Wednesday, March 24, 2021

ANTARA HITAM dan PUTIH

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah lama tak bersua sejak penulisan terakhir saya tempoh hari. Banyak perkara-perkara yang dilalui beberapa tahun ini. Cabaran di dalam diri dalam mengenali diri.

Rupanya ALLAH telah sediakan alam terbentang luas untuk kita pelajari. Tiap masa adalah ilmu daripada ALLAH kepada kita. TERANG lagi JELAS pengajaran daripada-NYA. Hanya perlukan akal untuk berfikir akan kekuasaaan ALLAH YANG MAHA SUCI.

Di antara pelajaran yang tanpa kita sedar adalah:

1) LELAKI dan PEREMPUAN (ilmu Makrifat)

2) SIANG dan MALAM

3) Turun Naik NAFAS

4) AKAL yang meRAJAi BADAN

5) KENYANG dan LAPAR

6) dan SEBAGAINYA... cuma perlukan masa dan ruang untuk muhasabah dan perhatikan (BACA) apa sahaja yang dilalui KITA.


Al-'Alaq  (Ayat 1-5)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, 

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Semoga berjumpa lagi dicoretan akan datang...


Monday, December 31, 2018

KENALI UNSUR MU...PART 2

Assalamualaikum Bapak Adam Ibu Hawa,

Saudara ku SEKALIAN... kali ini mari kita lebih mengenali unsur kita dengan cara pengiraan yang mudah. Ikut langkah di bawah:

1) Eja dan tulis nama anda dengan menggunakan tulisan jawi
2) Kenalpasti berapa bilangan huruf nama anda
3) Ikut aturan Tanah, Air, Angin, Api, Tanah, Air, Angin, Api dan ulangi sehingga habis mengikut jumlah huruf nama anda.

Contoh :
1) Nama adalah ABU = Alif (Tanah), Ba (Air), Wau (Angin) = jadi unsur ABU adalah ANGIN.

2) Nama adalah MUHAMMAD KARIM= Mim (Tanah), Ha (Air), Mim (Angin), Dal (Api), Kaf (Tanah), Ra (Air), Ya (Angin), Mim (Api) = jadi unsur Muhammad Karim adalah API.

Mungkin ada rezeki di lain masa, saya akan ceritakan bagaimana kita mengira unsur bersama pasangan kita. Sesuai utk persediaan mental dan fizikal sblm berkahwin. Selamat mencuba...


Tuesday, December 18, 2018

KENALI UNSUR MU...

Assalamualaikum semua sahabat sekalian.

KENALILAH UNSUR MU... itu tajuk kita pada kali ini.

Kenapa perlu dikenal? sudah tentu mengapa tidak. Kerana mengenal DIRI kita juga adalah salah satu anjuran ALLAH kepada MANUSIA... Bukankah Nabi Muhammad itu sebaik-baik contoh dan tauladan. Contoh dan tauladan bermaksud perlu DIIKUTI.

Tatkala diwahyukan ALLAH kepada Nabi semasa beliau berada didalam Gua Hira'. "IQRA"... iaitu bacalah...

BACA APA? jadi ini adalah kerja rumah/assignment pertama ALLAH kepada Nabi Muhammad (Wahyu pertama) iaitu....

"Bacalah dengan nama TUHANmu yang menciptakan manusia dari  segumpal darah".

Bacalah = perhatilah, jadi ALLAH berfirman untuk nabi mempelajari, perhati dan kaji ciptaan-NYA iaitu MANUSIA.

Sedangkan tiada seorangpun manusia di dalam Gua Hira' melainkan Nabi Muhammad S.A.W itu sendiri. Jadi dengan kata lain, ALLAH memerintahkan kepada Nabi Muhammad agar mengenal akan DIRInya...

Secebis daripada itu, marilah kita mengenal unsur SYARIAT yang terbahagi kepada TANAH, AIR, ANGIN dan API. Jadi kita ini berunsur apa? Apa pula faedahnya? Cara penggunaan di dalam kehidupan seharian?


Sebelum itu berikut adalah sifat-sifat yang tersebut:
1) TANAH - tetap, sabar, tenang dan jarang marah, rezeki, tempat berharap, memberi pelindungan dan lain-lain.
2) AIR - cepat marah dan cepat tenang, sejuk, rezeki, kebahagiaan, bersedia menerima dan lain-lain.
3) ANGIN - cepat berubah, menyamankan, patuh perintah/taat, setia dan lain-lain.
4) API - diperlukan, diberkati, taat, berpendirian teguh, berani dan lain-lain.

Pada post saya yang lain saya akan berkongsi pula cara menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan unsur yang tersebut.

Sekian... Illahi anta maqsudi, wari dhaka matlubi, 'a tini muhabbatika, wa ma'rifa tika...

Friday, December 14, 2018

SANAD...



Assalamualaikum wahai semua MUHAMMAD...

