Tuesday, September 26, 2006

SYAHADAH

beginilah secara ringkasnya penerangan saya tentang syahadah:

kita mula dengan rukun syahadah, ada empat perkara iaitu:
1.mengisbatkan dzat
2.mengisbatkan sifat
3.mengisbatkan af'al
4.membenarkan kerasulan Muhammad SAW.

secara kasar saya terangkan iaitu mengenai mengisbatkan Allah pada dzat Nya adalah dengan tidak menduakan (syirik) pada sifat yang layak bagi dzat Allah Taala:
Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu Taala Lilhawadith, Qiamuhu Binafsih dan Wahdaniat.

sekiranya kita mensyirikkan(mendua atau menyamakan) walaupun pada salah satu daripada sifat bagi dzat tersebut maka batallah syahadah kita. Maka hendaklah kita mengisbatkan bahawa tiada yang bersifat dengan sifat tersebut melainkan hanya dzat bagi Allah semata-mata. dengan itu dapatlah kita membezakan diantara Qadim dan Muhaddas dengan sifat pada dzatNya.

kemudian ialah mengisbatkan pada sifat(iaitu sifat yang berdiri dengan dzat), hendaklah kita kenal akan apakah sifat tersebut iaitu:
Qudrat,Iradat,Ilmu,Hayat,Sama'a, Basar dan Qalam.

maka isbatkanlah akan sifat yang berdiri dengan dzat tersebut supaya tidaklah kita mensyirikkan Allah pada sifatNya. sebagai contoh bila kita lihat pada sifat Qudrat, hendaklah kita mengisbatkan sifat tersebut kerana tiadalah yang bersifat dengan sifat Qudrat melainkan Allah. akan tetapi pada kita, maka berkuasa kita atas sifat Qudrat Allah dan bukannya sifat diri kita sendiri kerana sifat hamba (muhaddas) itu adalah lemah semata-mata. dengan itu dapatlah kita membezakan diantara Qadim dan Muhaddas pada sifatNya. akan tetapi, terbahagi sifat itu kepada dua pula iaitu sifat kaenat(barang yang dijadikan oleh Allah) dan sifat kamalat(sifat kesempurnaan Allah).sifat kamalat yang berdiri dengan dzat itulah yang wajib kita ketahui bagi membezakan diantara Qadim dan Muhaddas dan dapatlah kita mengisbatkan pada Allah pada sifatNya.


seterusnya ialah mengisbatkan Allah pada Af'alNya (perbuatan).
"Dan sesungguhnya Allah yang menjadikan kamu dan perbuatan kamu" -As Shafaat:ayat 96-
hedaklah kita mengisbatkan bahawa setiap perbuatan itu berlaku diatas sifat Qudrat dan Iradat Allah dan bukannya atas sifat makhluk itu sendiri. maka pada makhluk itu wajiblah ia bersifat dengan sifat lemah dari segala perbuatan dan tiada daya upaya melainkan dengan sifat Qudrat dan Iradat Allah semata-mata.

akhir sekali adalah membenarkan kerasulan Muhammad SAW.
hendaklah kita mengisbatkan bahawa Muhammad itu adalah Nabi dan Rasul yang terakhir dan tiada lagi selepasnya. Bagindalah yang melengkapkan segala syariat para Nabi dan Rasul dengan lahirnya Islam iaitu syariat yang lengkap dan dipegang hingga ke akhir zaman.
wajib beriman bahawa Baginda bersifat dengan sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah dan menolak sifat yang berlawanan dari sifat tersebut.

dengan itu maka dapatlah kita membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW. maka barulah dikatakan seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul. sekiranya dicantumkan dua kalimah tadi iaitu kalimah tauhid (La ilaha Ilallah) dan kalimah Rasul (Muhammad Rasulullah) maka dinamakan sebagai kalimah Syahadah dengan mengisbatkan sifat yang layak bagi Allah dan membenarkan kerasulan Muhammad sebagai Rasul. ini juga disebut sebagai tauhid dalam Usuluddin.

No comments:

Labels