya.

Semua ayat di atas adalah ucapan-ucapan arifbillah akan cara pengtauhidan kepada ALLAH S.W.T. Ramai menerima ucapan-ucapan tersebut dan lebih ramai lagi yang menolak ucapan-ucapan tersebut. Rasulullah berhadith:"Islam itu asalnya dagang, dan akan kembali dagang, maka beruntunglah orang-orang yang dagang(orang yang asing)".

Rasulullah juga berhadith:"Di akhir-akhir zaman ramai umatku yang menyangka mereka bersolat sedangkan mereka tidak bersolat". Sebagai seorang ISLAM yang ingin menjadi MUKMIN maka perlu bagi kita mengkaji sejauh mana kebenaran kata ayat-ayat di atas. Secara keseluruhannya ayat tersebut menceritakan perihal KENAL DIRI. Maksud ayat menyuruh kita supaya kenal akan diri kita supaya kita kenal akan ALLAH. Bila kita sudah mengenal ALLAH maka dengan sendirinya kita akan kenal akan Iblis, Syaitan, Jin, Insan, Roh, Jasmani, Rohani, Al-Quran, Muhammad, Nafas, Syurga, Neraka dan sebagainya.

Saidina Ali r.a pernah menyatakan,"Aku lebih suka memahami sesuatu perkara dari aku beribadat sepanjang hidupku". Ini menunjukkan betapa taraf ILMU itu penting bagi kita yang mengaku sebagai UMAT MUHAMMAD.

Lebih jauh lagi ada arifbillah menyatakan " Akal itu agama, agama itu akal, tidak beragama bagi orang yang tidak berakal". Maka AKAL pula berkait rapat dengan AGAMA, Manakala mengenal AGAMA perlu dimulakan dengan mengenal ALLAH, manakala ALLAH tidak boleh dikenal begitu sahaja, maka perlulah mengenal akan DIRI kerana diri itu yang tahu dan kenal akan Tuhannya.Itulah kaitan AKAL dan DIRI.Dalam diri ada jahat, dalam diri ada baik, dalam diri ada syaitan, dalam diri ada diri, dalam diri ada roh.

DALIL:
Ketika di alam roh, semua roh menyatakan syahadat roh yang mana ketika Allah berfirman"ALASTU BIRABBIKUM", adakah Aku Tuhanmu dan semua roh menyahut dengan menyatakan "QOLU BALA SYAHIDNA", Bahkan Engkaulah Tuhanku. ITULAH SEBABNYA DIRI ITU YANG KENAL AKAN ALLAH.

Setelah ramai mempertikaikan kebenaran "MENGENAL DIRI", mari kita kaji bersama-sama akan kenyataan tersebut sebelum kita hurai satu persatu:

USUL:
1) Adakah Al-Quran ada menyatakan perihal MENGENAL DIRI?
2) Pernahkah ALLAH memerintahkan NABI MUHAMMAD supaya baginda MENGENAL DIRI?
3) Mengapakah penting bagi kita MENGENAL DIRI?
4) Apakah cara bagi MENGENAL DIRI?

BERSAMBUNG.......

Monday, January 12, 2009

IMAM MU DAN AL-QURAN

Buka bicara dengan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang amat kita kasihi.Sesungguhnya banyak pengorbanan yang telah engkau curahkan kepada kami. Engkau mencintai kami dan menerima kami seadanya walaupun hakikatnya kami amat lalai dalam meniti kehidupan seharian dari apa yang telah engkau ajari kami. Sesungguhnya beruntunglah orang yang terpilih sebagai umat mu Ya Rasulullah...

IMAM adalah khalifah,ketua dan dengan kata lain, IMAM adalah insan yang membuat keputusan di mana diikuti ramai pengikutnya. IMAM perlu diikuti dan dikenali agar dapat kita membezakan antara yang Qadim dan Muhaddas, antara Haq dan Batil.

IMAM selalu dianggap orang yang mengetuai SOLAT, BENAR TETAPI APA PULA SOLAT???SOLAT BAGAIMANA YANG DIKATAKAN??? sebab itulah adanya 4 rangkaian iaitu Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. IMAM dalam ilmu Syariat adalah lain, IMAM dalam ilmu Tarikat adalah lain, IMAM dalam ilmu Hakikat adalah lain dan IMAM dalam ilmu Makrifat adalah lain. Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat pula ada berbagai-bagai.

Naik setingkat lagi adalah IMAM dalam ilmu HAQ. " Barangsiapa meninggalkan nama dan maksud, itulah RAJA segala MAKRIFAT".

Dalam diri ada JAHAT, dalam diri ada BAIK, dalam diri ada RASA, dalam diri ada semua, dalam diri ada IMAM.

Diri bagaimana yang dikatakan IMAM? Itulah diri sebenar-benar diri. Itulah sebabnya ada kaitan rapat IMAM dan SOLAT. Ketika mengangkat TAKBIRATULIHRAM, HARAM kan diri kamu dari segala nafsu. Tundukkan segala kejahatan dan amarah. Sesuai juga dengan nama TANAH HARAM, haram apa??? Haramkan nafsu dan segala sifat MAZMUMAH.

Dalam mengangkat TAKBIRATULIHRAM kita menyatakan ALLAH HU AKBAR. Sepertimana kita tahu, ALLAH itu tersedia AKBAR, DIA tidak memerlukan AKBAR kerana sememangnya ALLAH itu AKBAR. Maka di bawanya AKBAR itu dan dipinjam oleh kita dengan dikurniakan oleh ALLAH kepada kita bagi membolehkan kita membawa AKBAR itu kepada DIRI KITA SENDIRI.

Maka berdiri samalah segala nafsu-nafsu, akal fikiran, kejahatan dan alam-alam dalam diri bersama-sama menunaikan SOLAT dengan diimamkan oleh DIRI SEBENAR-BENAR DIRI. Itulah hakikat MAKMUM sebenar-benar MAKMUM.

USUL:
1) MANA IMAM?
2) MANA AL-QURAN?
3) MANA MAKMUM?
4) MANA MUHAMMAD?

Labels