Wednesday, May 18, 2011

Berpegang kepada TALI ALLAH...


Assalamualaikum dan Salam serta Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kita mulakan sesi percambahan fikiran dengan sepotong ayat Quran Surah Ali Imran, 3:103 "Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".

Kita tambahkan lagi idea dengan ayat dalam surah yang sama Ali Imran, 3:112 "Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia".

Jadi APAKAH yang dimaksudkan TALI ALLAH??? Tali itu KUAT, sebagai PEMBANTU, sebagai PETUNJUK kepada KESELAMATAN, dibuat daripada bahan yang lembut tetapi hasilnya menjadi KUAT.

Mari kita sama-sama dengarkan hadith daripada Rasulullah S.A.W iaitu
"Ia (al-Quran) ialah TALI ALLAH yang kuat dan jalan-Nya yang lurus".

"Sesungguhnya jalan itu adalah tempat lalu lalang, syaitan-syaitan selalu datang kepadanya. Wahai Abdullah! Ambillah jalan ini, kemarilah, tempuhlah jalan ini. Maka mereka berpegang kepada tali Allah kerana sesunguhnya tali Allah itu adalah al-Quran"

"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya Allah meredhai tiga perkara dan memarahi (murka) tiga perkara: Allah redha kepada kamu apabila kamu mengibadahiNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, berpegang teguh kepada tali Allah dan tidak bercerai-berai, dan kamu sentiasa menasihati pemimpin yang diangkat Allah menguruskan urusanmu. Dan Allah marah (murka) kepada kamu tiga perkara: Memperkatakan itu dan ini (banyak berdebat), banyak bertanya dan boros (menyia-nyiakan) harta".

Jadi JELAS bahawa yang dimaksudkan TALI ALLAH adalah Al-Quran sebagai peganggan.

Apa pula AL-Quran??? dalam erti kata SEBENAR???

Jadi di mana letaknya TALI ALLAH???

Perasaan ini tidak dapat digambarkan... seperti rasa masin, manis, sakit, sejuk semuanya tidak dapat digambarkan. Setiap manusia mempunyai penerangan yang berbeza mengikut tahap masing-masing.

Amanah yang dibawa dan perjanjian antara Hamba dan ALLAH tetap ada walaupun tanpa kita SEDAR... Itulah yang menjadi kekuatan dan TALI kepada kita sebagai umat yang digelar UMAT MUHAMMAD.

Di akhir coretan ini, mari kita sekali lagi mendengar hadith daripada Nabi Muhammad S.A.W : "Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, sesiapa yang berkata dengannya benar, beramal dengannya mengikut petunjuk dan sesiapa berpegang kepadanya mendapat hidayah ke jalan yang lurus".

Tiada apa yang TERBAIK lagi selain MENDAPAT JALAN yang LURUS... Maka gengamlah TALI ALLAH dengan ERAT... AMIN...

No comments:

Labels