Thursday, March 30, 2006

Solat sebenar-sebenarnya solat.

Shalat orang Muktadi (Fukaha/Syari'at)
Sempurna segala syarat dan rukunnya, berkehendak kepada pahala dan takut akan dosa.
Hukumnya: Syirik Jalli (Syirik yang nyata) hingga amalan ibadahnya tertolak (mardud), bahkan tiada terpelihara dari Riya, Sum'ah, Takabur, 'Uzub dan lainnya yang tergolong kepada beberapa dosa-dosa besar.

Shalat orang Mutawasit (Salik/Thoriqat)
Sempurna segala syarat dan rukunnya, tiada berkehendak kepada pahala dan tiada takut akan dosa, namun memandang akan amalan hamba kepada Tuhannya.
Hukumnya: Syirik Kahfi (Syirik yang halus) hingga amalan ibadahnya diterima sekedar hadir hatinya sahaja, terpelihara dari Riya, Sum'ah, Takabur, 'Uzub dan lainnya yang tergolong kepada beberapa dosa-dosa besar.

Shalat orang Zindiq (Hakikat tanpa syari'at)
Tiada berkehendak kepada segala syarat dan rukunnya, tiada berkehendak kepada pahala dan tiada takut akan dosa, tiada memandang akan amalan hamba kepada Tuhannya, menafikan segala sandaran, menafikan segala hukum, semata-mata menyangka dirinya mengingat Allah setiap sa'at, shalat setiap sa'at, padahal mengekalkan ia pada menafikan suruh daripada Haq Ta'ala yang menyandarkan segala keadaan kepada dirinya supaya menjadi pertanda.
Hukumnya: Syirik Kahfi-al Kahfi (Syirik yang halus lagi tersembunyi) hingga amalan ibadahnya mardud, terpelihara dari Riya, Sum'ah, Takabur, 'Uzub dan lainnya yang tergolong kepada beberapa dosa-dosa besar, namun tiada terpelihara (terhijab) dari dosa terbesar yakni menyekutukan Haq Ta'ala, pada menafikan suruh dalam tanda-tanda (syari'at), contoh: Iblis tiada digerakan pada suruh sujud kepada adam, padahal ia mengetahui dan mengenal dengan Haq pada Zat Yang Menyuruh.

Shalat orang Muntaha (Ihsan/Makrifat)
Sempurna segala syarat dan rukunnya, tiada berkehendak kepada pahala dan tiada takut akan dosa, tiada memandang akan amalan hamba kepada Tuhannya, namun memandang yang demikian itu ibarat pena menorehkan Kalam.
Hukumnya: Kamil (sempurna), hingga semata-mata Ikhlas, Riedla dan Sabar kepada membaca dan menyaksikan Kesempurnaan Zat Yang menorehkan Kalam yang berlaku pada pena, bahkan Allah yang menjaganya/memeliharanya.

No comments:

Labels