Kali nie aku nak bicara berkenaan SANAD. Dulunya memang aku pentingkan SANAD. Pertalian ILMU yang diamal dan apa SANADnya... Mestilah perlu ada talian daripada guru kita sampai ke Rasulullah s.a.w. dan ALHAMDULILLAH guruku ada bersanad.

Ya dulu... setelah sekian lama. semakin aku BEDAL semua. Terima kasih juga kepada seorang guruku dan juga GURU ROHANIKU... SANAD yang sebenarnya hanyalah terus kepada ALLAH. Tiada perantara. Itu lebih TELUS, lebih HALUS, lebih NYAMAN...

Kini banyak RAHSIA semakin terbongkar bagiku dan inilah perjalananku.

Pakaian Ilmu itu SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT. Maka adalah lagi satu yang menyempurnakannya iaitu HAQ... Maka HAQ engkau dan HAQ aku berbeza. Carilah dan kenallah akan DIRI kamu SENDIRI...

Dan yang paling chantek dalam ILMU MENGENAL, tiada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah. ILMU ini bukan untuk menyalahkan. ILMU ini bukan untuk bermegah. ILMU ini bukannya MURAH sehingga boleh dipermainkan dan dilelong-lelong berdebat.

TIADA DOSA, TIADA PAHALA... jika ada itulah GULA-GULA DUNIA.

DOA!!! YANG MENDOA DAN YANG DIDOAKAN...

Image result for Doa

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua sahabat dan rakan-rakan semua.

Sudah lama kita tidak bersua. Kali nie kita cerita pasal doa. Tiap hari kita berdoa setiap kali selepas solat terutamanya. Tapi kenapa doa kita tak makbul-makbul?

Apa itu DOA? secara ringkas dan kefahaman orang-orang biasa dengan RASA.. doa itu adalah PERHUBUNGAN, PENGHARAPAN, KEHENDAK, NIKMAT, PERMOHONAN dan seribu satu maksud berdasarkan yang merasa.

Kita semak balik apa masalah yang biasa terjadi:
1) Doa di mulut tapi di hati lain
2) Doa di hati tapi di fikiran lain
3) Doa di fikiran tapi di bayangan lain

NAHHH.... ini kunci DOA...

Sama juga kaedah yang telah diberi didalam SOLAT SYARIAT iaitu kaedah niat, lisan dan perbuatan MESTILAH SELARI...........

Mana mungkin doa dimakbulkan jika tiada KUN FAYAKUN dan KEYAKINAN pada DIRI kita sendiri.

MULUT mohon mahu kaya tapi HATI sedih dan susah hati sebab memang rasa MISKIN.

HATI mohon mahu SIHAT tapi FIKIRAN dan BAYANGAN kita fikir yang sakit dah kritikal dan tiada harapan...

Itulah KUNCI KUN FAYAKUN...

Monday, February 05, 2018

NUKILAN ZAHIRKU

Assalamualaikum wahai sahabatku semua..... Telah lama kita tidak bersua... Aku pasti ramai telah menlalui apa yang aku rasa. Ilmu mengenal amat dicari-cari, tetapi setelah mengenal apakah pula? Apa yang dikatakan PUTUS ILMU? Adakah mengenal itulah sbnrnya yang kita cari, ataupun sbnrnya yang kita cari selama ini berada di sekeliling dan dekat dengan kita? HARGAILAH apa yang kita ada. Inilah HAKIKAT SYURGA...Maka jika disia-siakan jadi hampa, itulah HAKIKAT NERAKA... Maka tidak perlu kita membazir masa untuk mengenal kerana yang perlu dikenal telah pun kita kenal. Barulah Nyatakan AKU ALLAH, Awalnya Muhammad, Akhirnya Muhammad, Zahirnya Muhammad, Batinnya Muhammad. Zahirku jg adalah ALLAH... Zahir = ALLAH, Zahir = Muhammad... Mana satu kah? Ya... kedua-dua benar... itulah AKU... yang dikatakan HAQ... Melangkah kita ALLAH MUHAMMAD, duduk kita ALLAH MUHAMMAD, tidur kita ALLAH MUHAMMAD... Itulah RAHSIA Ilmu BATIN lagi ROHANI... Jalan yang sesat lagi menyesatkan di mata kebanyakkan MANUSIA... Makanya tetap ia berada di jalan yang HAQ bukan BATIL... Jalan yang LURUS lagi TETAP... TETAP hanya dengan HATI, itulah PUTUS ILMU!!!

Saturday, May 07, 2016

REDHA ATAU PENYAKSIAN?????

