Thursday, December 27, 2007

Rahsia Ilmu

Untuk mengenal Allah mesti lah berilmu. Tapi Ilmu macammana yang harus diikuti/dipelajari.
Ilmu yang dipelajari mempunyai peringkatnya seperti juga kita pelajari ilmu sekular yang mempunyai peringkat dari sekolah rendah sehingga lah ke menara gading.
Ilmu yang dimaksudkan ialah : Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat.

Apa itu Syariat?
Syariat mempelajari ucapan dan perbuatan sesuatu amalan. Syariat adalah ilmu yang boleh dilihat dan didengar. Batas Ilmu Syariat kita pelajari hanya sampai yang kita nampak, yang tidak nampak, tidak boleh dipelajari dengan Syariat. Sekecil-kecil hingga titik, dalam titik tidak boleh ditunjukkan lagi. 30 Juz Al Quran terkandung dalam 114 Surah, 114 surah terkandung dalam 6666 ayat, 6666 ayat terhimpun dalam Al Fateha, Al Fateha terhimpun dalam Bismillah, Bismillah terhimpun dalam Ba, Ba terhimpun didalam titik. Sampai titik boleh ditunjukkan tapi dalam titik tidak boleh dipelajari dengan ilmu Syariat.

Sesudah belajar Syariat, jangan salahkan orang belajar Tarikat pula.

Apa itu Tarikat?
Tarikat bukan lagi pelajaran syariat.Tarikat itu maksudnya jalan atau perjalanan. Jalan ke mana?
Jalan menuju ke Hati, mempelajari Hati dan mengetahui Hati. Kerna Hati itu berpenyakit dan haruslah dibersihkan. Maka itu untuk membersihkan Hati haruslah selalu Ingat Allah. Pelajaran Tarikat hanya sampai Ingat Allah.

Kalbu Mukminin Baitullah
Hati Orang Mukminin Rumah Allah

Sesudah belajar Syariat dan Tarikat, jangan salahkan pula orang yang belajar Hakikat.

Apa itu Hakikat?
Hakikat bukan pelajaran Syariat dan Tarikat, Hakikat bukan hanya Ingat Allah tapi Merasakan Allah.

Surah 16 An Nahl Ayat 128 : “Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Cuba kita sertakan ais pada diri kita, kita dapat rasakan kesejukkan; cuba kita sertakan api pada diri kita, kita dapat rasakan kepanasan; cuba kita sertakan Allah pada diri kita, kita tak tahu jawapannya. Jadi kalau kita tidak tahu jawapannya, macammana kita nak tahu Allah berserta dengan kita?

Barangsiapa Tidak Merasa, Tidak Akan Faham

Sesudah belajar Syariat, Tarikat dan Hakikat, jangan salahkan orang belajar Makrifat. Belum tentu kita dapat sampai ke tahap itu kerna peringkat itulah yang tertinggi.

Apa itu Makrifat?

Makrifat bukan lagi pelajaran Syariat, Tarikat dan Hakikat. Bukan lagi hanya Ingat Allah atau Merasakan Allah tapi Mengenal dan Menyaksikan Allah.

Allah itu ghaib bagi yang tak kenal tapi Allah itu nyata dan terang bagi yang kenal.

"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia dan dalam diri mereka, sehingga ternyata pada mereka bahawa ianya adalah benar(Haq)"
(Surah 41 Al-Fusilat Ayat 53).

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?(Surah 51 Adz Dzaariyaat : ayat 20-21)

"Sesiapa mengenal akan dirinya maka sesungguhnya mengenal Tuhannya dan sesiapa mengenal Tuhannya nescaya hancur dirinya."(Hadis Qudsi)

Setelah berilmu barulah boleh mentauhidkan Allah.

Apa itu TAUHID?
Mungkin selama ini kita diajarkan bahwa Allah itu ESA, Tidak beranak dan Diperanakkan, Allah Maha Besar,
Tiada sesuatupun yang setara dengan Dia dll. Itu hanya cerita.
Tapi apa sebenarnya Tauhid? Bagaimana hendak mengESAkan Allah?
Tauhid itu adalah konsentrasi. Alihkan segala ingatan, pandangan dan pendengaran pada yang SATU.
Kalbu Mukminin Baitullah;Hati Orang Mukminin Rumah Allah.

"Matikanlah diri kamu sebelum kamu mati." KESIMPULAN :

“AWALLUDIN MAKRIFATULLAH”
Awal Agama Mengenal ALLAH.

Mengapa disuruh MENGENAL dulu.
Kerna supaya kita boleh INGAT ALLAH.
Kalau sudah INGAT ALLAH barulah boleh DIRIKAN SOLAT
Barulah boleh KHUSYU’ solat kita
BERUNTUNGLAH orang-orang yang KHUSYU’

Maka itu jika ingin beribadah / beramal, tidak kira apa ibadah sekalipun haruslah dengan rukun amalnya iaitu
QALBI, QAULI dan FIQLI

Pertama: Ingat Allah
Kedua : Memuji Allah, RasulNYA dan berDOA
Ketiga : Lakukan ibadah itu

org syariat berpegang dgn amalnya
org hakikat berpegang dgn ilmunya
org makrifah berpegang dgn rasanya

No comments:

Labels