Monday, July 31, 2006

KALIMAH

A'kum kawan-kawan.

Lailahaillallah MUHAMADAR RASULULLAH.

Dalam kalimah pertama, tersirat makna Awaluddin Makrifutallah iaitu awal agama mengenal Allah. Tetapi itu baru awal sahaja, bukannya hakikat muktamad dan penghujung perjalanan. Masih lagi mentah dalam hakikat perjalanan Tasawuf yang sebenar.

Apabila kita telah mengenaki keEsaan Allah, bahawa hakikat setiap sesuatuyang wujud adalah hakikat Allah jua maka kita tahu tidak ada satu perbuatan pun walau yang jahat, walau yang bersifat syaitan, yang tidak berpunca dari Allah. Maka itu dari sudut keEsaan dan Tauhid sebenar-benar tauhid, orang main buntut pun terjadi kerana dengan DAYA dan UPAYA Allah belaka.

Tetapi kalau kita cuma duduk dalam makam ini, akan bermasalah lah kita. Kerana perkara yang benar pun dari Allah, yang sesat pun dari Allah.

Sebab itu mesti berpegang pada kalimah Muhammadar Rasulullah. Di sini terletak petunjuk bagaimana mengharungi lautan kehidupan yang penuh dengan perkara berlawanan ini - hitam lawannya putih, Islam lawannya kafir, kebenaran lawannya kebathilan atau kesesatan. Melalui ajaran yang dibawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW lah kita boleh tahu apakah perbuatan yang benar, apa yang sesat. Kalau tidak semuanya kita boleh main boh dan menghalalkan atas nama Tasawuf, faham hakikat dan sudah tinggi martabat konon.

Ingat, setinggi mana pun kita mengaji Tasawuf, tidak ada makam yang terbaik kecuali makam ubudiyah yang menempatkan Rasulullah SAW. (Bukan makam rububiyah ya yang banyak orang terima pengajian daripada bapak jin yang mengaku wali dok bangga-banggakan sangat)

Di sinilah kita akan menTauhidkan segala af'al atau perbuatan itu berasal daripada Allah tetapi dengan BERADAB, adab si hamba dengan Sang Penciptanya. Di sinilah kita berkata segala yang baik datang dari Allah jua, mana yang jahat datang dari hamba yang dhaif ini.

Tanda-tanda orang yang telah meningkat makam dan qurbahnya menghampiri Allah ialah merendah diri, tidak ujub dan riak dengan ilmu di dada. Insyaallah, dengan sifat itu kita akan bernaung dalam asma Allah yang bernama Al-Hadi - Yang memberi petunjuk. Satu asma utama dalam menzahirkan peranan Rasulullah SAW yang diutuskan untuk memberi petunjuk JALAN YANG BENAR.

Kalau kita menyombong, cakap pun nak maki orang, nak merendahkan ilmu orang, nak menguji-nguji makam orang lain, berhujah panjang-lebar semata-mata hendak MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH, BESAR KEMUNGKINAN kita sedang bernaung di bawah asma Al-Mudihil - Yang menyempitkan juga YANG MENYESATKAN - asma yang juga menempatkan iblis dan syaitan atas "tugasnya" menguji manusia di bumi ini.

Allah sendiri menyebut dalam Al-Quran, tiada siapa yang boleh menyesatkan orang yang Dia beri petunjuk. Dan sebaliknya tiada siapa boleh memberi petunjuk orang yang disesatkan.

Sebab itu pada ayat-ayat akhir Surah Al-Fatihah kita memohon:

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,

Jalan mereka yang telah Engkau anugerahi

nikmat, bukan jalan mereka yang dimurkai

atau mereka yang SESAT.

Insyaallah... Kita sama-sama bergerak ke hadapan mencari keredhaan Allah, bukan "keredhaan" manusia dan kawan-kawan yang mungkin boleh diperolehi dengan cara menunjuk pandai, memakai segala macam hujah sebagai "bukti" betapa kita ini "dah sampai" kepada Allah.

No comments:

Labels