ASSALAMUALAIKUM... MENCARI KEREDHAAN ALLAH BUKAN 1 PERKARA YANG MUDAH... DALAM TERCARI-CARI KITA ARAH KEBENARAN LAGI HAQ, MACAM-MACAM DUGAAN DAN HALANGAN DATANG BAIK YANG NAMPAK BAIK ATAU YANG NYATA JAHAT ATAU YANG SEDIA BAIK. BOLEH KITA CARI APA-APA PUN JALAN, ASALKAN JALAN YANG BENAR LAGI BENAR, YANG ISI DALAM ISI, YANG HAQ DALAM HAQ. UNTUK MENCARI CONTOH CUKUPLAH NABI MUHAMMAD ITU SEBAIK-BAIK CONTOH SEKALIAN ALAM... BAIK ALAM AWAL, ALAM NYATA, ALAM ROH DAN SEBAGAINYA. PENYAKSIAN KEPADA ALLAH PULA BUKAN TERLETAK KEPADA GURU, TIADA SESIAPA YANG BOLEH MEMBERI SAKSI KEPADA KITA KECUALI ALLAH JUA... SEBAB PENYAKSIAN ITU ADALAH HAQ BAGI DIRI SENDIRI, BUKANLAH MELIBATKAN KETURUNAN DAN SEBAGAINYA. Saidina Umar r.a dengan katanya, “Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku” Saidina Ali r.a berkata, “Aku tidak menyembah Allah kecuali aku melihat-Nya” “Allah itu nur bagi langit-langit dan bumi. Bandingan nur-Nya (adalah) seperti satu kurungan pelita yang di dalamnya ada pelita (sedang) pelita itu dalam satu kaca, (dan) kaca itu sebagai bintang yang seperti mutiara, yang dinyalakan (dengan minyak) dari pohon yang banyak faedah (iaitu) zaitun yang bukan bangsa timur dan bukan bangsa barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api, nur atas nur, Allah pimpin kepada nur-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah mengadakan perumpamaan bagi manusia, dan Allah mengetahui tiap sesuatu”. (Surah Nuur, ayat 35). MAKA BUKANLAH TUGAS KITA UNTUK MENGHUKUM SAMA ADA ORANG ITU DAN ORANG INI SAMA ADA DIA MENYAKSIKAN ALLAH DENGAN SEBENAR-BENARNYA ATAU TIDAK...DAN BUKANLAH HAQ KITA SEBEGITU... MENGATAKAN SESEORANG ITU TIDAK MAKRIFAH ATAU MENYAKSIKAN ALLAH SAMA SAHAJA DENGAN KITA MENYATAKAN DIA KAFIR, DAN HATI-HATI KAFIR AKAN BERBALIK KEPADA DIRI KITA SENDIRI... BERSEDERHANALAH DALAM SEGALA HAL, TERUTAMANYA YANG MELIBATKAN HAQ SESEORANG YANG HANYA DAPAT DITENTUKAN ALLAH S.W.T DALAM HAL PENYAKSIAN. ALLAHUMMA ANTA MAQSUDI WARIDHAKA MATLUBI A'TINI MUHABBATIKA. AMIN...

