Friday, August 25, 2006

Pembahagian Solat

Solat ada 3 bahagian :

1. Sembahyang orang-orang Mubtadi (Syariat)

Yakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk mendapat pahala. Maka amalan ini syirik semata-mata.

2. Sembahyang orang Mutawasit(Tariqat)

Menyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala. Semata-mata ia berserah kepada Allah. Maka di atas amalan ini adalah lebih baik daripada yang pertama itu, tidaklah ia terkena syirik.

3. Sembahyang orang Mumtahi(Hakikat)

Tiada ia sembahyang dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kerana ditilik pada dirinya adalah golongan dhoif, fakir, hina dan lemah.


Mari kita perhatikan yang dinamakan niat itu apakah unsur2nya pula.

Satu Hadis mengatakan :

"An niatu bilqalbi bila' sautin wala' harfin"

Ertinya : "Bahawasanya niat itu di dalam hati, tiada suara dan tiada berhuruf."

Maka mengertilah kita bahawa lafaz awal dibibir itu sekadar sebutan bukannya niat sebenar-benar niat. Jumhur ulama mengatakan lafaz itu sunat.

Sabda Rasulullah SAW :

"Qasdu syai-in muktarinan bi fiklihi"

Ertinya : "Menyehaja sesuatu hal keadaan dibersertakan dengan perbuatan."

Maksudnya bukan bersahaja seperti ke pasar, berjalan2 ambil angin di luar rumah pula. Pergertiannya adalah tanpa paksaan dan desakan tetapi dengan keikhlasan dan tawadhuk dihadapan Allah s.w.t dengan dilansungkan berserta perbuatan.

Adapun yang dikatakan niat itu terbahagi ia kepada tiga :

1 - Qasad : Menyatakan pada "usalli fardhu" menandakan ada waktu pada hamba yang taat. Iaitu solat fardhu yang 5.

2 - Ta'rad : Menyatakan pada "arba'a raka'at" menandakan ada rukun, yakni bersedia hamba untuk menunaikan. Bilangan rakaat yang telah disyariatkan.

3 - Ta'yin : menyatakan pada "Lillah Ta'ala" menandakan suruhan Allah yakni menghadapi kiblat hati. Tanpa ada sedikit selingan gangguan hanyalah padaNya semata dalam hati yang ikhlas tanpa pasang niat memperolehi sesuatu. Umpama mengosngkan diri dari segala gangguan pemikiran.

Difahamkan mereka yang arif.
Maka sesudah nyata Qasad, Ta'rad, Ta'yin bererti telah nyatalah

  • kiblat dada kepada Baitullah.
  • Kiblat hati kepada nyawa
  • zat memandang zat.
  • Sifat memandang sifat
Baharulah kita mengatakan "Allahu Akbar".

Imam al-Gahazali r.a. katanya, "Adapun kedudukan usalli, fardhu, rakaat, lillah ta'ala, Allahu Akbar." ialah seperti berikut;

1. Usalli - maksudnya amanah Tuhan terhadap hamba, maka tatkala hambaNya telah menerima syariatNya, maka wajiblah kembalikan kepadaNya dengan keadaan yang sempurna.

2. Rakaat - menyatakan hal kelakuanNya. Maka hilangkanlah kehendakmu di dalam halNya dan hapuskanlah fe'el mu di dalam kelakuanNya baharulah sah amalannya.

3. Lillahi ta'ala - Menyatakan sirNya (rahsia). Maka fana'lah sir iktikad cinta rasa dan berahi mu di dalam sir Allah. Baharulah nyata ada kiblat bagi kamu.

4. Allahu Akbar - menyatakan kaya Tuhan terhadap hamba. Kerana hamba sampai kepada seruan Allah Ta'ala kerananya Allah Ta'ala esa, Muhammad yatim, hamba dhoif. Tiap-tiap yang datang mesti akan kembali. Maka kembali sekalian hamba-hamba itu di dalam seruan Allahu Akbar. Maka bergemalah suara-suara hambamu yang taat itu mengatakan dan memuji akan nama Allahu Akbar dan terlintaslah suara mu'minnya terus tujuh petala langit dan terus tujuh petala bumi. Maka bersahut-sahut akan roh-roh Anbia' dan Aulia' serta Malaikat dengan katanya, "Sejahteralah umat-umat mu ya Muhammad!".

5. Fardhu - sah dan nyata. Bersifat di atasnya hamba. Maka tiap-tiap yang bersifat hamba mestilah ada yang empunya hak. Maka kembalilah sifat-sifat mu kepada yang berhak. Cara-cara hendak kembalikan kepada yang berhak, itulah sebabnya diwajibkan kepada fardhu. Tiap-tiap perbuatan ataupun amalan adalah dengan fardhu. Tanpa dengan niat fardhu perbuatan itu sia-sia sahaja. Maka tidak berertilah kamu beramal. Kerana fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.


Apakah hukumnya pula jenis ketiga-tiga peringkat solat ini?

Sembahyang orang syariat dan hukumnya.

Adapun sembahyang orang syariat itu, ialah orang yang memandang daripadanya kepada Allah serta suci daripada riak dan seumpamanya. Semata-mata kerana harap dapat pahala dan takut akan azab. Diketahuinya akan segala syarat dan rukun serta yang membatalkan dia. Hukumnya orang ini syirik semata-mata. Bermula amal syariat tiada sekali-kali diterima amalnya walaupun sebesar
bukit. Wallahualam.

Sembahyang orang tarikat dan hukumnya.

Adapun sembahyang orang tarikat itu, iktikadnya hadir Allah Taala pada hadapannya. Melihat akan segala perbuatan dan mendengar akan segala bacaannya. Maka terdorong ia kepada kusyuk kerana Allah Taala hadir pada hadapannya. Suci daripada riak dan tiada harap akan pahala dan tiada takut akan siksa. Hanya memandang dirinya hamba. Mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Orang ini hanya diterima amalnya daripada sekadar hadir hatinya kepada Allah Taala dalam sembahyang. Orang ini memandang daripada Allah kepadanya. Hukumnya syirik juga akan tetapi alas (kecil) syiriknya.

Sembahyang orang hakikat dan hukumnya.

Adapun sembahyang orang hakikat itu ialah orang yang tiada memandang bagi dirinya amal. Hanya memandang feel kelakuan Allah Taala yang berlakun pada dirinya yang ditakdirkan pada azali sebelum dijadikan dia. Yang dipandangnya ialah segala amalnya daripada Allah dengan Allah bagi Allah. Inilah orang yang lepas daripada syirik. Inilah yang sebenarnya sembahyang.

Jadi sembahyang yang dikehendaki di sini ialah sembahyang yang meliputi tubuh dan nyawa atau jasad dan roh. Sekiranya seorang itu tiada nyawa, bukan manusia namanya dan sudah pasti tiada ia dapat beramal. Sedangkan, sebenarnya dia tiada dapat pandang yang beramal dan yang empunya amal. Kerana dengan adanya roh baru jasad dapat beramal. Sedangkan roh itu Sifatullah atau Sirrullah dan roh itu tiada akan dapat beramal sekiranya tiada serta dengan Zatullah. Maka barulah benar yang beramal itu Sifat bagi zat dan yang empunya amal itu adalah zat. Oleh kerana itulah sembahyang orang syariat dihukumkan syirik.

Inilah yang dikatakan martabat sembahyang yang terbahagi pada tiga.

No comments:

Labels