Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

GULA atau TEBU???

Dengan Nama Allah, aku berserah kepada Allah..Tiada Tuhan melainkan Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Berjumpa lagi kita dalam ruangan blog yang tak seberapa ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana berkat daya yang Allah kurniakan, maka layaklah kita untuk menjalankan ibadah puasa dengan baik. Pada kali ini, suka saya membawa tajuk GULA atau TEBU???

Antara gula atau tebu yang mana menjadi pilihan kamu??? Inilah persoalan yang dilemparkan kepada saya oleh insan yang bernama GURU. Apakah yang dimaksudkan dengan soalan ini???

Marilah kita lihat sama-sama kepada unsur gula dan tebu.

Gula itu halus, diproses, mudah dibawa ke mana-mana, mempunyai banyak kegunaan dan boleh diaplikasikan dalam macam-macam masakan, ia boleh juga dicampur dengan air untuk mendapatkan rasa manis dan BANYAK LAGI!!!

Tebu pula bagaimana? Tebu itu panjang, mesti dibuang kulitnya dahulu sebelum dapat merasa manisnya tebu, sukar nak dibawa ke mana-mana kerana bentuknya yang panjang, tidak boleh dicampur dalam masakan dan air untuk mendapatkan rasa manis (tak banyak kegunaan)

Itulah serba-sedikit huraian mengenai GULA dan TEBU...Apa pula kaitannya dengan hidupnya kita???

Mari kita ingat pelajaran ASAS ISLAM, kita boleh berpandu kepada 4 perkara seperti yang saya sebut-sebut dalam post terdahulu iaitu:
1) Al-Quran;
2) As-Sunnah;
3) Ijmak; dan
4) Qias.

Maka dalam konteks persoalan tersebut diatas, ia lebih kepada kaedah QIAS..atau perbandingan...perumpamaan...

QIAS kepada APA???

Jawapan : Qias kepada ILMU...

Perbezaan ILMU APA???

Jawapan : Perbezaan ILMU SYARIAT dan HAKIKAT...

Sesuai dengan Hadith Nabi Muhammad S.A.W iaitu "Syariat tanpa hakikat kosong, hakikat tanpa syariat BATAL..."

Jika memegang kepada Hakikat yang sebenar,maka pasti telah MELALUI SYARIAT dengan sempurna, maka jadilah HAKIKAT itu pelbagai guna.

Yang Ditulis,
K.ZOS

Monday, May 25, 2009

Pesanan Aku yang bernama GURU

Buka fikiran dengan melaungkan kebesaran Allah S.W.T Tuhan seluruh alam baik alam zahir dan batin, alam roh dan jasad, alam nyata dan tersembunyi dan itu Dia yang meliputi sekalian ALAM...YANG ESA... GURU itu KAYU UKUR, GURU penegur KETIKA SALAH, GURU itu menenang ketika KEKUSUTAN..maka nyatakan guru itu pada HATI (QALBU) MUKMIN.

Dalam ketidakesedaran kita, pelbagai masalah yang kita lalui ketika HAYAT ini berlaku sebenarnya adalah jawapan-jawapan yang kita sedang sediakan bagi menjawab persoalan-persoalan ketika waktu kita akan dikuburkan pada masa depan. Siapa TUHAN kamu??? Siapa NABI kamu??? Apakah AGAMA kamu??? Apakah KIBLAT kamu??? Siapa SAUDARA kamu??? Apakah pegangan IKTIKAD kamu??? Dan apakah KALIMAH yang kamu bawa bersama-sama kamu???

Inilah permulaan fikiran dan persoalan yang MAHAL HARGAnya yang perlu kita halusi.

RUANGAN UNTUK BERFIKIR:

1) Kepada SIAPAkah sebenarnya bacaan TALKIN itu DITUJUKAN?????

2) Siapakah GURU kita yang mengajar akan jawapan kepada persoalan-persoalan itu???

3) Manakah DUDUKnya kita dan apakah MARTABAT kita pada waktu jawapan-jawapan itu kita jawab?

4)Adakah kita Ingkar akan ALLAH sehinggakan persoalan SIAPAKAH TUHAN KAMU DITANYA? sedangkan INGKAR itu bermakna KAFIR....

5)Adakah jawapan kepada persoalan itu yang kita cari atau persoalan itu sendiri adalah jawapan???

6)Apakah KALIMAH yang kita BAWA bersama-sama???

Untuk itu mari kita hayati sama-sama terjemahan bacaan TALKIN...

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

NAHHHHH!!! Inilah bacaan-bacaan yang bakal kita DENGAR pada hari pengebumian kita... Tapi adakah kita dapat lakukan apa yang dinasihati IMAM yang membaca tahlil kepada KITA???

Firman Allah ......

BERSAMBUNG............

Labels