Monday, January 06, 2014

PERKONGSIAN ILMU

PERKONGSIAN ILMU Apa nama tubuh kita apa nama nyawa kita? Jawab:- Adapun tubuh kita bernama jasmani dan nyawa kita bernama rohani, maka yang bernama rohani itu lah tubuh Muhammad, sebab itulah kita beroleh bangsa daripada tubuh Muhammad,maka tiap2 sesuatu yang dibangsakan dengan tubuh Muhammad itu diharamkan atas api neraka,dan sebab itulah maka tiada boleh meninggalkan sembahyang 5 waktu,nescaya putuslah bangsa itu melainkan sebangsa dengan binatang jua adanya. Sabda Nabi SAW Barang siapa keluar masuk nafasnya dengan tiap2 keluar masuk dengan tiada zikir Allah,maka sia sialah ia. Bermula nafas itu atas 2 langkah-satu naik-kedua turun,maka tatlaka naik itu sampai kepada tujuh petala langit maka berkata ( Wan Nu rul yajri ilal ardhi pakhola Huwallah ) Dan tatkala turun sampai kepada tujuh petala bumi maka nafas nabi itu puji Allah,tatkala masuk nafas itu namanya puji HU. Tatkala ia berhenti seketika antara keluar dan masuk nafas namanya puji AH-AH,dan ia tidur atau mati nafas HAKH dalam,maka ingatlah olehmu akan memelihara nafas itu,dengan menghadirkan makna ini sentiasa,didalam berdiri,duduk dan diatas barang yang diperbuat hingga memberi bekas pada sekelian badan dan limpahlah segala anggotanya,maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah anggota hidup didalam 2 negeri yakni dunia dan akhirat dan bahagiakan Allah baginya pintu selamat sejahteralah ia didalam dunia dan akhirat dianugerahkan Allah Taala mereka itu sampai kepada martabat segala nabi dan segala muslimin dan mengharamkan Allah Taala tubuh nya dimakan api neraka dan badan pun tidak dimakan tanah didalam kubur,maka engkau tetaplah dengan hati wahai saudaraku pada hal jangan engkau daripada orang yang lupa.Mudah mudahan dibahagikan Allah Taala atasmu,dengan bersedapan hingga sampai kepada ajal kamu. Adapun Nafas kita keluar masuk pada sehari semalam iaitu pada siang 12000 dan pada malam 12000,Inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam iaitu pada siang 12 jam malam 12 jam.Demikianlah juga huruf Kalimah La Ilaha Ilallah dan huruf Muhammad Rasullullah masing2 mempunyai 12 huruf berjumlah semua 24 huruf semuanya. Maka barangsiapa mengucap dengan sempurna yang 7 kalimah ini nescaya ditutup Allah Taala pintu neraka yang 7 juga. Barangsiapa mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampun Allah Taala dosanya yang 24 jam,inilah persembahan kita kepada tuhan kita yang tiada berkeputusan yang dinamai sembahyang Daim dan Puasa itu melakukan nafsu batin dan zahir. Sabda Nabi SAW ( Ana min Nurrullah wal alami Nurri ) Ertinya- Aku daripada Allah dan sekelian alam daripada aku, sebab itulah dikatakan ( Ahmadun Nuril Arwah ) ertinya-Muhammad itu ibubapa sekelian arwah dan dikatakan (Adam Abu Basar ) ertinya- Bapa sekelian tubuh. Adapun yang dikatakan sebenar benarnya fardhu itu ialah nyawa,kerna nyawa itu memerintah kepada badan kita,jikalau digerak Allah nyawa itu bergeraklah badan kita. Adapun Awal Muhammad itu Nurani. Akhir Muhammad itu Rohani. Adapun zahir Muhammad itu Insani. Adapun Batin Muhammad itu Rabbani. Adapun awal Muhammad itu nyawa oleh kita. Adapun akhir Muhammad itu hati kepada kita. Adapun zahir Muhammad itu rupa oleh kita. Adapun batin Muhammad itu ujud oleh kita. Adapun yang bernama Allah itu sifatnya. Adapun yang bernama Sebenar-benar Allah itu zat wajibal Ujud Adapun yang bernama insan itulah nyawa. Adapun yang sebenar-benar insan itu manusia yang tahu berkata-kata adanya. Maka inilah suatu risalah yang tersimpan daripada perkataan usul takhlik jalan segala orang yang mengenal Allah Taala. Soal- Tatkala manakah ia bernama ‘ HU’ dan tatkala manakah ia bernama ‘ Allah ‘ dan tatkala manakah ia bernama ‘ Rahman ‘. Jawab:- Tatkala ‘La Takyin’ tiada nyata ia bernama ( HU ) dan tatkala ‘La Takyin’ Awal nyatanya ia bernama ( Allah ) dan tatkala ‘La Takyin’ Sani kenyataan ia bernama ( Rahman )

PESANAN ROH KEPADA MANUSIA

PESANAN ROH KEPADA MANUSIA. Apabila roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : 'Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut'.. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : 'Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh'. Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :'Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh' . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : 'Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yati m dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya' . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibaw! a dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: ' Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku'. 'Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku' . 'Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku'.. Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: 'Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku'. Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan mence rita kan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah S..A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapa! k kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.' Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: 'Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. 'Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 'Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.' Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: 'Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.' Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tanga! n. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yati m dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yati m dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. ' Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu.' Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: 'Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.' Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: 'Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.' Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W..T. berfirman yang bermaksud:'Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.' Sebaik saja mendapat perintah AllahS..W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya kepada AllahS..W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: 'Roh itu menuju ketujuh tempat:- 1. Roh para Nabi dan utusan! menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.' Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan...... 3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

Thursday, February 28, 2013

REDHA ATAU PENYAKSIAN???

ASSALAMUALAIKUM... MENCARI KEREDHAAN ALLAH BUKAN 1 PERKARA YANG MUDAH... DALAM TERCARI-CARI KITA ARAH KEBENARAN LAGI HAQ, MACAM-MACAM DUGAAN DAN HALANGAN DATANG BAIK YANG NAMPAK BAIK ATAU YANG NYATA JAHAT ATAU YANG SEDIA BAIK. BOLEH KITA CARI APA-APA PUN JALAN, ASALKAN JALAN YANG BENAR LAGI BENAR, YANG ISI DALAM ISI, YANG HAQ DALAM HAQ. UNTUK MENCARI CONTOH CUKUPLAH NABI MUHAMMAD ITU SEBAIK-BAIK CONTOH SEKALIAN ALAM... BAIK ALAM AWAL, ALAM NYATA, ALAM ROH DAN SEBAGAINYA. PENYAKSIAN KEPADA ALLAH PULA BUKAN TERLETAK KEPADA GURU, TIADA SESIAPA YANG BOLEH MEMBERI SAKSI KEPADA KITA KECUALI ALLAH JUA... SEBAB PENYAKSIAN ITU ADALAH HAQ BAGI DIRI SENDIRI, BUKANLAH MELIBATKAN KETURUNAN DAN SEBAGAINYA. Saidina Umar r.a dengan katanya, “Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku” Saidina Ali r.a berkata, “Aku tidak menyembah Allah kecuali aku melihat-Nya” “Allah itu nur bagi langit-langit dan bumi. Bandingan nur-Nya (adalah) seperti satu kurungan pelita yang di dalamnya ada pelita (sedang) pelita itu dalam satu kaca, (dan) kaca itu sebagai bintang yang seperti mutiara, yang dinyalakan (dengan minyak) dari pohon yang banyak faedah (iaitu) zaitun yang bukan bangsa timur dan bukan bangsa barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api, nur atas nur, Allah pimpin kepada nur-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah mengadakan perumpamaan bagi manusia, dan Allah mengetahui tiap sesuatu”. (Surah Nuur, ayat 35). MAKA BUKANLAH TUGAS KITA UNTUK MENGHUKUM SAMA ADA ORANG ITU DAN ORANG INI SAMA ADA DIA MENYAKSIKAN ALLAH DENGAN SEBENAR-BENARNYA ATAU TIDAK...DAN BUKANLAH HAQ KITA SEBEGITU... MENGATAKAN SESEORANG ITU TIDAK MAKRIFAH ATAU MENYAKSIKAN ALLAH SAMA SAHAJA DENGAN KITA MENYATAKAN DIA KAFIR, DAN HATI-HATI KAFIR AKAN BERBALIK KEPADA DIRI KITA SENDIRI... BERSEDERHANALAH DALAM SEGALA HAL, TERUTAMANYA YANG MELIBATKAN HAQ SESEORANG YANG HANYA DAPAT DITENTUKAN ALLAH S.W.T DALAM HAL PENYAKSIAN. ALLAHUMMA ANTA MAQSUDI WARIDHAKA MATLUBI A'TINI MUHABBATIKA. AMIN...

