Monday, May 28, 2012

CUMA KATA-KATA...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca sekalian... Segala Pujian dan Syukur ke Hadrat ALLAH Tuhan Semesta ALAM... Agak lama aku menyepi dari menulis dalam blog ini... Banyak perkara-perkara yang aku lalui, mendidik diri ini tentang ERTI kehidupan. Dari sudut keperluan Syariat Tubuh dan Hakikat. Hidup ini kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Hidup di zaman sekarang makin lama makin mencabar dan memerlukan ketahanan PRINSIP kehidupan dan nilai-nilai kemanusiaan. Ilmu menuju AKHIRAT jauh sekali... kefahaman yang jauh berbeza... ISLAM itu dimain-mainkan mengikut keperluan semasa. Tapi ini semua berbalik kepada institusi kekeluargaan... iaitu ASAS... ASAS kekuatan NEGARA... NEGARA ISLAM... Pernah rakan-rakan terfikir dengan banyaknya isu-isu sosial... bagaimanakah pula cabaran yang bakal dihadapi oleh anak-anak kita nanti... apa bekalan yang telah kita beri??? Semoga kita sama-sama berjaya menempuhinya... DUNIA sentiasa berputar dan semakin dekat pengakhiran dunia (KIAMAT). Semoga ALLAH memberi kasihan kepada engkau dan aku... AMIN...

No comments:

Labels