Saturday, April 01, 2006

ASAS-ASAS PENTING...

Hukum syarak:
1) talib(tuntut)-hukum taklif
2)abahad(harus)-hukum takhiri
3)wadha'i(hantaran)-hukum qadha'i

Hukum Akal:
1)Wajib pada akal.
2)Mustahil pada akal.
3)Harus pada akal.

Hukum Adat:
1)Ada dgn tiada.
2)Tiada dgn ada.
3)Ada dgn ada.
4)Tiada dgn tiada.

Rukun Islam 5 perkara:
1) Mengucap dua kalimah syahadat.
2)Solat 5 waktu sehari semalam.
3)Puasa pada bulan Ramadan.
4)Mengeluarkan zakat.
Mengerjakan Haji ke Baitullah jika kuasa.

Syarat Islam 4 perkara:
1)Sabar atas hukum Allah Ta'ala.
2)Redha atas Qadha Allah Ta'ala.
3)Ikhlas hati menyerah diri kepada Allah Ta'ala.
4)Mengikut Firman Allah Ta'ala dan Sunnah Rasullullah S.A.W.

Tanda Islam:
1)Merendah diri.
2)Suci lidahnya daripada berkata dusta.
3)Suci perutnya dari makanan haram.
4)Suci tubuhnya dari tamak dan haloba.

Membinasakan Islam 4 perkara:
1)Berbuat tanpa mengetahui.
2)mengetahui tidak berbuat.
3)Tiada mahu belajar.
4)Menghina orang yang berbuat kebaikan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH,MAHA PENYAYANG....(BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM).

Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kita jalan agama ini dan tidak kita dapat petunjuk jika tidak diberi petunjuk oleh Allah.
Selawat dan Salam itu kepada Saidina Muhammad S.A.W. dan keluarganya juga kepada Para Sahabat dan Tabien.

LAILLAHAILLALLAH

Adalah mengandungi Dua Kalimah Syahadat dengan Simpulan Iman sebanyak 68 akaid ( cabang ). Apabila kita sudah mengenal dan mengetahui kesemuanya itu, maka barulah sah kita mengatakan: ASYHADU( AKU NAIK SAKSI/AKU MENYAKSIKAN/ AKU MENGAKU/ AKU KETAHUI ).

No comments:

Labels