Wednesday, October 31, 2012

ALHAMDULILLAH...

Segala Puji Bagi ALLAH... Kita kembalikan semula segala pujian kepada ALLAH... contoh jika orang puji kita... kita cakap ALHAMDULILLAH... dan kembali kan pujian tersebut hanya kepada ALLAH... jadi hilanglah sifat ujub dan membangga diri... jika hati berdegil juga... buat syarat ludah kiri 3 kali. Ibarat ludah sifat2 mazmumah dan sifat syaitan dalam diri kita... Mudah-mudahan terjaga hati dari titik titik hitam.

Monday, July 02, 2012

RAJA HATI MATI... RAJA HATI BINASA...

Assalamualaikum.... Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W... dengannyalah datangnya petunjuk dari kesesatan... Syukur... RAJA.... RAJA kepada Sang TUBUH...TUBUH itulah syariat... Hanya cerdik mengenal cerdik... hanya bodoh mengenal bodoh... hanya sombong mengenal sombong... hanya manusia mengenal manusia... hanya jin mengenal jin... hanya syaitan mengenal syaitan...MENGENAL dalam erti kata mengetahui segala berkaitan yang dikenalinya disebabkan dialah juga adalah yang dikenalinya. Begitu juga ALLAH... hanya ROH itulah yang MENGENAL ALLAH... "ALASTU BIRABBIQUM..." Tidakkah AKU ini Tuhanmu...Maka Roh menjawab... "QOLLU BALA SYAHID NA"... Ya... Bahkan ENGKAU lah TUHAN kami... Maka jelas...bahwa...ROH itu sedia kenal kepada ALLAH... maka tidak sesekali JASAD melampaui ROH...iaitu HAKIKAT lagi MAKRIFAT... Perjalanan untuk mencapainya adalah QALAM-QALAM ALLAH iaitu bukti WUJUD ALLAH iaitu seISI ALAM ini...itulah TARIKAT... Semoga engkau dan aku mendapat REDHA ALLAH jua... AMIN...

Monday, May 28, 2012

CUMA KATA-KATA...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca sekalian... Segala Pujian dan Syukur ke Hadrat ALLAH Tuhan Semesta ALAM... Agak lama aku menyepi dari menulis dalam blog ini... Banyak perkara-perkara yang aku lalui, mendidik diri ini tentang ERTI kehidupan. Dari sudut keperluan Syariat Tubuh dan Hakikat. Hidup ini kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Hidup di zaman sekarang makin lama makin mencabar dan memerlukan ketahanan PRINSIP kehidupan dan nilai-nilai kemanusiaan. Ilmu menuju AKHIRAT jauh sekali... kefahaman yang jauh berbeza... ISLAM itu dimain-mainkan mengikut keperluan semasa. Tapi ini semua berbalik kepada institusi kekeluargaan... iaitu ASAS... ASAS kekuatan NEGARA... NEGARA ISLAM... Pernah rakan-rakan terfikir dengan banyaknya isu-isu sosial... bagaimanakah pula cabaran yang bakal dihadapi oleh anak-anak kita nanti... apa bekalan yang telah kita beri??? Semoga kita sama-sama berjaya menempuhinya... DUNIA sentiasa berputar dan semakin dekat pengakhiran dunia (KIAMAT). Semoga ALLAH memberi kasihan kepada engkau dan aku... AMIN...

Wednesday, May 18, 2011

Berpegang kepada TALI ALLAH...


Assalamualaikum dan Salam serta Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kita mulakan sesi percambahan fikiran dengan sepotong ayat Quran Surah Ali Imran, 3:103 "Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".

