Monday, January 19, 2009

JALAN-JALAN MENGENAL DIRI

Diri itu tidak berupa tetapi ada, dapat dirasai dan dikenali. Diri itu ghaib, diri itu rahsia dalam rahsia.

Hendaklah dimatikan diri sebelum mati, hakikat mati adalah di dalam solat, hakikat solat adalah dhaim iaitu sepanjang hidup dan membawa kepada sifat HAYAT dan HAYAT ALLAH itu tersedia iaitu QIDAM. Sebab hanya orang yang mati dapat mengenal Allah dan bila kita mengenal seseorang itu bermakna kita telah membina perhubungan dengan orang tersebut, sama QIAS nya dengan solat yang dapat ditakrifkan sebagai pengharapan, doa, perhubungan.

Hendaklah tahu akan kejadian asal diri. Apa pula kaitan Muhammad kepada kita. Nama Muhammad itu jadi TUBUH kepada kita, Tubuh Muhammad itu jadi HATI kepada kita, Hati Muhammad itu jadi NYAWA kepada kita, Nyawa Muhammad itu jadi Rahsia kepada kita, Rahsia pada Muhammad jadi Dzat Rahsia kepada kita. Perhubungan antara nafas, ampas, tanapas dan nufus di antara nyawa menyatakan sifat Nafsiah yang 1 iaitu WUJUD, di dalam pecahan-pecahan itu terbitlah lagi 19 sifat dalam kurungan sifat Salbiah, Ma'ani dan Maknawiyah untuk menyatakan sifat WUJUD.

Hendaklah diFANAkan diri kepada Allah. Serahkan diri zahir dan batin kepada-Nya.

2 comments:

Anonymous said...

Sdr Khir,

terima kasih di atas ilmu yang dikirimkan. Semoga sama sama mendapat manafaatnya, amin.

Anonymous said...

Muhammad itu jadi TUBUH kepada kita, Tubuh Muhammad itu jadi HATI kepada kita, Hati Muhammad itu jadi NYAWA kepada kita, Nyawa Muhammad itu jadi Rahsia kepada kita, Rahsia pada Muhammad jadi Dzat Rahsia kepada kita


Muhammad benda ape...manusia kew...nama kew....atau sejenis ape

Labels