Sunday, August 20, 2006

LAILAHAILLALLAH

NABI MUHAMMAD S.A.W BERSABDA

  1. Bacalah Kalimah ini sabanyak saratus kali tiap-tiap hari, kerana tidak ada kebaikan yang lebih baik daripadanya.
  2. Sesiapa yang membaca Kalimah LAA ILLAHA ILLALLAH saratus kali pada waktu pagi dan saratus pada waktu petang, ganjaran yang akan diterima ialah sebanyak ganjaran yang diterima oleh orang yang telah membebaskan sepuluh orang hamba dan keturunan Nabi Ismail 'alaihis-salam.
  3. Perbahruilah keimanan kamu dengan membaca Kalimah LAA ILLAHA ILLALLAH dan dengan mengamalkannya.
  4. Manusia yang paling bahagia dengan Shafaatku ialah orang berkata LAA ILLAHA LLALLAH dengan ikhlas dari hatinya.
  5. Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka terhadap orang yang mengatakan LAA LLAHA ILLALLAH yang betul-betul menuntut keredhaan Allah.
  6. Zikir yang termulia ialah LAA ILLAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah ALHAMDULILLAH
  7. Hendaklah kamu mengajar mayat-mayat mu akan mengucap kalimah LAA ILLAHA ILLALLAH ketika ia hendak meninggal maka di wajibkan syurga baginya.
  8. Barang siapa yang mengucapkan LAA ILLAHA ILLALLAH dengan ikhlas dia akan dimasukan kedalam syurga.
  9. Tiada seorang hamba yang mengucapkan LAA ILLAHA ILLALLAH melainkan dibukakan baginya pintu-pintu di langit sehingga Kalimah itu terus menuju ka `arasy kecuali orang itu terlibat di dalam dosa-dosa besar.
  10. Perbanyakkanlah ikrar dan pengakuan terhadap LAA ILLAHA ILLALLAH sebelum tiba suatu masa di mana kamu tidak dapat lagi mengucapkannya.
  11. Bahawa ahli LAA ILLAHA ILLALLAH tidak akan berdukacita di dalam kubur dan tidak di padang Mahsyar. Seakan-akan aku melihat ahli-ahli LAA LLAHA ILLALLAH itu sedang bangun dari kubur masing-masing dengan mengabiskan tanah dari kubur mereka sambil berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami (buat selama- lamanya).

No comments:

Labels