Kita tambahkan lagi idea dengan ayat dalam surah yang sama Ali Imran, 3:112 "Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia".

Jadi APAKAH yang dimaksudkan TALI ALLAH??? Tali itu KUAT, sebagai PEMBANTU, sebagai PETUNJUK kepada KESELAMATAN, dibuat daripada bahan yang lembut tetapi hasilnya menjadi KUAT.

Mari kita sama-sama dengarkan hadith daripada Rasulullah S.A.W iaitu
"Ia (al-Quran) ialah TALI ALLAH yang kuat dan jalan-Nya yang lurus".

"Sesungguhnya jalan itu adalah tempat lalu lalang, syaitan-syaitan selalu datang kepadanya. Wahai Abdullah! Ambillah jalan ini, kemarilah, tempuhlah jalan ini. Maka mereka berpegang kepada tali Allah kerana sesunguhnya tali Allah itu adalah al-Quran"

"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya Allah meredhai tiga perkara dan memarahi (murka) tiga perkara: Allah redha kepada kamu apabila kamu mengibadahiNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, berpegang teguh kepada tali Allah dan tidak bercerai-berai, dan kamu sentiasa menasihati pemimpin yang diangkat Allah menguruskan urusanmu. Dan Allah marah (murka) kepada kamu tiga perkara: Memperkatakan itu dan ini (banyak berdebat), banyak bertanya dan boros (menyia-nyiakan) harta".

Jadi JELAS bahawa yang dimaksudkan TALI ALLAH adalah Al-Quran sebagai peganggan.

Apa pula AL-Quran??? dalam erti kata SEBENAR???

Jadi di mana letaknya TALI ALLAH???

Perasaan ini tidak dapat digambarkan... seperti rasa masin, manis, sakit, sejuk semuanya tidak dapat digambarkan. Setiap manusia mempunyai penerangan yang berbeza mengikut tahap masing-masing.

Amanah yang dibawa dan perjanjian antara Hamba dan ALLAH tetap ada walaupun tanpa kita SEDAR... Itulah yang menjadi kekuatan dan TALI kepada kita sebagai umat yang digelar UMAT MUHAMMAD.

Di akhir coretan ini, mari kita sekali lagi mendengar hadith daripada Nabi Muhammad S.A.W : "Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, sesiapa yang berkata dengannya benar, beramal dengannya mengikut petunjuk dan sesiapa berpegang kepadanya mendapat hidayah ke jalan yang lurus".

Tiada apa yang TERBAIK lagi selain MENDAPAT JALAN yang LURUS... Maka gengamlah TALI ALLAH dengan ERAT... AMIN...

ILMU YANG MEMBERI MANFAAT...


Assalamualaikum dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Segala Pujian bagi ALLAH Tuhan seru sekalian ALAM.

Telah beberapa lama kita tidak bersua dengan isu yang segar. Kali ini mari kita tumpukan kepada ASAS. ASAS dalam menuntut ILMU yang bersesuaian dengan manusia yang bergelar UMAT MUHAMMAD.

Secara ASASnya, semua ILMU adalah MILIK ALLAH. Dan secara ASASnya hukum itu duduknya pada HARUS. Jadi harus bagi kita menuntut ILMU. Tetapi adakah semua ILMU perlu dituntut? Apakah yang membezakan orang yang berAKAL dengan orang yang tidak berAKAL?

Dalam menentukan sesuatu perkara perlulah kita rujuk kepada Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias. Mari kita sama-sama menggunakan Ijmak pada kali ini. Imam Al-Ghazali ada menyebut dalam Kitabnya Bidayah Al-Hidayah:"Dan Ilmu yang memberi manfaat itu iaitu barang yang menambahkan takutmu akan ALLAH taala, dan menambah pula di dalam penglihatan hatimu dengan kecelaan dirimu, dan menambah pula di dalam pengenalanmu akan ibadah kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia dan Yang Maha Tinggi, dan menggurangkan akan gemarmu kepada dunia, dan menambah gemarmu kepada akhirat, dan membukakan ia akan mata hatimu dengan membinasakan akan amalmu hingga engkau memelihari diri daripadanya, dan melihatkan ia akan dikau atas tipu daya syaitan dan perdayanya".

Jadi KESIMPULANNYA...ILMU yang BEGINILAH PERLU KITA TUNTUT... AMIN...

Wednesday, March 30, 2011

ISLAM itu dalam KEHIDUPAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W... Kecintaanku yang tiada tandingan, dan ALLAH jua yang membimbingku daripada kejahilan, kesesatan dan kemurkaan...AMIN...

Dalam mendudukkan ISLAM itu perlulah dengan HATI yang HALUS dan MENGHAYATI... kerana Rasulullah itu sendiri adalah seorang yang mempunyai HATI yang HALUS dan MENGHAYATI...

ISLAM itu sendiri adalah AGAMA yang HALUS lagi MENGHAYATI JIWA MUKMIN yang mahu MEMAHAMI. Persoalan yang mencabar MINDA, adakah KITA ini ISLAM??? Jika ISLAM pula, ISLAM yang bagaimana?

