Showing posts with label Amin. Show all posts
Showing posts with label Amin. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

MENCARI JAWAPAN...


Assalamualaikum dan Selamat Berbahagia kepada Mukmin Sejati...

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W... Alhamdulillah, dapat juga saya buat coretan ringkas untuk post kali ini. Saya sedang sibuk sedikit dengan urusan kerja dan sedang dalam mood outstation.

Pada post kali ini, suka saya untuk mengingatkan rakan pembaca dan saya sendiri untuk menyemak/audit tahap kefahaman tauhid kita. Ini adalah penting bagi memastikan sekurang-kurangnya tiada syirik halus di dalam hati ini..

Tanpa melengahkan masa, mari kita mulai sesi ujian ini. Ujiannya cukup mudah, saya tanya dan anda jawaplah sendiri di dalam HATI... Rasakan soalan ini sehingga melekat betul di dalam HATI SANUBARI DIRI anda.

Soalan :

Apabila saya menyebut ALLAH...apa yang ada di dalam bayangan anda??? Masih tergambar huruf-huruf kalimah Alif Lam Lam Ha'?????

Lakukankan soalan ini berkali-kali setiap hari bagi menyemak tahap kefahaman anda terhadap Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Ia adalah satu soalan yang mudah tetapi padat dengan isi-isi UTAMA pengisian TAUHID.

Semoga kita mendapat keberkatan di dalam usaha memahami lebih mengenai cara pengenalan yang sebenar-sebenarnya kepada ALLAH S.W.T.

AMIN.....

Thursday, September 30, 2010

KELEBIHAN MEMBACA "AMIN" SESUDAH AL-FATIHAH

Assalamualaikum dan selamat kepada semua saudara seIslamku...

Pujian dan syukur ke Hadrat Allah, dengan-Nya terhurailah segala simpulan ikatan...

Pada kali ini suka untuk saya membincangkan berkenaan kelebihan membaca AMIN setelah selesai membaca Al-Fatihah. Sesungguhnya segala sesuatu mempunyai adab dan cara, adalah amat elok sekiranya Penghulu Surah Al-Fatihah diselesaikan bacaan dengan membaca AMIN...

Secara ringkasnya mari kita pecahkan huruf AMIN itu tadi bersama-sama:

Alif

Mim

Ya'

Nun

Ada kesemuanya 4 huruf... Kitab Samawi juga 4 iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran... Sendi agama juga 4 iaitu Islam, Imam, Tauhid dan Makrifat... Asal manusia itu juga 4 iaitu Wadi, Mazi, Mani dan Manikam... Asal pertama itu juga 4 iaitu Ujud,Ilmu, Nur, Syuhud. Asal kejadian zahir itu juga 4 iaitu Tanah, Air, Angin dan Api... Kebesaran Allah itu lingkungan 4 iaitu Dzat, Sifat, Asma' dan Afaal... dan macam-macam lagi huraian yang bertujuan untuk MEMAHAMKAN MAKSUD...



Dari huruf-huruf AMIN itu mari kita sama-sama pecahkan maksudnya:

Alif - Faedahnya agar dilepaskan oleh Allah Ta'ala melalui titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar derasnya.

Mim - Faedahnya disentosakan oleh Allah Ta'ala daripada hangusnya api neraka jahanam.

Ya' - Faedahnya dimasukkan oleh Allah Ta'ala ke dalam syurga dengan tiada dihisab lagi.

Nun - Faedahnya diwajibkan oleh Allah Ta'ala mendapatkan keampunan ke atasnya serta diberi Allah Ta'ala sebaik-baik kematian.

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada kita, menjadi GULA-GULA JASAD seterusnya membentuk DIRI menjadi HAMBA ALLAH yang SEJATI... AMIN...

Labels