Monday, June 16, 2008

BAB ZIKIR - Zikir Syariat

Zikir adalah terlalu luas untuk ditafsirkan,secara mudah dan ringkas zikir adalah mengingati Allah.Perbuatan berzikir selalu ditafsirkan iaitu seseorang akan duduk diam sambil mulutnya menyebut2 kalimah Allah dan sebagainya, dan kalimah itu pula diulang-ulang secara berturut-turut serentak dikira dengan menggunakan biji tasbih ataupun counter.Zikir yang terbaik adalah kalimah La...illa..ha.illallah...

Zikir pula terbahagi kepada zikir yang nyata dan tersembunyi.Zikir yang nyata dapat dilihit oleh sesiapapun manakala zikir yang tersembunyi hanya antara hamba dan Tuhannya.Zikir pula bukan hanya disebut2 dengan menggunakan mulut dan dibenarkan dalam hati, ia juga perlukan kerja..yaa...kerja..sama seperti makan, seseorang tidak akan kenyang jika dia hanya menyebut2 ayat "Aku nak makan", walaupun dia menyebutnya sebanyak-banyaknya.

Proses penyucian diri adalah proses mengingatkan semula kita kepada amanah yang telah kita ketahui sejak sebelum kedatangan kita di alam syahadah ( alam penyaksian ) kerana sejak alam roh lagi kita sudah bersaksi akan kebenaran seperti sepotong ayat " Alastu birabbikum ", Adakah Aku Tuhanmu? dan kita sendiri,iaitu semua roh termasuklah roh si kafir sekalipun,"Qolu bala,syahidna".Sesungguhnya kami menyaksikan...iaitu kebenaran.

Kebenaran bagi apa?kebenaran bagi yang menyaksikan.Sama seperti maksud kiamat, diambil dari perkataan Qiam yang bermaksud berdiri, berdiri apa?Berdirinya kebenaran...Laillahailallah itu zikir tubuh kiblatnya Baitullah.Dakwatnya Cahaya Matahari dan Cahaya Bulan.Tulangnya makrifat, hakikatnya ingat akan Dia.

Labels