Mari kita sama-sama MENGHAYATI hadith daripada Junjungan Muhammad S.A.W:

'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'.

Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah?'

'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.'

Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah?'

Rasullullah SAW menjawab: 'Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Jelas bahawa Rasulullah S.A.W sendiri MENGETAHUI bahawa akan datang satu masa ada diantara UMAT MUHAMMAD yang paginya menjadi ISLAM, petang menjadi KAFIR... ada pula paginya menjadi KAFIR...petangnya menjadi ISLAM...

Mengapa pula perkara ini terjadi??? Rasulullah sendiri telah menyatakan di dalam hadith tersebut bahawa semuanya ini adalah disebabkan seorang ISLAM itu menjual agama dengan nilai dunia... bermaksud seseorang itu tidak mementingkan ISLAM dan melebihkan perkara dunia daripada AGAMAnya ISLAM..

Seperti post saya yang sebelum-sebelum ini, saya ada menyatakan perihal SYAHADAH...dan ia perlu dilaksanakan 24 jam sehari semalam sebagai INSAN yang beragama ISLAM... Maka bagi menjawab persoalan ini, seseorang itu boleh menjadi ISLAM/KAFIR di siang hari tetapi menjadi KAFIR/ISLAM di petang hari adalah disebabkan DIA tidak MEMEGANG ISLAM sebagai AGAMANYA 24 JAM SEHARI SEMALAM.

DALIL NAQLI:
Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W:
"ISLAM itu diDIRIKkan atas 5 perkara iaitu BERSAKSI bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH, menyaksikan Nabi Muhammad PESURUH ALLAH, SOLAT 5 waktu, BERPUASA di bulan RAMADHAN, Mengeluarkan ZAKAT, Menunaikan HAJI yang yang MAMPU".

Maka yang dikatakan seorang yang ISLAM itu adalah dia senantiasa melaksanakan perkara-perkara di atas SETIAP SAAT dan WAKTU...24 jam sehari SEMALAM... (kita akan huraikan bersama-sama berkenaan SYAHADAH dari semasa ke semasa bersama-sama).

Setelah kita membincangkan berkenaan perkara ISLAM dalam KEHIDUPAN kita. Mari kita dapatkan JAWAPAN yang lebih PERSIS dan TEPAT. Petua daripada GURU, tanyalah DIRI SENDIRI nescaya kita akan mendapat JAWAPAN yang TEPAT dengan IMAN dan TAQWA kepada ALLAH S.W.T.

Adakah kita telah melaksanakan yang sedemikian???

Wednesday, March 23, 2011

KEMBALI KEPADA ASAS...part 1


Assalamualaikum dan Selawat Sejahtera kepada Nabi Muhammad S.A.W...Dengannyalah nyatanya semua ini...

Aku PERHATIKAN/BACA ramai di antara kita semua yang berlumba-lumba kepada KESESATAN dan ramai juga yang berlumba-lumba kepada KEBENARAN. Tetapi dalam menyusuri semua cabaran dan dugaan di ALAM MITHAL ini, tidak kurang yang melupakan perkara-perkara ASAS yang sebenarnya PENTING dan AMAT PENTING...

Ramai yang mengakui DIRI mereka AHLI MAKRIFAT/HAKIKAT yang menganggap perkara SYARIAT adalah perkara REMEH!!! Tetapi ramai pula orang SYARIAT yang menganggap perkara HAKIKAT/MAKRIFAT ini perkara ASING...iaitu beranggapan "Kita adalah orang awam dan bukan wali-wali, maka tak perlu tahu mengenai hakikat/makrifat".. Sedangkan yang bercakap sebegitu tidak sedar, pengetahuan mengenai hakikat/makrifat bukanlah boleh DIPILIH-PILIH sama ada untuk memahaminya atau tidak. Setiap UMAT MUHAMMAD perlu tahu apa itu sebenarnya HAKIKAT/MAKRIFAT.

Walau bagaimanapun JANGANLAH SESEKALI meninggalkan SYARIAT...ini sesuai dengan Hadith Nabi Muhammad "Syariat tanpa hakikat kosong, hakikat tanpa syariat batal".

KOSONG itu umpama tidak BERGUNA...tidak ADA HASIL...malahan SIA-SIA.. dan SYAITAN suka dengan pekerjaan SIA-SIA...

BATAL itu TIDAK SAH...maksudnye tidak BERGUNA...tidak ada hasil...malahan SIA-SIA... dan SYAITAN suka dengan pekerjaan SIA-SIA...

NAHHHHH...pilihlah mana satu...KOSONG atau BATAL???? pasti kita rumit memikirkannya bukann!!!

Marilah kita kembali kepada ASAS...ASAS... dan ASAS... asas itu duduk di SYARIAT...membawa kepada TARIKAT...memahamkan HAKIKAT...merasakan MAKRIFAT.

ISLAM itu diDIRIKkan atas 5 perkara iaitu BERSAKSI bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH, menyaksikan Nabi Muhammad PESURUH ALLAH, SOLAT 5 waktu, BERPUASA di bulan RAMADHAN, Mengeluarkan ZAKAT, Menunaikan HAJI yang yang MAMPU.

Monday, March 21, 2011

FURU' AL-MASA'IL


Assalamualaikum dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W...Semoga cinta kepada ALLAH dan MUHAMMAD ini melebihi daripada cintaku dan pembaca blog ini kepada semua perkara yang lain.

Pada kali ini aku tertarik untuk membawa semua rakan-rakan pembaca untuk membaca Kitab bertajuk Furu' Al-Masa'il...ianya adalah terjemahan dan karangan oleh Maulana Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani serta disusun semula oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz...

Buku ini banyak menerangkan perkara-perkara furu' atau cabang atau ranting daripada sudut kita sebagai manusia yang beragama ISLAM. Penerangan buku ini adalah ringkas dan padat. Mudah difahami dan dimengertikan maksudnya. Dari masa ke masa aku akan membawa isu-isu permasalahan furu' yang akan dipetik daripada Buku ini untuk kita sama-sama renungkan dan fahami. Segala petikan daripada Kitab ini akan aku ketegorikan dalam Tajuk/Label "Furu' Al-Masa'il".Moga usaha ini akan membawa kita semua menjadi INSAN yang berAKAL. Tahu akan apa yang diperbuat dan faham dengan pemikiran yang dalam. AMIN.

Wednesday, March 09, 2011

DUNIA AKHIR ZAMAN

Assalamualaikum dan ucapan kasih sejahtera kepada Nabi Muhammad S.A.W. Moga terhurailah segala simpulan ikatan di dalam HATI EMAS kita semua...

Post kali ini aku tidaklah mahu berceloteh sahaja.haha. Kali ini mari kita renungkan sama-sama sebuah video yang aku fikir terkesan kepada kita semua.

Sila klik link di bawah untuk sama-sama melihat video tersebut dan berikan komen anda di blog ini. Terima kasih SEMUA...

http://www.youtube.com/watch?v=GG8z-Wlr2D8 (part 1)

http://www.youtube.com/watch?v=iKusnd5g-1E (part 2)

Assalamualaikum.

Yang DiTULIS,
K.ZOS

Wednesday, March 02, 2011

KESEPIAN YANG MELANDA HATI...HATI RAJA HILANG...


Assalamualaikum kepada semua umat Muhammad. Ucapan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Kecintaanku kepada ALLAH dan Muhammad.AMIN...

Aku telah lama tidak membuat sebarang post di dalam blog ini. Bukanlah kerana aku sibuk tetapi kerana motivasiku yang mula lentur. Sejak kepulangan Wak Shuib ke tempat asal kita, aku banyak berfikir dan berfikir. Terkadang aku benarkan dunawi menyelubungi HATI RAJA ku.

Banyak persoalan dan ilmu-ilmu yang diperbahas dan didebatkan di waktu ini. Terkadang kita terlupa dan alpa dalam menjalankan tugas UTAMA iaitu HAMBA kepada ALLAH. Dunia ini adalah tempat dugaan semata-mata. Adakah lebih seorang yang berilmu daripada seorang yang tidak mempunyai ilmu jika orang yang berilmu tidak mengamalkan apa yang diketahuinya??? Ibarat pohon yang tidak berbuah...lama-lama layu tanpa HASIL dan KEBAIKAN, akan dimamah usia dan anai-anai..menjadi tonggol kayu yang tidak berguna dan akhirnya menyusahkan orang semua.

ISLAM itu AGAMA, AGAMA itu AKAL, tidak berAGAMA bagi orang yang tidak berAKAL.

Pada pengakhiran perbalahan dan percanggahan, hanya kepada ALLAH jualah tempat kita memohon pertolongan dan petunjuk. Adakah seorang yang mempunyai ilmu HAQ itu lebih baik daripada seorang yang mempunyai ilmu MAKRIFAT? Adakah seorang yang mempunyai ilmu MAKRIFAT itu lebih baik daripada seorang yang mempunyai ilmu HAKIKAT? Adakah seorang yang mempunyai ilmu HAKIKAT itu lebih baik daripada sorang yang mempunyai ilmu TARIKAT dan adakah seorang yang mempunyai ilmu TARIKAT itu lebih baik daripada seorang yang mempunyai ilmu SYARIAT??????????

INGAT....bukan JAWAPAN yang kita CARI tetapi persoalan itu sudah cukup memberi 1001 jawapan. Teringat saya suatu peristiwa apabila ADAM diciptakan, maka IBLIS berperasaan, adakah ADAM yang diciptakan daripada TANAH itu lebih MULIA daripada Aku yang diciptakan daripada API???

Mainan SYAITAN/IBLIS adalah amat halus...Malah tidak perlulah kita menuding jari hanya kepada SYAITAN/IBLIS kerana mungkin kita sendiri adalah SYAITAN/IBLIS yang kita perkatakan.

Labels